Isnin, 18 Mei 2020

RESEPI FAMOS AMOS PALING SEDAP

Oklah setelah asyik bertangguh semalam aku gagahkan diri ke Kedai Amniplus Bakeri kek dekat Bukit Beruang, Melaka.

Memang ramai yang beli barang bakeri kat sini ..kira murahlah sikit dari beli kat pasaraya.

ok resepi ni aku amik dr facebook ..dalam majalah rasa ..di SINI RESEPINYA

Bahan2 seperti di bawah:
πŸͺ250 gram Butter
πŸͺ1 1/4 cawan Brown Sugar
πŸͺ1 sudu kecil Essence Vanila
πŸͺ1 biji Telur
πŸͺ2 1/2 cawan Tepung Gandum
πŸͺ1/2 cawan Tepung Jagung
πŸͺ1 sudu kecil Baking Powder
πŸͺ1 sudu kecil Soda Bikarbonat
πŸͺ6 sudu besar Minyak Masak
πŸͺ2 cawan Coklat Cip
πŸͺAlmond nips / almond flakes –jika suka (aku mmg masukkan 100gm-ni penyebab lagi sedap!!)

aku tambah satu lagi -1 sudu besar tepung beras


oklah kalau ko pergi ke majalah PAMA tu dia akan ajar step by step so korang ikut je cara dia di situ ok ..


cuma aku nak tambah yang tepung beras tu aku masuk last sekali ..lepas tu gaul rata ..aku pakai tangan je masa ni ..sebelum tu aku pakai senduk je ...


kemudain masukkan ke dalam peti ais bahagian chill ek ..bukan yang sejuk beku tu ..pastu korang tunggu dalam 3 jam lebih kurang baru korang keluarkan dan start bakar..


aduan ni bila dia sejuk kita bakar lebih ranggup berbanding ko terus je buat lepas dah gaulkan barang barang tu ..



aku guna tepung ni supaya lebih creamy dan sedap 


ni rupa aduan sebelum masuk peti ais 

dah siap! nak masukkan dalam balang
gayat aku tengok tukang simpan kuih raya ni ..takut satu masuk balang , satu masuk mulut ko rasa ?
macam famos amos kannn..suami aku asyik cakap sedap sedap..setiap kali masuk mulut setiap kali tu sedap hahahah

masa membakar...

update: hari ni 19/5/2020  aku buat lagi biskut famos amos tapi kali ni aku buat dua bancuhan dan aku kurangkan gula .

satu butter pakai anchor brand satu lagi cowhead..alhamdulillah rasanya still sedap dan yg paling best kurang manis ...

so pada pengamatan aku ..buat biskut ni mudah ..dan kena cukup choclate chip dia baru sedap. mcm yg adunan 2 kali bancuhan aku buat ni kurang choclate chip makanya tak best sebab kurang choclate chip biar banyak baru mewah!hahaha

pasan tak kurang choclate chip

dua adunan

bekas butter cookies yang aku pakai ..nampak real kan biskut aku hahah


ghiteww!

kasik fokus skettt ..rupa diaa
stok yang ada ..satu aku dh bagi kt Kak Noi satu dh habis masa sahur semalam ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...