Khamis, 9 April 2020

Movie Korea Best!

Actually bukan lah antara yang the best tapi yang aku dh tengok dna korang boleh pick up mana yang korang nak tengok ...

1. Crashing Landing On You 2019-2020

kisah ni pasal Yoon Seri ,wanita yang kaya lawa  dari South korea naik paragliding tertiba jatuh ke North Korea ..dan bertemu dengan  Captain Ri Jeong-Hyeok  lakonan Hyun Bin .Pertama kali aku tengok lakonan hyun Bin ni ..kalau yang Son Ye-jin ni aku pertama kali tegok drama Something in the Rain , cite perempuan early 40 gamaknya jatuh cinta dengan adik kawan baik, laki tu sebaya adik dia lah ..so diorg macam percintaan terlarang. Eh! termasuk cite lain pulak 

Crashing Landing On You ni yang aku suka karakter laki tu cam serius tapi cam dalam hati ada taman, nak tengok dia senyum bukan main susah ekkk..

yoon seri ni kaya terpaksa duduk north korea dan ada sekali tu dia gadaikan jam mahal dia semata nak beli baju ...korang tengok lah ..seronok sebab tengok environment North Korea tapi setahu aku diorg tak shoot dengan North Korea tapi buat pengambaran di Mongolia dan Korea. tapi pandai dia gambarkan situasi di Korea Utara termasuk makan atas lantai tiada meja makan , ada bunker utk simpa makanan kerama mereka takde akses elektrik yang cukup, cakap pakaian dan cara percakapan..seorang youtube North Korea memuji lakonan askar askar atau oarang suruhan Captain Ri sebab katanya sama dengan korea Utara sebenar..

apapun cerita ni memang romantik, dan lawak serta happy ending ni yang paling penting. kalau tak taknak tengok ..🌟🌟🌟🌟🌟

2. Itaewon Class 


Aku ingatkan citer ni pasal budak kolej ke budak u ke yelah dia sebut class kan rupanya tidak sama sekali ..

ni cerita pasal dendam . dendam seorang budak yang berprinsip ..seumur hidup dia , dia pikul dendam tersebut sehingga dia berjaya dan akhirnya dapat membalas denda, pada Pengarah Syarikat Jangga Group. Korang tengoklah kesungguhan anak muda yang akhirnya berjaya dalam syarikatnya . tapi aku lebih suka ending dia kawin dengan wanita yang dia suka dri kecil ..bukan dengan wanita yang sama sama menjayakan kelab malam dia ...ya cerita nak bangunkan kelab malam di Itaewon . Aku pernah sampai Itaewon ni mmg banyak gila club night ..tengoklah rate dia aku bagi 🌟🌟🌟 1/2 kot

3.My Secret Terius
hero dia macho

Cerita perisik kan kat Korea namanya Terius, Bon kalau dalam kehidupan hariannya. Part awal ada seorang suri rumah uruskan dua anak nya , kembar. Dan Kim Bon hero ni duduk depan apartmen heroin ..oklah pendek cerita suaminya mati .maka mulalah heroin ni nak survive keje ..dan si terius ni bantu jaga anak anak nya ..macam jad baby sitter lah dlama masa yang sam adia menyembunyikan diri nya dari perisikan national Korea..citer ni best jugak ..tai banyak part yang aku lajukan bila adegan yang tak penting ..hahah

ada satu part Go Ae-rin (nama heroin) balik ke Jeju ..masa ni cantik snagta view jeju ni aku rasa kalau banyak duit aku nak bawa family aku ke Jeju ..ok (pssstttt..sebelum tu aku macam na order periuk Le crueset je ..korang rasa on tak ?tertiba..tunggu Krups sampai dulu ..)

Korang tengok lah cite korea paling clean aku tengpok takde adegan cium langsung bak kata parihan kawan aku ...

4. VAGABOND 


ni cerita pasal nak ari siapakah yang meletopkan kapal terbang ..Hero tu anak saudara dia ada dalam tu . Paling dasyat citer ni yang korup adalah kerajaan Korea sendiri ..main gila kau ..kau bekerja dengan orang yang mengkhianati negara sendiri ..adoi ...mmg thrill habis 

tapi aku tengo ni tak betul satu satu episod main lompat lompat ..mmg thrill gila lah ...

ak bawa balik pilot yang ada dalamkapal terbang tu pun punya ah payah ..tapi biaslah tembak macam mana pun tetap hero hidup ..tapi mmg banyak adegan yang tak di sangka ..so korang wajib tengok dah masuk episode 2,3 tu korang macam dah menyelami lah cerita tu mmg susah nak tinggal ...

