Isnin, 25 Disember 2017

Bercuti ke Kuala Kangsar “As Local “

Kuala Kangsar merupakan bandar di raja. Bercuti sehari di Kuala Kangsar dpt memberikan kita ketenangan dan keamanan. Udara nya segar pekan nya kecil banyak bangunan bersejarah view yang cantik dan makanan yang sedap.

Sehari di Kuala Kangsar.

Menginaplah di Safari  Resort yg terletak di tepi sungai Perak . Bangun pagi lihat kedamaian kampung nan indah. Nak lebih ekstrem pergilah tidur di Syamille Agro Farm . Mmg best habis!
Akak org kuala ...,  akak taulah...ada kandang rusa dan sungai mengalir, sejuk sebab di kaki bukit.

Mulakan sarapan di Selera Kampung, di Kampung Bendang Panjang. Tiga kilometer dari pekan Kuala Kangsar. Kedai makan di dalam kebun getah mmg rare habis. Menu pelbagai dan sangat sedap! Jangan lupa cuba jagung float. Akak jamin kau puas hati! menu lazat lain roti telur goyang bermacam mi wantan, gorengan , mushroom soup, kuh muih roti canai dan sebagainya.

Lepas sarapan sambil anak tengok pokok getah dan main jongkang jongkit dan tengok pelbagai jenis burung kau boleh start percutian kau.

Naiklah sampan menyusuri Sungai Perak. Kalau nak tengok pembuatan labu sayong pergilah ke Sayong tempat asal kelahiran Mr Os. Tempat wajib pergi jangan tak pergi .

Masjid Ubudiah,
Istana Iskandariah ( tak boleh masuk hanya amik gambar)
Muzium Sultan Azlan Shah,
Muzium Kenangan yg dibina tanpa paku,


Selesai ke semua tempat boleh makan tengah hari di Lembah Sungai Perak makan laksa dan cendol mmg heaven. Nasi berlauk pun ada . Kalau nak yg mencabar makan di Tasik Raban agak jauh dari pekan kuala kangsar. Ni mmg asli menu kampungnya. Lepas makan boleh mandi manda di Ulu Kenas,

Kedai Makan di dalam Kebun Getah. Lokasi : Kampung Bendang Panjang. Tepi jalan besar je. 

Ada rumah burung utk aktiviti anak anak.. 

Melihat sendiri pokok getah ☺️

Kampung yg aman dan permai. 

Jangan lupa singgah  ke Kuala Kangsar kalau lalu Perak. Ada banyak keindahan yang tersembunyi di dalam nya. 😍😍😍

jumpa lagi!

Rabu, 20 Disember 2017

Plan Trip To Singapore. [ Part 1]

Alhamdulillah 
Akhirnya plan cuti Disember 2017 pun mula di rancang. 

Nak jalan ke mana? 
Aku plan nak bawak budak budak ke UNiVERSAL STUDiO Singapor so mmg aku dah risik risik pada tour agency harga tiket nak masuk USS ni.. 

Ok kalau korang nak aku share mesej dari Syoknya Travel 
Salam tuan/puan. Terima kasih kerana sudi bertanya kepada syoknyatravel sdn. bhd. 

Alhamdulillah pengalaman kami masuk tahun ke 5 dalam bisang pelancongan ini. 

Untuk pakej Singapore

Tuan/puan boleh pilih antara di bawah ini;

1. uss balik hari
2. uss by mpv
3. tour singapore
4. tiket sahaja

1)PAKEJ USS SAHAJA BY BAS BALIK HARI

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE bersama syoknyatravel ( facebook.com/pakejmurahkeuss )

WHATSAPP UNTUK TEMPAHAN 0194491170 (EN HILMI) 

Penerangan secara ringkas:

dewasa 250
kanak 200
kalau belum 4 tahum free

pakej termasuk;
👍bas persiaran pergi dan balik ke uss
👍tiket uss yang boleh main semua permaianan dalam uss tanpa bayar
👍white card kami akan beri. whitecard ni wajib isi untuk diberi kpd imigresen singapore. nanti kami ajar cara isi. white card bukan passport. passport/group pass anda kena uruskan sendiri

tiket dewasa sudah termasuk

5sgd diskaun mealvoucher (belanja 10sgd di restoran dalam uss, akan dpt diskaun 5sgd)

5sgd retail voucher (belanja lebih 35sgd dalam kedai souvnir, dpt diskaun 5sgd)

iternari pakej uss balik hari

715pg tunggu d luar pagar tune hotel
730pg bas bertolak ke uss
630ptg bas dari uss balik ke jb

rujuk feedback pelanggan kami sepanjang 4 tahun beroperasi di review 👇

facebook.com/pakejmurahkeuss


----------

*************************
Demikian kandungan mesej dia. 
So aku kira kira total kos hangus satu family ialah RM 1100 orked percuma belum 4 tahun. 

