Selasa, 9 April 2019

CPAP, KONSERT dan PROGRAM RK

Iyad discharge pada Jumaat 5 April 2019. Masa tu hafidz yg jaga. aku dh bersiap nak ke KL bawa baju . esok sabtu ada Konsert Muzikal sekolah waktu pagi dan malam.
aku nak sgt pergi tapi  takkan aku dpt pergi Iyad dalam wad. 

bila sampai wad, rupanya Iyad dpt discharge tp balik dengan Cpap Machine. 
lega rasanya, aku. mmg ada tugas penting . Minggu depan selasa 9 April ada pembentangan kertas kerja Rancangan Khas. 
iyad dengan mesin cpap berharga RM3,800 
SABTU, 9 april

Aku bangun awal masak nasi, beri Iyad susu ikut perut dan ubat ubat iyad kena makan. aku suruh Iyad mandi dan aku dan suami keluar beli bfast. Kebetulan jumpa kedai runcit aku beli ayam dua ekor utk masak tengah hari.

lepas semua siap dlm 8.45 aku sampai di Grand Ballroom MITC utk konsert pagi . khusus utk pelajar.
budak budak nasyid dh siap. kali ni kami pakai samping. berdebar juga utk persembahan pagi. takut ada silap. 


bergambar kenangan dengan Ka zuriani yg banyak juga membantu dan Wany pelajar nasyid perempuan . 


memakai baju rasmi program Konsert Muzikal Jubli Perak 

throwback konsert 3 tahun lepas di Seri Negeri Ayer Keroh Melaka, aku join group angklung guru 

ust Wan pun turut membantu pelajar memakai samping 
dalam pada tu sampai pulak Hood dan Oven yg aku beli ... suka sgtt! bila lah dpat pasangkan ,
mendengar taklimat dari Mr Ronald Hendriks pengarah Muzikal


AHAD, 7 HB April
Mendapat perkhabaran bahawa Tn. Fakhrul Adlee dr JPN Melaka telah kembali ke rahmatullah. En. Adlee banyak berhubung dengan aku mengenai perihal program Rancangan Khas. dia nampak sihat tapi Allah Maha mengetahui . En. Adlee pergi kerana serangan jantung.




muka get ready nak bercakap depan orang 


terima kasih En zul kerana mengambil gambar aku ketika berucap .

belum full house !

walaupun ada juga sedikit kecacatan namun aku amar bersyukur dapat menyampaikan taklimat dengan baik namun bahasa agak sedikit caca marba . Biasalah spontan kan bukan ada teks pun . 

aku pernh menang syarahan peringkat negeri melaka masa tgkatan 4 tahun 1999 dan masuk kebangsaan di perlis. alhamdulillah oklah ! 

bercakap di hadapan org sebenarnya satu kesukaan yg aku dh lama tinggalkan . aku mmg suka bercakap jd peluang jadi cikgu beri keizinn aku menyampaikan apa yg aku rasa dan tahu . 

semoga mendapat iktibar atas apa yg telah aku sampaikan .

insya Allah 25hb April Program Kecemerlangan ini akan dilaksanakan semoga beroleh kejayaan hendaknya Aamin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...