Isnin, 19 Disember 2016

Be aware: produk kosmetik murahan.

Nak cantik? Nak putih? Nak glowing? Dia ada kelulusan Kem Kesihatan? ada . DAH SEMAK NO TERSEBUT BETUL ATAU SALAH? 

Sila jadi bijak. Jangan dia jual produk kata ada kelulusan dan beri no kita terus percaya..taknak selidik terlebih dahulu no tersebut betul atau salah? 

Semalam tertarik dengan satu produk. Iyelah pengasasnya cantik umur baru 22 tahun. Tapi mmg tahu selalunya produk yg sedemikian mmg tak original. Kebanyakannya di import dan diletak packaging baru. 

Saja google nama produk. Jumpa blog siap letak no kkm lagi..bila 

Semak di sini 

tak wujud langsung no pendaftaran tersebut. Amboi..beraninya letak letak produk gitu. 

Jangan lah mudah tertipu. 
Nak kulit ala ala korea. 
Diorg tu mmg duk musim sejuk..muka pun teganglah ...kita ni cuaca panas.sun burn..tapi Allah SWT kaya bagi kita vitamin E...tak salah nak cantik, mmg kena jaga apa yg Allah bagi..namun jgn terlalu taksub .takut jadi mudharat kemudian hari. 

Petua nak cantik: 

Jaga pemakanan
Banyakkan makan sayur dan buah.
Bersenam 30 min 3 kali seminggu
Emosi mempengaruhi hormon badan kita, apa guna cantik tapi masam kelat tak nak senyum
Cantik lahir dari hati yg baik.
Biar cantik luar dan dalam.

Semoga kita semua cantik  ( amal perbuatan ) 
di sisi Yang Maha Cantik.


Madain Salleh; sekadar pandangan.

Madain Salleh sebuah tempat bersejarah mengenai umat Nabi Salleh iaitu kaum Tsamud. Kaum Tsamud adalah salah satu drpd kaum kaum yg dibinasakan oleh Allah SWT disebab mereka tidak bersyukur , kufur dan menuduh Nabi Salleh sebagai pendusta dan menolak  agama Allah. 

Mereka dikurnia kan oleh Allah kepandaian membina bangunan dari bukit sebagai mana yg Allah SWT nyatakan dalam surah Al Fajr ayat 9. 

Kesempatan umrah lalu, Imran berpeluang melihat peninggalan kaum Tsamud ini. 

Namun adalah diingatkan kedudukan nya sangat jauh dari Madinah iaitu lebih kurang 450km memakan perjalanan selama 5 jam pergi dan 5 jam balik. ALLAHUAKBAR. 

Pada pendapat peribadi saya, jika kalian baru pertama kali menunaikan umrah masih belum puas mwnziarahi makam Rasulullah SAW lebih baik kalian menghabiskan masa di Masjid Nabawi  berbanding menghabiskan masa 10 jam hanya utk menangkap gambar 15 minit! 

Sudah lah terlepas 4 waktu solat di masjid Nabawi di mana 1 rakaat menyamai 100 000 ribu rakaag di tempat lagi. Belum lagi dihitung kelebihan mengunjungi makam Rasulullah SAW yakni Raudhah berbanding menziarahi tempat kaum yg dimurkai Allah SWT. 

Wallahu 'alam. 

Sekitar gambar kenangan di Madain Salleh. 
Baca sedikit mengenai Madain Salleh sebelum ke sana. 

Menurut suami ..sebenarnya ia adalah bangunan kubur. 

Imran bersama atok. Mereka sampai di Madain Salleh sekitar 4.30 petang waktu Arab Saudi hampir waktu maghrib

Madain Salleh tearmasuk salah satu World Herritage UNESCO

Menjadi keajaiban bangunan yg dibina daripada bukit.

Kawasan padang pasir.

Melihat sejarah mendekatkan kita pada kekuasaan Allah SWT.

Foto kenangan .



Ada yg masuk utk melihat apa yg ada di dalam.