Tapi kalau pergi mmg kita just masuk USS dan keluar. Kebetulan tak banyak permainan Iyad, Ihsan dan Orked boleh main sebba masih kecil. 

Jadi aku berbelah bahagi sama ada nak pergi USS atau jalan jalan masuk singapore. 

Seterusnya kami plan masuk singapore jln jln sebab banyak juga free attractions kat Singapore ni kan... 

Discussion seterusnya nak stay mana ? 

Mmg puas aku godek duduk Singapore semalam 300 lebih purata itu pun dpt hostellah bukan hotel. Ada satu tu aku dapat RM 216 kat Hotel Premier Hollywood dh baca cakap banyak bilik jadi tempat pelacur pulak atau one night stand. So aku kensel tambah nak ke MRT jarak 600 m.. last kami buat keputusan stay jb dengan 350 kami dpt bilik Superior di Mutiara Hotel JB 4 star lagi tu. 

Dan setakat ni semua passport telah disediakan. Aku cuma buat passport Orked dan Iyad .. itupun Iyad percuma. Sebab ada kad OKU. 

Baik, aku dh buat kajian sikit pasal trip ke Singapore ni 

Antaranya: 

[SINGAPORE DAY TRIP-BACKPACKERS]

• A T T R A C T I O N S •

(Free of Charge)
- Merlion Park
- Marina Bay Sand
- Esplanade
- The Helix Bride
- Garden By The Bay
- Kampung Glam
- Arab Street
- Bugis Street
- Masjid Sultan
- Haji Lane
- Chinatown
- Sentosa Island

• I T I N E R A R Y •

🎒7.00 am : Depart from Larkin Terminal

- Lagi awal lagi bagus sebab boleh jalan lama sikit dan tak terkejar kejar
- Ada dua bas boleh naik Causeway Link atau SBS170
- Causeway Link ade 3 route 
> CW1 Kranji MRT Station (RM1.90)
> CW2 Queen Street (RM3.40)
> CW3 Jurong East 

Boleh pilih nak turun kat mana, Kranji murah sikit sebab tu MRT paling dekat dengan CIQ Singapore. Aku cadangkan turun dekat Kranji then beli tourist pass turun dekat Raffles Place Station. Sebab kalau turun Queen Street kena beratur lama sebab ramai orang.

Tourist pass ni unlimited ride. So tak perlu risau tambang dari Kranji ke Raffles Place tu berapa SGD. Local akan naik bas sbb murah tu yg ramai naik bas terus turun dekat Queen Street. Harap faham hahaha.

🎒9.00 am : Arrive at Merlion Park

* Getting here by MRT : take train to Raffles Place Station 

Okay kira average dua jam la nak settlekan imigresen campur jammed ape semua. Tapi ni mmg kena depends on traffic berapa ramai yang masuk Singapore.

Kat sini letaknya Merlion Park yg keluar air dari mulut singa. Tak reti nak pergi sini tanya local people sbb dia bukan betul betul keluar MRT terus sampai sini. Kat sini jugak ade Marina Bay Sand, Esplanade dengan The Helix Bridge. Nak jalan kaki boleh nak naik MRT pun boleh. Kalau naik MRT turun dekat City Hall.

🎒11.00 am : Arrive at Garden by the Bay

* Getting here by MRT : take train to Bayfront Station 

Dah settle gambar ape semua gerak pulak pergi Garden by the Bay. Naik kat City Hall Station. Kat sini la bangunan yg macam pokok tu. Memang lawa tempat dia. Kalau jalan jalan kat luar free je takyah bayar. Tapi kalau nak masuk Flower Dome, Cloud Forest, OCBC Skywalk ni semua kena bayar.

