Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah jadi trend sekarang..
hari tu kita baca dekat threads.. berkenaan ada sesorang sis ni.. telah berpindah sekeluarga.. cthnya tempat asal dia duduk area Kuala Lumpur macam tu lah dan dia berpindah di tempat yang tak ada sedara mara di situ semua tapi dia memilih untuk settledown di situ bekerja di situ kerana faktor harga rumah yang lebih murah berbanding di Kuala Lumpur okey Kemudian bila kita baca balik post threads …rupanya dia telah settle down di Melaka
okey jadi sebenarnya idea nak settle down di sesuatu tempat yang bukan tempat kita bekerja,apatah lg bukan kampung kitakan, kebiasaannya kita akan settle down di mana kita bekerja ataupun di kampung suami atau kampung isteri tapi rupanya ada jugalah trend yang terbaru yang mereka lebih gemar memilih untuk tinggal di tempat yang mereka mampu milik
kemudian ada seorang jiran di taman rumah kami, bila saya baca baca balik barulah saya tahu dia merupakan seorang YouTuber okey lah nama dia saya tak nak mention kat sini …tetapi dia adalah UK Residence.. dia sanggup berpindah ke Malaysia, asalnya dia datang ke Malaysia ni untuk macam untuk travel lah tapi kemudian lepas dia rasa macam Malaysia ni best …cosy of living pun tak tinggi kan …so dia mengambil keputusan untuk berpindah di Malaysia membawa seluruh ahli keluarganya termasuk ibunya dan membeli rumah di Melaka
dia telah membeli semi D, besar juga so dia kata kalau dekat UK London memang takkan dapatlah harga rumah macam ni kan …
Macam saya dengan suami dulu pun tak berniat pun nak settle down dekat Melaka … tak terfikir pun negeri Melaka di dalam perancangan kami
saya,cikgu .saya dapat first- posting saya di Jasin dan masa kami duduk di Melaka .. kami mmg plan tak duduk lama… nak beli
Rumah yang biasa ,rumah single storey… location bandar kan Ayer Keroh tak nak beli location yang jauh di pekan…nanti kan susah nak jual .. nak sewa .
Tahun 2006 sehingga sekarang 2024 adalah tahun ke 18..tu agak lama dan kami membesarkan anak-anak kami semua di Melaka bekerja di Melaka membesarkan anak-anak di Melaka dan Melaka ni satu tempat yang negeri yang orang kata sangat majunjika dibandingkan saya punya kampung Kuala Kangsar .
Apa lagi yg best melaka ni rumah landed house masih boleh dapat bawah 500k … kalau single storey 300k.. tapi kena sesuaikan pekerjaan kita pula kan..
Okaylah penat mengarang..
Nnt sambung lagi..