Rabu, 1 Februari 2023

Ronda ronda Kuala Lumpur 2023

sebenarnya seronok jugak jalan jalan di Kuala Lumpur ni hujung minggu..paling best kalau ko ada rumah tempat nak menginap..fre dah accomodation..tak yah pikir nak tidur kat mana kan ..kebetulan kakak aku duduk di sentul ..tp masa aku pergi ni dia balik kampung dan kami balik ke Shah Alam. 

oklah tujuan asal nya nak main tenis pada hari ahad
so hari sabtu dalam jam 2.30 petang kami bergerak dr melaka ke kl. Kami terus ke Sogo dan parking dalam sogo lebih mudah dan selamat .
masa aku tengok peta ni teringat kota london .rata rata bila kita jalan ada peta ni ...



ms kami sapai dalam jam 4.30 petang .suami aku ajak makan di Restoran Insaf dan kami solat Asar di Masjid Jamek. Lama betul kami tak ke sini. dulu masa study di um selalu dtg jalan TAR beli baju raya ke..bajukurung ke tudung ke...macam takde port lain nak membeli ..oklah ..mengimbau kenangan ....!
kami jalan dr Sogo ke Dataran Merdeka..malam kami sempat tengok River of live dan Pasar Seni ...nak beli bunga hidup..bukan main susah samai sini tapi beli bunganya satu je ...rasa mahal nak beli bunga hidup banyak banyak


sejujur nya aku nak je jalan jalan lagi ke sini ..masih banyak benda yang kita boleh explore..lepas ni nak ke lalaport ..katanya best ..tp jalan jalan ni kena stand by je lah duit nya..makan restoran dh berapa ..tapi Insya Allah duit tidka menjadi masalah ..ada..


banyak betul perbezaan pasar seni dulu dan sekarang ..best dalam tu ada cafe ..satu kafe yang aku jumpa antara dua darjat ...


sampai ke malam kami stay di Dataran merdeka ..masa kami lalu ada persembahan askar dia sini. mungkin ada apa apa program .


esoknya kami ke Pavilion sebab nak baiki jam SWATCH Imran ..ada dua je tempat nak hantar jam ni ...salah satunya di sini, kami makan di Food Repuvlic ..aku nampak ada ramai org beratur di Paul Satu cafe yang terkenal di Pavilion ..mmg nampak pekerja dia kepenatan melayani pelanggan yang tak henti henti kunjung tiba ..mmg penat keje di bahagian F&B ni 

pavilion ni agak famous ..kalau org lain dr Brunei atau Indonesa mereka suka ke sini ..branded dan berbaloi agaknya .










sayang ....rasa kopi ni biasa biasa sahaja..pelik aku apsal ramai nau yang beratur nak makan kat sini ...(lapar pulak aku ganti puasa hari ni)..aku order dua ..tapi baik aku beli Zuss lagi sedap .








semasa kami nak balik ke Sogo ..kami nak shuttle bas yang disediakan secara percuma berdekatan 


















oklah ..kalau korang rasa nak bercuti hujung minggu tanpa kos yang mahal ..rasanyakoran boleh ke kuala lumpur..kami belum sampai ke Saloma Bridge lagi ..insya Allah akan datang .
sayangi keluarga anda ..


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...