Jumaat, 17 Jun 2016

DEPARTURE DAY : KUALA LUMPUR - MUSCAT - PARIS 2016


Salam

Ramai yang bertanya macammana aku dan suami bercuti tanpa travel agency ke Paris dan London.
Here we go! bukan nak kata pandai sgt, actually hanya secebis pengalaman. Memang aku yang buat semua bermula dari membooking hotel ,eurostar, atur cara  dan flight (suami buat yang ni !lupa plak..keh..keh..)

Baik seperti yang telah di 'share' sebelum ni, bermula dari sebuah status facebook akhirnya terjadilah percutian honeymoon buat kami berdua kali pertama. Memang seronok merancang percutian ..google cari hotel ..baca blog orang compare price dan lain lain. semua dh ada dalam kepala ..cuma nak implement je..heheh...

Ok straight to the point. 

2hb Jun 2016- KLIA

Kami pergi pada 2hb Jun 2016. Dari Ipoh kami amik bus shuttle ke KLIA dalam RM42 sorang ..direct sampai KLIA dan kami sempat makan sebelum subuh, solat subuh dan check in ....kami masuk awal utk boarding..keadaan masih sedih ..apatah lagi aku masih baru kehilangan ayahanda. 

ada baiknya kita naik bas..satu dapat rehat..kemudian dapat jimat kos parking di KLIA...semua mesti cepat fikir ..apa yang paling berbaloi buat, masa dalam bas ke KLIA kami mmg tido nyenyak..sedar sedar dh sampai KLIA..mmg aku rasa sgt penat...sampai kami terus cari port nak lepak...

ni masa kami makan di Old Town White Coffee..sedap betul sambal sotong dia..kang tak pasal pasal aku ke klia nak makan sambal sotong dia ..gheeee....masa ni aku ralit tulis status facebook siap bengkak bengkak mata nangis....

Flight kami dari klia jam 935 pagi masa nak ke muscat .ada delayed sikit ...jadi kami sampai lewat sikit di airprt Muscat....masa ni dapat duduk berdua dekat tingkap...dapat tengok view ..rasa lama sangat dalam perut kapal terbang..kami mendarat di Muscat pukul 1.00 pm lebih kurang ..dan berkejar jugaklah nak ke terminal naik flight ke Paris pulak....

nasib baik jumpa gambar nasi lemak yang extra delicious ni.....

ni lah Oman Air..part paling best bila pilot  dia baca doa perjalanan sebelum memulakan perjalanan. Rasa lebih selamat Alhamdulillah 

ini lah bagasi kami. suami bawa bag sandang satu dan beh tarik Andalusia ..actually ni stok makanan kami.dan beg laptop ...beg Tuniq tu actually blouse aku..tak payah bawa pun takpe..baju 5 helai dh lebih dr cukup sana tak berpeluh langsung..pakai je baju tu ulang ulang..learn from the past

bye bye Malaysia...see you after 7 days

kalau naik Oman air pilih seafood ..memang sedap ..ada salmon smoke dengan salad dressing ..memang recommended. 

Alhamdulillah nak landing kat Muscat..nampak tu ..padang pasir dan ada laut pulak...
mmg dr atas tak nampak hijau....tanah je

muscat international airport``tidak secanggih our KLIA


masuk je flight terus nampak kat screen gambar Paris tak sangka nak ke Paris dah....dari Muscat jam 2 petang lebih dan kami sampai CDG airport dalam pukul 7 malam lebih..

snack...

chicken and rice 

meat and potatoes

Paris, aku menemui mu

bila dah sampai CDG Airport..kami amik bagasi dan terus jalan carik Terminal 2 RER B, yang akan bawa kami ke Kota Paris...kos tiket train dalam 10 Euro sorang bersamaan RM50. lebih kurang 20 minit ke 30 minit kami sampai Paris. NORD...kami beli ticket utk jalan sekitar Paris dua hari berharga 18.25 Euro jadik hari ppertama sampai Paris kami tak berjalan ke mana mana .direct ke hotel dan berehat. tak sempat pun nak makan malam terlalu penat...

dalam train nak ke Paris dari airport dalam 10 euro seorang untuk ke Gare Du Nord Paris. 

kalau mendarat di CDG Airport kita berada di terminal 2 ..paling hujung ....dan kita akn menuju ke Paris ( station Gare Du Nord -NORD)

masa nak ke hotel the palace tu..kami sesat ..kami tak tahu nak cari lorong dia..dalam 1 jam jugak kami berjalan ..tanya orang local pun masih tak jumpa..kami masuk Mc D utk dptkan line internet nak tgk guna google maps...macam dh nak putus asa jugak..mmg kedudukan hotel agak jauh dr gare du nord ...sebab kalau naik train actually ada dua stop baru sampai hotel kami...

akhirnya 8.30 malam waktu paris kami sampai hotel..masa jalan jalan nak carik hotel ..kami jumpa banyak restoran makanan halal...majoriti kedai makanan arab..termasuklah kedai ayam goreng..so tak susahlah nak makan di paris rupanya..nak makan magi pulak air panas takde,,kena minta kat receptionist. kami duduk tingkat 4 dan takde lift..hazabnya nak naik ...hihii

ok..bersambung hari kedua ...

PARIS 2016 : PART 1
xoxo...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...