🎒1.00 pm : Arrive at Kampung Glam, Bugis

* Getting here by MRT : take train to Bugis Station 

Okay kat sini la kita akan sampai kalau naik bas turun Queen Street. Sini untuk shopping souvenir atau makan boleh la. Masjid Sultan pun ade kat sini. Jangan lupa solat sekali. Jalan kaki je pusing area ni. Ade Arab Street, Bugis Street. Dah settle makan solat boleh la gerak ke Sentosa Island.

🎒4.00 pm : Arrive at Sentosa Island

* Getting here by MRT : take train to  Harbourfront Station - Buy Sentosa Express Ticket

Sentosa Island ni lebih kepada Fun Island. Ade theme park, pantai dan macam macam lagi. Tapi nak main semua kena bayar. Nak jalan jalan saja pun boleh. Kat sini la USS dengan Palawan Beach. Ade 4 station boleh turun setiap station. Tak boleh guna tourist pass. Kena beli tiket khas. Tiket tu termasuk pergi dan balik.

🎒7.00 pm : Balik JB atau Enjoy Light Show

Kalau nak balik JB boleh turun dekat Bugis Station. Naik bas dari Queenstreet terus ke Larkin. kalau nak enjoy Light Show turun semula kat Bayfront. Light show pukul 7.45 pm. So plan your own trip. Dah settle semua sama je step dia dari Bayfront turun Bugis. Naik bas. Kalau sempat boleh je pusing pusing kat Bugis Street tu. Nak makan ke ikut la. Ok itu sahaja.

• C U R R E N C Y •

On 4th November 2017
- 3.11MYR = 1SGD (Buy)
- 1SGD = 3.09 (Sell) 

• E X P E N S E S •

- Tiket bas Larkin-Queenstreet = RM3.40
- Tiket bas Queenstreet-Larkin = 3.50SGD
- Tourist pass = 10SGD + 10SGD (deposit)
- Makan nasi campur+air = 5.5SGD
- Sentosa Express = 4SGD
- Souvenir = 10SGD

Total 
= RM3.40+33SGD 
= RM106.30 + 10SGD (deposit)

• T I P S & N O T E S •

- Sentiasa bawak bekalan makanan dalam beg untuk elakkan kelaparan semasa perjalanan.
- Beli makanan/minuman kat Malaysia 
- Gerak awal pagi kalau boleh
- Bas paling awal pukul 4 pagi paling lewat pukul 11 malam
- Sentiasa tanya orang sekeliling kalau taktahu jangan buat perangai bodoh sombong
- Jangan potong queue. Beratur je kalau panjang pun
- Jangan lupa isi borang imigresen seblum beratur. Isi masa beratur pun boleh.
- Simpan tiket bas kalau taknak bayar lebih. Sebab akan turun naik bas masa kat imigresen. Ikut je prosedur/signboard
- Ikut peraturan sana sebab Singapore ni strict sikit sia sia je kalau kena denda.
- Kalau nak masuk uss better tido semalam dekat Singapore
- MRT operate sampai 12 malam je
- Waktu nak pulangkan tourist pass, make sure pulangkan dalam waktu operation hours. Kalau tak melepas la deposit. Nanti mintak flyers kat kaunter tu.
- Okay tu je tak faham boleh pm tepi.
- Enjoy your trip okay🤗🤗

Sekian,
Kota Singa, 04/11/2017

Sumber: Facebook Backpack. 

Makanan makanan di Singapore 



Marina Bay Carnival 🎡 

Rupanya ada web namanya Klook kalau nak cari tiket murah masuk theme park beli sini . Termasuk nak ke Everland Seoul, dan negara lain seperti Tokyo , Taiwan, Hongkong, dan lain lain. Korang cari KLook ni ..

Ni aku copy tiket murah nak masuk Gardens The Bays sempena Krismas. 


Link di bawah ni pulak pasal tempat free utk bercuti bersama keluarga ke singapore. 


Another Ittinerary from Facebook. 