5. A world Of Married Couple
cerita ni cerita dewasa, mmg ada adegan yang sxxsxss tu ...bila part tu aku tak tengok arr ..cam kedepan kan ...mmg dasyat gaklah ..

so aku nasihatkan kalau korang tengok lajukan je part tak senonoh tu .
ok ni cerita pasal seorang Doktor hebat cantik kaya berjaya punya keluarga yang sempurna , tapi syangnya suami dia kantoi ada perempuan simpanan ..masa dia dapat tahu tu masa. besday suami dia ,,dh lah dia yang arrange besday tu sekali suami dia betray dia ..dan bila dia dapat tahu tu ..dia punya karakter tak mengamuk seperti kebiasaan wanita lain tu mmg patut dipuji ..

so dia decide nak bercerai tapi sebelum tu di nak pastikan semua harta dia adalah hak dia bukan hak sumai dia ..so sekarang dia sedang kumpul evidence pasal kecurangan suami dia dan menukar harta harta di bawah nama syarikat suami dia kepada di ..

mmg sakit hatilah tengok suami dia ni ..jenis tak tahu bersyukur ..isteri dia dah buat yang terbaik ,tapi biaslah lelaki kan ...

cerita ni masih lagi On baru episod 4...16 Mei 2020 baru Habis ..hahha...

oklah cukup sampai 5 dulu ok 


ni sumber facebook

Sempena PKP, ramai juga yang mula berjinak dengan KDrama.


Marilah saya cadangkan KDrama bagus, berkualiti, memandaikan, dengan rating tinggi yang boleh ditonton secara binge watching di 𝗡𝗘𝗧𝗙𝗟𝗜𝗫.

(𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢 ⭐ = 𝘴𝘶𝘱𝘦𝘳 𝘳𝘦𝘤𝘰𝘮𝘮𝘦𝘯𝘥𝘦𝘥)

▪️Mr Sunshine (sejarah) ⭐

▪️Dr Romantic (best medical drama ever) ⭐

▪️Vagabond (action, politik) ⭐

▪️Hyena (law) ⭐

▪️Defendant (prison break, father-daughter) ⭐

▪️Arthdal Chronicles (sejarah purba)

▪️Goblin (fantasi, kematian) ⭐

▪️Hotel del Luna (fantasi, kematian)

▪️Because This Is My First Life (slice of life) ⭐

▪️SKY Castle (drama - obsesi ibu bapa terhadap pendidikan anak) ⭐

▪️Crash Landing On You (romantik komedi, North Korea x South Korea) ⭐

▪️Still 17 (romantik komedi, perempuan umur 17 koma selama 13 tahun)

▪️Another Miss Oh (romantik komedi, slice of life)

▪️It's Okay, That's Love (mental health)

▪️When The Camellia Blooms (slice of life)

▪️Prison Playbook (slice of prison life, dark comedy) ⭐

▪️Memories of the Alhambra (fantasi, gaming) ⭐

▪️Kingdom (sejarah, thriller, zombie) ⭐

▪️Signal (thriller, fantasi) ⭐

▪️The Fiery Priest (action pack, komedi) ⭐

▪️Reply 1997, Reply 1994, Reply 1988 ⭐ (slice of life, memory lane)

▪️Descendants of the Sun (romantik, tentera x doktor di kawasan bencana) ⭐

▪️Itaewon Class (bisnes, dendam) 

▪️Welcome to Waikiki (komedi, slice of life)

▪️Live Up To Your Name (time travel, traditional medicine)

▪️My Secret Terrius (action, komedi)

▪️Search: WWW (female empowerment, IT)

▪️The Royal Gambler (sejarah)

▪️ Six Flying Dragons (sejarah penubuhan Joseon) ⭐

▪️Tree With Deep Roots (sejarah tulisan Hangeul)

▪️Rookie Historian Goo Hae Ryung (sejarah tentang sejarahwan) ⭐

▪️Yong Pal (medical, crime) ⭐

▪️Doctor Stranger (medical, North Korea x South Korea)

▪️Romance is a Bonus Book (slice of life, book publishing) ⭐

▪️Misaeng (slice of makan gaji life)  ⭐

Fuh, banyaklah pula! 

Kawan-kawan GengKDrama silakan topup rekomendasi masing-masing. (Yang baru nak join, mohon jawab soalan admin. Jika tak jawab, admin takkan approve. Gomawoyo.)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...