Ahad, 12 April 2020

ALMARI TV RM179

Allah....lama betul tunggu mesin kopi aku nak sampai ...tak masuk masuk courier pun 
semalam maghrib aku baru je beli almari tv kat Lazada jugak ...pukul 8 malam macam tu dh masuk skynet ..sejuk hati lah juga aku dengar ..

ni hari ni kot sampai lah almari tv ..campur kos penghantaran 39.00...dapat total RM218

aku amik saiz 6 kaki ...

aku beli sebab kedai dia pun kat melaka ..geram aku tengok meja tv sekarang yang asyik bergerak gerak je kain seprah dia ...

suami aku tak tahu ni aku order benda alah ni 😖😖

sebelum tu aku ada beli baaju dan seluar orker..lepas bayar baru sedar alamat sekolah ..lupa nak tukar ..terpaksa cancel dan refund ..tunggu tak masuk shoppeepay rupanya aku tak active kan shoppeepay aku ...aku nak aktifkan tapi aku lupa masa aku masuk shoppe ni aku guna nombor telefon idah...adoi jenuh pulak ..idah kat terengganu 
nak kacau segan pulak 

adalah dalam 83 ringgit floating 

nyesal tak pilih suruh dia bank in je dalam account bank aku ...


takpelah duit tu masih ada.

hari ni 13 hb tak lama lagi dh nak puasa ..kita puasa dalam tempoh PKP ,bulan Ramadhan tahun ni takde terawih di masjid dan takde bazar ramdhan ..tapi kita masih boleh berpuasa dan berterawih ..nikmat ke masjid yang dh ditarik semula oleh Allah swt..

oklah nnt dapat meja aku tunjuk korang ya 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...