Ahad, 25 November 2018

Ahad: Arrival Day in Singapore

pagi tu tiba tiba Ihsan taknak jalan sakit kaki..aduh! orked pun demam jugak.

stress nya! aku mandikan dan kami bawak diorg jumpa doktor One Mdic bukit Beruang.
lepas dah g klinik singgah bfast di Mydin. masa ni dah berbunyi dh ..korang tak payah ikutlah...

aku dh senyap. bukan apa takut gak kalau kena tinggal.lagipun aku dh bersedia lama dh nak ke Singaore. Sanggup g beli baju utk anak anak pakai sedondon. 

Kemaskan bag. Dan yang paling penting usaha pastikan anak anak sihat sebab semua nak di bawa ke Singapore.tapi tiba hari yang dinantikan semua musnah .Ibarat kaca yang bertaburan .

dah lah suami check passport Ihsan mati Feb 2019. Aduh! tak pasal pasal kena g UTC buatkan pasport budak ni .dh lah jalan jongket jongket sebab kaki sakit.! allahu aku un macam putus asa!  rakpelah kalau takde rezeki,,apa lagi sobs sobs lah ..

sampai umah suami kelam kabut cari surat beranak nak renew pasport. aku di rumah mengiron baju keje suami dan siapkan anak anak. selepas zohor kami gerak ke Singapor. 




alhamdulillah dalam perjalanan lancar cuma entah macam mana Uncle Helmi langgar bumper pastu Iyad terhantuk luka matanya. sikit je.

kami berhenti solat di RnR di Tuas. Sebelum masuk Tuas. selalu org masuk ikut Woodland . Kami masuk ikut tuas lebih dekat dan tak besar macam Woodland. kami masuk dengan van sahaja. Alhamdulillah urusan imigresen di malaysia cepat selesai. tp di Singapore ikut prosedure, ok jugak orang tak ramai macam kat Woodlands.







seronok berhenti di RnR ni ..kedai dia cantik cantik! ..oklah 


kami sampai hotel jam 7 lebih lepas suami check in .
Kami terus makan malam di Kampung Glam . 
Best jugak layan kota Singa waktu malam .
Bercahaya. sempat bergambar di Masjid Sultan . 

masuk je bilik suami terus tidur, dan anak anak mandi air panas berendam dulu. 
Lepas tu aku bagi makan ubat dan mereka tido dengan lena . 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...