Sabtu, 11 Mac 2017

iPhone 7 plus : Dengan izin Nya

Akhirnya apa yg dihajati telah dimiliki. Alhamdulillah...tp dlm pada tu geram jugak nak post dlm blog ni..sebab gambar dlm icloud nak share dlm blogger.com yg mcm ahli keluarga google. Adoi...apapun gambar iphong ni mmg hakak puas hati sgt2...tak nyesal dik kalo ko beli..tp pasni menyimpan le balik duit ..adoi...ok lah nnt share cerita timbang tara nak beli iphone ni ..ok 

Sebenarmya hasrat nak pakai iphone ni berbolak balik antara kehendak atau keperluan. Mmg dh refer banyak website antaranya amanz dan beberapa website luar negara tentang iphone ni. Antara kekuatan kenapa pembelian iphone ini dibuat ialah :

1. Keunikan camera menyamai fungsi DSLR 
Memang tak di nafikan bagi penggemar selfie instagram mmg gambar memainkan peranan yg sangat penting jadi beliniphone ni dh include beli camera lah. 😜

2. Camera iphone 8 yg mula tular di youtube menyamai camera iphone 7 plus dan bukan lagi 7 ke bawah. Jadik kalau kita beli 7 plus ni still updated lah dgn keluaran iphone yg akan datang...

3. Harga.
Sehingga 25 hb Mac 2017 harga iphone lebih murah rm 500 . Banyak ni ... dengan harga rm 3799 kita dpt beli saiz 128 G berbanding sebelumnya hanya dpt saiz 32 G dengan harga yg sama. Untung tak ? 

4. Iphone ada nilainya tersendiri. 
Kalau lepas ni takda duit ko nak letgo pasti ada yg akan beli so takkan rugi 

5. dan yg terakhir.... aku nak g korea nak amik gambo lawa lawa tu sebab aku beli iphone🤣🤣🤣

Another mission complete!!


Khamis, 9 Mac 2017

wanita terakhir ..by fattah amin


The Street kitchen


Memang tak plan langsunguntuk makan malam di area bandar hilir apatah lagi pada hari bekerja. Tapi disebabkan nak pergi cari iphone & pkus gagah kan jugak ke Dataran Pahlawan ..ke Mac City ..akhirnya tak beli sebab stock yg ada cuma black je ..mmg takkan beli lah dh lah rupa cam samsung je ..
last last makan di sini. secara overall ..interior design akak kasik lima bintang..apatah lagi bersebelahan sungai melaka mmg cukup romantik utk makan disini..naamun keenakkan makanan akak tal dpat nak bagi high mark..ikut tekak akak biasa biasa aja ..tiada yg di istilah kan terlalu lazat atau sedap.

Tapi untuk korang lepak lepak sambil berborak akak mmg rekomen lah ..ada macam macam menu ..antara yg unik  asam pedas ikan salmon ..itu jelah ..okay ..layan jelah gambar ekk


giih anak balik sekolah agama terus ke sini

lokasi mmg superb!

asal nak duduk luar tengok view,,tp budak budak ni sejuk batuk batuk ,masuk dalam pula


iyad berposing depan motor lama / antik 

mural yg cantik..

abang dan adik

happy girl!

Jika suka makan di sini silakan area bangunan merah di banda hilir..dekat je dengan Jonker walk ...
ok bye!

Jumaat, 3 Mac 2017

iphone ..perlukah?

Sebagai seorang yang meminati blogging dan mengupload gambar dan video aku sgt memerlukan hp yg tahan lasak yang canggih utk upload apa yg aku suka..

Masalahnya perlukah aku korbankan rm3600 lebih kurang utk sebuah iphone 7 plus
uwa....mahalnya ..macam sia sia je..ini keperluan atau kehendak ni..

seumur hidup aku belum pernah pakai iphone tapi bila aku nak tgk yg tak latest cth 6 plus ke..harga nya beza sikit so dr amik yg patern lama banyak beza baik aku ambik yg baru dan yang terbaik..tambah bila baca review amanz macam hebatt banget je

Sebenarnya..isu nak beli iphone ni timbul bila aku nak g korea dan nak capture gambar yg cun cun

itu aje..kalo sebab lain macam tak pasti je..tpi masalahnya kan aku dh ada camera...buat apa nak buat masa beli iphone ..fungsi nya sama je cam phone jugak....adoi! sampai skrg aku masih berbolak balik.....

korang korang yg dh beli iphone ni aku nak tanya canggih sgt ke iphone ni
please pandangan yg waras mengikut akal sebaik baiknya..

ya Allah..ni dh berlebih lebih ni..macam hidup mewah sangat...adoiii ai..tapi bila ku tgk iphone 7 plus dan 6 plus rupanya macam samsung je ..tak nampak cam keiphonannya ..hahha..paham tak..

yg paling ketara beza iphone ni dgn telepon lain dia ade dua camera di belakang utk dapat gambar yg lebih cun..that's it!

so..macammana?

tahun 2017 beli handpon harga sebijik motor..aku baru tahu ni rege motor rupanya 

korang tunggu sama ada aku beli atau tak...