Sharing our short getaway to Singapore if ada yg nak pergi masa cuti sekolah ni bwk anak2

Singapore public transport (espc train) sgt kids friendly (lift and ramp available if guna stroller)..much easier/less confusing compared to Japan

Tips:
Area to stay:Bugis or Bencoolen

Kalau guna MRT : stay at East West Line (Green line) or Downtown (Blue)..senang nak travel daripada airport

Transport Pass: Guna Singapore Tourist Pass (ada 1-3 day pass dr $10-20)..boleh guna utk bus and train except sentosa express..jgn lupa return utk dpt refund $10 (card deposit)

Food: For muslim, halal food are plenty,just look at the displayed halal logo or blh tnya the shop if x sure

Budget per meal:$5-7 (Rm15-21)

Itinerary
Day 1
Airport self tour (jalan2 and teroka terminal 1-3,mcm2 garden ada..free of charge)
Arab street (souvenir)
Masjid Sultan
Kampung glam
Haji Lane (murtabak zam-zam)
Kampung Bugis
Lunch (Al Tasneem)
Raffles City
Merlion Park
Esplanade bridge
Helix bridge
Marina Bay Sands boardwalk
Marina bay waterfront show (8pm & 9pm)
Mustafa Centre (shop 24hr)
Dinner-(Al Jailani/Kampung Glam cafe)

Day 2
Botanic garden
National orchard garden
Macritchie reservoir
Orchard Road
Lunch (ayam penyet lucky plaza)
Chinatown
Vivo City (level 3-if nak naik train $4,level 1-if jln kaki-free sampai 31Dec 2017)
Sentosa beach/island
Gardens by the bay (outdoor-free)
Supertree groove show (745pm)
Dinner (satay by the bay Kampung Glam Cafe)

Selamat berjalan2 semua :)

So ini dahulu hasil kajian aku. Nampaknya semua masih dlm perancangan melainkan hotel je yg pasti aku dh book. 

Worse come to worse aku jalan jalan g Jb je masuk ikea tebrau survey perabot! 😝😝😝

Oklah , doakan plan kami bercuti berjaya ya! 


Ahad, 17 Disember 2017

Buat Passport anak Pertama Kali

Cara buat passport utk  anak pertama kali

  1. Sijil beranak [ yang ASAL ] dan Salinan surat beranak [ photostat ]
  2. Salinan KAD PENGENALAN penjaga
  3. RM 100

Kalau tak bukan sahaja tak dpt buat, no giliran pun dia takkan bagi. Ko ingat apa? 

So dr korang dok makan hati baik bawa perkara yg dikehendaki sebaiknya ok! 


Susah nak ulang alik pejabat imegresen semata mata nak buat passport ni 😪😪😪


Kalau di Melaka boleh ke Pejabat Imegresen berdekatan Roundabout Seri Negeri tu yg ada Jabatan jabatan kerajaan lain ... kalau ke UTC memang ramai org lagi ramai org lagi lambat.. seterusnya amik no giliran selepas semua dokumen lengkap. Tak lama proses nya amik gambar dan buat bayaran . Cuma nak tunggu passport siap dlm 30 minit... 

Tak sabar tengok passport orked dan iyad . Harap passport dpt digunakan sepenuhnya nanti. insya Allah! 

Plan 2018

Alhamdulillah lagi beberapa hari nak masuk 2018 dan apa plan 2018?

banyak plan yg tertangguh dan menyambung plan lama serta ada plan baru.

Satu, nak diet nak kurus dan sihat.
Dua, nak menyambung travel banyak lagi location nak pergi antaranya ASEAN nak g Jogjakarta, Ho Chi Min dan Osaka.
plan terbaru nak menabung secara agresive so aku macam tertarik nak mencuba trick trick ASB yg kata boleh menyebabkan kita menyimpan atleast 100k ..so buat guna maca macam teknik satu tahun pertama bayar monthly tahun berikut nya guna duit dividen utk bayar balik so biar dia rolling balik. dan ada juga bayar kemudian dividen tersebut ambik utk buka satu lagi acc . harapnya boleh lah kita plan pelan pelan. Mana sumber? Insya Allah ada rezeki nya.


Nak share sikit pasal ASB. 

So, apa teknik yang lagi mudah dan tak terasa sangat? 

Jawapannya, Teknik bijak guna ASB Loan la apa lagi hehe. Dengan hanya bermodalkan RM1098 sebulan (Murah sikit dari simpan RM1666 tadi), Logik la kan? Nak seratus ribu...takkan modal RM200 je sebulan kan kan?