Cantik pemandangan di padang pasir. 

Madain Salleh di utara semenanjung Arab , Hijaz. 

Khamis, 15 Disember 2016

Travelog Umrah Imran.


Labaikallahumma labaik...Labaikala.syarika laka labaik...
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah SWT yg memakbulkan permintaan dan hajat imran untuk menunaikan umrah. Ini umrah Imran yang pertama kali dan ke 4 kalo buat ayah. 

Idea asalnya ialah jemputan opah utk bawa Imran menunaikan umrah. Disebabkan syarat membawa anak berusia 15 tahun WAJIB bersama ibu dan ayah ..maka ayah pergi utk menemani Imran. 

Tapi ibu tak dlt pergi sama, hanya passport sebagai pengganti diri. 

Setelah menanti beberapa minggu, maka sampailah masa Imran berlepas. 15hb Disember 2016 detik yg Imran takkan lupa. Ibu dan adik adik hanya menghantar imran dan ayah di Melaka sentral. 

Flight penerbangan Imran ke Madinah ialah Flynas, penerbangan tambang murah yg menyediakan perkhidmatan penerbangan ke 4 destinasi antaranya Jeddah, Riyadh, Madinah dan Mesir.


Aksi Imran dan Moyang, uncle Anwar, Nek Teh dan bapa saudaranya.

Beruntung dalam usia 9 tahun telah menunaikan umrah. Semoga ia jadi pemangkin semangat utk Imran jadi hamba Allah yg soleh  

Aunty Mahirah dan ayah..serta Nenek angkat  

Rombongan keluarga Abdul Rahim ke Mekah .Bye bye ibu....sob..sob...

Alhamdulillah selamat sampak ke Madinah 

Ayah ketika solat subuh.Badan masih letih perjalanan yg jauh. 

Pemandangan masjid Nabawi selepas solat subuh.

Selepas ini Imran dan ayah akan balik ..makan dan rehat ..sementara menunggu masuknya waktu Zohor.

Apa KPI Imran di Madinah?

Imran nak baca quran banyak banyak supaya Imran dapat khatam di Mekah..dan membaca doa Khatam Quran di depab kaabah.

Doakan imran . 

Khamis, 8 Disember 2016

KOREA : FLIGHT TICKET & NAMSAN GUESTHOUSE 2

Fuh! macam buat assignment pulak...

ok..setelah aku godek Airasiago.com tengok pakej hotel campo flight..
kemudian aku ke airasia nak tengok harga tiket..RM2156. sama flight yang aku pilih bertolak pukul 1 pagi dan sampai 820 pagi...return pun sama ..

kemudian aku ke Traveloka tengok Namsan guesthouse 2 berapa harganya ...aku dapat dalam rm 600 lebih ..kemudian booking.com rm797 ..so memang semestinya traveloka murah! 

tapi bila aku totalkan ```airasiago menang total flight dan hotel di namsan guesthouse ialah

rm 2657
rm2657/ 2 ...rm1328 

kalau kita camporkan harga flight rm2156 + rm700 = rm2800

agak agak ok x?

mmg lah takkan dapat harga kebabomm rm 888 return 2 org...

atau tiket pergi balik rm 600 lebeh...adoii!! mmg bukan rezeki kan ..apa pun kita tunggu bulan dua baru book! mana tau malaysia Airlines buat promo..
Air asia takde luggage dan makanan ..jadiknya! kena fikir another more valueable price ok?

contoh survey di Airasiago.com

ok..korea jumpa di bulan Mac!

#MyTravelokaEscapade

aduh! dah ada contest lah pulak...mungkin www.traveloka.com ni tak tau aku truly loyal customer dia..hahha..setakat ni dah 3 kali lah aku guna perkhidmatan traveloka.




then, traveloka buat contest #MyTravelokaEscapde aku nak pilih South Korea. Yeay! impian jadik kenyataan ..hahah...how you will spending your holiday?

