Khamis, 29 November 2018

Tips And Trick To Singapore

alhamdulillah aku dh selamat sampai ke rumah .

So aku nak share apa yg boleh kalian jadikan panduan:

1. Pergilah ke Singapore dengan menaiki kereta/ pengangkutan darat . Jauh lebih murah ! bas pun boleh masuk Singapore. Aku pergi hari tu naik van senanglah masuk terus sampai ke hotel. 

2. Pasport- WAJIB ada dan isi white card visa masuk ke Singapore ni pun wajib isi. lepas tu yg dia potong dua tinggalkan dalam pasport WAJIB ada bila nak balik Malaysia nanti

3. Wang . SGD semua darab tiga .senang kira ! dolar singapore bersamaan RM3 . dan semua harga barang di sana sama harga dengan malaysia. tapi jangan convertkan .senang cakap ko beli teh ais kat sini 1.80 kan ?samalah sana pun 1.80 tapi dlm dolar. ko beli roti Gardenia RM2.80 samalah sana pun SGD2.80 . tapi hakikatnya mahal tiga kali ganda. makanan pun sama. kuih dia yg ala lopis tiga segi tu harganya SGD1.20. ( RM3.60 seketul!) 

4. Penginapan aku hari tu di Furama City Centre. Memang tengah Chinatown. bersambung jejantas dengan Chinatown Point dan dekat dengan People Park. Dekat jugak dengan Park Royal on Pickering dan dekat jugak dengan Clarke Mall. 

5. Makanan halal utama ialah Mc Donald dan KFC sebab ownernya ialah company dari Malaysia. dan macam aku cerita pasal Warung Aneka Rasa di Chinatown .Banyak pilihan dan rasanya sedap hari last kami makan nasi campur total SGD 20. termasuk air. Banyak je makanan halal instant dalam 7 elevan. ada pelbagai sandwich dan kopi. dan halal serta sedap. 

Btw aku nak tanya, kalau no pork, no lard tu halal ke?jawapan aku tak halal. pertama cara penyediaannya . ayam tu sembelih tak ? jadi apsal dengan mudah je no pork no lard ko kirakan halal. aku pun tak faham bila org orang yang langsung tak mementingkan halal haram makanan ni. pelik! lepas tu ada yang tanya TEXAS chicken tu boleh makan tak? aku nak tanya ayam dia sembelih ikut Islam tak.

itulah bila iman tak de di dada. maka apalah nilai halal dan haram bagi seseorang.

6. Lupa! masuk ikut Tuas lebih dekat dari masuk Woodland. Kebanyakan orang masuk ikut Woodlands.

7.apa yang wajib korang lawat kat Singpore? 

Merlion Park
Gardens by the bay
pulau sentosa
masjid sultan ( bugis street, arab street, orchard road aku tak pergi so tak tahu) 
chinatown
banyak lagi sebenarnya aku yg tak sempat jalan jauh.

tapi yang nak tengok pokok besar tu aku dh tengoklah kiranya ..Supergrove  Tree tu di Gardens by teh bay. Promenade aku pun dah sampai, esplanade tu macam istana budayalah . ada persembahan bagai. 

Marina Bay sand Hotel bercahaya di waktu malam


the Esplanade

Esplanade berbentuk durian di waktu malam kelihatan lebih indah 

mercu kejayaan singapore di gambarkan dengan pembangunan yg sangat pesat

senja di Singapore



Merlion Park


Kopi 7 elevan 

sandwich Prawn

duduk sambil tengok musical 

view dari bilik hotel kami

supertree grove




garden by the sand


singapore River


mural di sekitar Singapore riverside







aquarium di Singapore

USS tahun lepas dah masuk


last picture..bye bye Singapore..



singapore sebuha negara yang sangat bersih maju dan mahal. segalanya di darab tiga. utk merasa berjalan ke negeri orang silakan.. namun indah singapore hati ku tetap di Malaysia takkan kurang walaupun sedikit . 

i love my malaysia . dan sentiasa rasa bertuah lahir sebagai rakyat Malaysia Insya Allah 

1 ulasan:

  1. [PROMO SINGAPORE]
    Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak 🔥PRIVATE TRIP-Tour Singapore (car/alza/starex)? 🚘 Pun ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219 (JESS)

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86
    [From Johor Bahru]

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...