Jom tengok teknik ni boleh jalan ke tak...

1) Apply ASB Loan RM200K untuk tempoh 30 Tahun

2) Bayar bulanan sebanyak RM1098 selama 5 Tahun


3) Jangan keluarkan dividen akhir tahun tu ye...sila Displin...anda nak pegang duit RM100K kan?

4) Genap 5 Tahun, Jual ASB Loan anda

5) Jumlah Dividen Terkumpul = RM93,866.00
    Jumlah Cash Value = RM15828.00
    Total Keuntungan = RM109,694.00

6) Tahniah! Anda berjaya Jana RM100,000 Pertama anda! Extra Bonus RM9694 lagi hehehe. Jangan lupe belanja saya :)

* atas kiraan rate dividen 8%
* atas kiraan dapat dividen penuh (bayar loan dari Januari hingga Disember)
* Beza RM1666-RM1098 = RM568
* RM568 X 60 bulan = RM34,080.00! Banyak giler anda UNTUNG dan dapat JIMAT WANGguna teknik ni!



so harap plan ni berjaya dilaksanakan. 

Selasa, 12 Disember 2017

My words

1. mak

hari ni mak jumpa doktor nak review result scan . harap positive utk mak. aku harap mak sihat utk dpt beribadah

2. bil streamyx

geram bila bil nama aku tetiba ada tunggakan ..aku mmg tak suka benda yang menyusahkan macam ni. siap dapat peringatan dr company lawyer.

3. i-THINK

Alhamdulillah ..dok asyik kalut je aku dh siap buat sediri. harap membantu aku dalam pengajaran.

4. Imran KHATAM

Syukur dah tiga tahun mengaji dengan aku baru khatam.

5. bateri kereta kong.
masalah bila aku kena jalan kaki ke merata tempat adoii..imra g tuisyen pun jalan kaki...aku tepon cikgu dia tak angkat aku kena jalan nak pastikan dia selamt sampai..berjalan pulak dengan iyad dan ihsan..

6. ulang alik kl melaka naik bas sebab nak ziarah mak..jumaat ni balik kl balik.


Ahad, 3 Disember 2017

Kos perbelanjaan di Korea

Sebenarnya aku dh tak mampu tengok diri aku dengan berat 71.4 kg... terlalu besar. Nampak sangat gemuk. Aku mesti usaha utk sihat sekurang- kurangnya berat 62 kg...bila kita berbadan besar mmg agak rendah diri dan kurang keyakinan nak bergaya. Hmmmm.... Orang ramai berazam nak kurus  bila nak masuk tahun baru... aku nak kurus setiap masa... tapi belum berjaya. Macam macam kaedah org share cuma aku je secara mental nya seperti tak bersedia . Makan ... dah 34 tahun aku makan macam macam ... bila nak insaf ni ama... kena sayangkan diri sendiri bila gemuk pelbagai penyakit datang... aku dh tinggalkan gym tambah cuti sekolah ni... nak puasa pun tak mampu... nak diet makan telur je macam tak kena... kalori diet makan telur dengan makan nasik sama banyak .. at least makan nasik kenyang makan telur dadar sat g ko nak makan lagi macam mana tu ....

Aku tengok yg ramai berjaya atkins tu dia tak amik masa lama pun paling kurang dua bulan dh nampak hasil... aku mesti boleh! Aku nak capai 62 je dulu... kalau bangun tido berat aku boleh jejak dlm 70.6 ... so kalau start minum air masak mesti boleh kurang banyak.

Apsal aku minum teh hijau macam perut bloating jangan buncit tau... aku tak minum teh hijau aku start makn sikit perut ada kempis sikit...

Hari tu aku start stop gula mmg menurun ... aku kena teruskan usaha lagi ... cuba diet atkins ...
Baiklah esok aku cuba lagi . Doakan!

Tu gambar aku masa breakfast kat Itaewon Inn... cantik hotel dia bayar sorang 70 semalam oklah 😍😍😍rindu korea .




**harga ini pada Mac 2017

paling mahal baju orked RM58.95.

hati hati beli baju sebab ade je baju bundle yg digantung elok elok..ni baju baru bukan bundle atau terpakai..
ok nnt sambung lagi

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...