Nak Join klik sini https://blog.traveloka.com/en/online-contest/

Wah ! soalan ...mestilah dengan melawat semua tempat yg aku idam idamkan ..termasuk cable car dan Myeong dong yg happening ala bukit bintang tu...kebetulan sahabat aku UMMU HANI tengah sambung phd kat sana so..amat lah sesuai aku menjenguk dia.hahah

tapi macam not so adventure kann..apa aku nak buat ekk...ok! 

SATU:
aku nak pakai baju kebaya dan jalan satu seoul ok ape? hahah..tak ke pelik ko! tapi mmg lah dh lama ku ngidam nak buat macam tu cuma tak sempat..masa pergi London mmg tak lah cuaca sejuk
tpi kali ni aku cam tekad je..biar org korea pelik tengok ..


Actually aku bangga dengan baju kita yang melambangkan kehalusan seni budaya kita ..dah tu takkan MAT DAN mat saleh UK langsung jatuh cinta pada Malaysia sampai duduk di Pulau Kapas tujuh tahun!


so Mr Traveloka ..this is how i will spending my holiday here ...the kebaya lady in seoul city!




this is my kebaya!..sumber: Apple couture


KEDUA:


melawat masjid di Itaewon dan menikmati segala jenis makanan halal yg terdapat di korea.

KETIGA:

bermain salji di Deaqwallyong yang digambarkan sebagai ‘Alps of Asia’, Alpensia Ski Resort mempunyai cerun membolehkan saya menikmati luncuran menyeronokkan! ok that's all!
#MyTravelokaEscapade

sila baca review saya guna Traveloka semasa bercuti di Avani Sepang Gold Coast dan tips Book Hotel murah dengan Traveloka 

Selasa, 6 Disember 2016

Kita hanya merancang, Allah yg menentukan.

Masih ingat plan saya nak ke langkawi? 
Tak jadi😭😭😭
Sebab imran nak ke umrah perlu ditemani Ayahnya...maka plan ke Langkawi kita tangguhkan...

Dalam pada itu, ibu mula google2 ke Korea. ibu cakap kat ayah..2017 kita pergi Korea ye...4h 5 mlm je...

Nnt ibu cari tiket...ibu cari bawah rm1k utk sorg pergi balik.
Insya Allah kos dalam 2k sorg...utk basic. flight+hotel+transport+ makan....Insya Allah ok kot..
Ok.
Our new assignment.KoREa. 
Date travel will be on april Insya Allah. 

Musim Bunga di Korea (Spring)

Masa Musim Bunga di Korea : Pertengahan  Mac hingga lewat Mei 
Kebiasaan Suhu Musim Bunga di Korea : 5℃ – 20℃
Musim bunga memang cantik kerana musim ini dapat menikmati pemandangan bunga sakura di mana-mana memang kelainan sangat. Suhu juga tidak panas dan tidak sejuk sangat selesa untuk berjalan-jalan.
Musim ini cuaca cerah dan sangat sesuai untuk menikmati keindahan kota Korea. Bagi pencinta alam pula musim inilah yang paling cantik untuk menikmati keindahan tanaman  hiasan semisal magnolia, forsythia, dan sebangainya.
Festival musim bunga ialah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga. Tempat menarik untuk dilawati pada musim ini ialah Changgyeonggung Palace, Ilsan Lake Park, atau Jinhae Cherry Blossom Tunnel.
Pulau Jeju juga Tempat  Yang Sangat Menarik untuk dilawati pada musim bunga di korea. Di Pulau Jeju ada Festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festivalkerana musim bunga di Korea Pulau Jeju di penuhi kekuningan bunga Canola. Selain di Pulau Jeju, di Cheongpungho di adakan Cheongpungho Cherry Blossoms Festival. Festival ini menyajikan bseperti bunga Cherry Putih, Forsythias, Azaleas, dan lain-lain.
Selepas musim bunga datang pula Musim Panas di Korea.
Pakaian Yang Sesuai Musim Bunga :
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.

Source : muslimtravelbug.com
Bandung 2012
Copypaste#

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...