Selasa, 27 November 2018

Makanan Halal di Chinatown, Singapore 2018.

Chinatown ni mmg berada di tengah Singapore. Paling susah nak cari menu halal. pilihan yg ada ialah Mc D dan KFC . Chinatown MRT opposite dengan People Park Complex .ada satu Warung Aneka Rasa , Muslim Nasi Padang yang sangat sedap masakan nya dan harga yang reasonable jugak. 

Aku beli makanan tiap tiap hari kat situ selama 5 hari 4 malam. wah ! lama tu. kami jumpa kedai ni hari kedua. Waktu tu aku dan suami jalan jalan nak belikan breakfast anak. ikutkan suami aku dapat breakfast sorang makan kat Tiffany Cafe dan bila aku check Tiffany Cafe tu halal dan certificate halal so boleh lah makan semua yg ada kan .Tapi suami aku cakap takkan dia nak makan sedap sedap korang tak makan, dan aku fikir kalau dh dapat makan sedap sedap kenapa taknak makan.pastu dia kata "ama pergilah .." pastu aku kata dia bagi utk abang peserta kursus bukan ama. " eh! last last sehari pun takde siapa turun makan kat bawah tu. pastu aku kata rugilah tak dpt makan kat hotel tu free je kut "

dilema..korang rasa camne?hahah dah lepas pun .

ok berbalik pada cerita aku terjumpa kedai ni .Kedai ni tukang masak dia Melayu Singapore dan bukan org indon. dan masakan dia kiranya masakan asli melayu Singapore lah . Punyalah sedap !rupanya menu dia ikut hari . Macam hari Rabu dia punya menu nasi berinani . Ada beriani kambing ayam masak merah harga sebungkus nasi SGD5.50. oklah pejam mata! air dia punya rege sama cam Malaysia lah tapiiiii jangan convert.hahah...

so hari pertama aku beli nasi lemak dengan lauk ayam goreng. air teh tarik. mabeles! pastu tapau mi goreng utk bebudak ni nak support lagi beli roti dengan kaya .siap stock makan pagi. tengah hari kita fikir lain . 






ini kedai nya selang sebuah ada kedai muslim gak jual roti canai...tengah hari ramai sangat orang ...penuh! cina melayu india suka makan situ





mi goreng yang aku tapau utk budak budak dalam bilik 
kami makan nasi lemak dengan ayam goreng SGD6, jejantas belakang tu menghala ke mall ..
HARI KEDUA

Kami dah aim dh nak breakfast situkan . So hari kedua kami rasa Lontong dia dengan nescafe tarik! mabeles gak. Budak budak aku tapaukan nasi goreng, Ya ampun punyalah sedap nasi goreng dia !

tengahari aku g nak beli lauk tengah hari so aku pilih nasi, ikan sambal dengan telor dadar kena SGD5.90. Sambal belacan dia sumpah sedap!

pastu lah Pakcik tu muka eksyen time dia offer, " Nak sambal belacan tak?" 

seterusnya kami makan lontong dengan nescafe tarik..total SGD5.50 kot ..lupa plak


cari Chinatown Station ni ...pastu naik jejantas nak ke Furama Hotel ..berdekatan dengan ATM UOB ada kedai makan tu tingkat atas...


ni menu lauk makan tengah hari, ikan sahaja SGD3.20 total aku bayar dalam SGD5.90

HARI KETIGA


ok hari ketiga suami aku amik kentang goreng gaul sambal paru goreng dengan apatah..aku amik kuewtiaw. aku nak order nasi goreng dia kata hari ni nasi goreng takde

ok hari ni suami aku tak join kelas dia demam teruk. pastu aku lepak bilik suamia kata pergilah bawak diorg jalan jalan esok dh nak balik, rygi beli Singapore card tu kalau tak pakai. 

so aku pun pergilah . sebelum tu aku sempat beli Beriani kambing dengan beriani ayam masak merah dengan teh ais dua. 

Mabeleskan nasi beriani dia ..




Punyalah beratur manusia nak makan sini. Cina pun ramai tau!

HARI TERAKHIR

kami tak turun beli breakfast siap siap sebab nak makan lunch kat sana terus. kami semua makan kat kedai tu kali terakhir. 




oklah itu sahaja yg aku nak share. kalau korang duduk area China town boleh cari kedai tu .

caranya:

korang cari MRT station Chinatown yg bersebelahan Chinatown Point. korang akan perasan keluar dri MRT ni nampak Mc D. 

Jejantas yang menghubungkan Chinatown Point dengan Furama City Centre.

pandangan luar MRT China Point. 

bangunan belkang yg tinggi tulah Furama Hotel City Centre, bumbung merah tu bangunan kedai Aneka yg aku cerita 

pandangan berhadapan kedai makan ni 

MRT Chinatown 

Turun tangga MRT Chinatown.

Dari MRT Chinatown korang mesti EXIT Chinatown Point. Jangan exit belah lain confirm tak jumpa.oklah itu sahaja harap membantu korang utk cari makanan halal ...

Wasalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...