XOXOXO
updated:

yes aku beli ..dang hari ini 26 Okt 2021 aku mula tergedik gedik nak beli iphone 13pro ..sekian ! ahhahahha

Khamis, 2 Mac 2017

ujian

assalammualaikum..alhamdulillah masih lagi dpt menulis blog. 4 hari lepas saya diuji allah.kereta dipecahkan tingkap dan org bawa lari handbag. Saya akur say yg cuai tp saya sudah sembunyikan handbag sebelum saya keluar dr kereta untuk jogging..saya pun dah pastikan kereta berkunci dan selamat. tapi mmg jadi kebiasaan bila jogging kita x bawa handbag masa jogging. cuma nasib saya dh nak terkena pada hari tersebut.
Nasib baik saya tidak panik, terus ke balai polis dan buat aduan. alhamdulillah esoknya ada org telefon nak pulangkan purse saya yg berisi maklumat maklumat penting.ic saya lesen ic anak anak dan kad2 insurans.cuma bag LC kesayangan saya hilang..dan tak dpt balik.Agak agaknya org yg buat kerja mencuri macam ni rasa tenang kah?
atau dia gembira dengan rezeki yg dia dapat....semoga dia dpat hidayah dan tinggalkan kerja sia-sia ini..baik kerja dengan tenaga 4 kerat drpd dia mencuri.

Allah Maha Besar ..saya doakan org tersebut mendapat pengajaran ats kejahatan yg telah dia lakukan .

betullah kita takkan tahu iman kita jika belum diuji.





Jumaat, 24 Februari 2017

Bermastautin di melaka.


Aku tinggal di melaka sejak posting pertama sebagai guru di SMK Datuk Bendahara Jasin. pada 4 September 2006.Aku menyewa di Taman Bahagia selama 4 bulan . bulan N0v aku angkut semua barang balik ke Klang. aku malas nak pikir pasal sekolah.tambah masa tu aku baru mengandungkan Imran..aku selesa di Klang.

Bulan 12 masa meeting pertama sekolah ..aku baru mencari rumah sewa. kali ini aku pindah dari taman bahagia ke taman maju...dulu di taman bahagia rumahnya beratap rendah ..siang sgt panas sampai tak boleh tidur sebab terlalu panas. Akhirnya 2007 kami mula tinggal di Taman Maju dengan sewa rm250. pada aku agak elok dan lebih besar dan selesa. disini lah kami mulakn hidup kami. bulan april imran lahir dan habis pantang aku pulang ke Jasin dengan anak dan suami ditemani atok suami lelaki.. Atok suami aku sgt sayang cucunya .Maka dia suka tinggal dengan kami ..dan akulah orang yang paling tidak selesa, tambah dia seorang lelaki. tidak lama kemudian suami pula pindah ke melaka apabila diterima masuk kerja kerajaan diskim yg berbeza dengan ku. Ya, suamiku seorang PTD. bermula dari situ kami tinggal bersama, tiada lagi episod suami ulang alik ke selangor.

Tapi dengan anak satu aku masih tak faham tanggungjawab isteri dan ibu. Aku sering bergaduh dengan suami yang selalu balik lewat kerja..sehingga 12 malam ..aku tak faham kerja apakah itu sampai balik pukul 4 pagi. aku jadik gila dengan keadaan suami yang asalnya selalu di sisi tiba tiba bertukar. makinlam makin sibuk dan seperti tiada masa untuk kami.

pertengah tahun 2009 kami beli rumah di Taman Tasik di ayer Keroh dan aku bertukar sekolah di SMK Buki baru.bermula dari 2010 hingga 2017 aku mengajar di situ. hampir tujuh tahun
dan aku tinggal di Melaka hampir 11 tahun .

Pada aku melaka sangat sesuai untuk kita tinggal. tidak jammed dan mudah kita nak access ke mana sahaja. bank myidn pun sekitar 2km radius adri rumah aku. Ramai rakan rakan aku yang tinggal di melaka terus menginap di sini kerana selesa tinggal di melaka. tempat makan pun banyak yang menarik. kalau nak bercuti dalam negeri pun macam macam tempat bleh pergi.

cuma yang agak kurang untuk kami ialah hospital islam dan sekolah islam. itu mungkin masih tidak banyak seperti di Bangi dan shah alam. tapi tiada apa yangmengurangkan rasa sayang aku di tempat kami tinggal.

Anak sulung aku bersekolah di tun SAS. Aku bngga dengan sekolah ini. sebab pada aku ia sebuah sekolah yang terbaik. iyad pula tadika di al baghdadi.takperlu risau di sini banyak tadika yang sesuai dari smart kid..little caliph dan brainy bunch semua ada .mampu atau tak mampu sahaja.

untuk sekolah rendah iyad akan sekolah di SRK Ayer keroh sebab iyad akan mausk Pendidikan Khas utk mata. Ihsan akan bersekolah di TUn SAS seperti Orked juga. Tadika Insya Allah seterusnya kan di al-Baghdadi dan transit di Teacher Eton di Taska mualimah.

Yuran Al-Baghdadi ialah RM 380 sehingga petang. selama ni pun bayar pengasuh utk dua orang anak rm550.Tahun depan iyad darjah satu tiada bayarn tadika tapi ganti taska transit. ihsan akan masuk al-baghdadi pula dan tinggallah orked sorang di rumah Cik Peah

kalau kalian kena bertukar ke melaka jangan susah hati
kalian pasti akan suka tinggal di melaka. Melaka ni kecil aje..kalau kena meeting peringkat negeri pun takde masalah. boleh drive sendiri. nak bercuti hujung minggu pun boleh .banyak tempat menarik di melaka dan ramai org suka tinggal di melaka setiap kali bercuti pasti nak jalan ke melaka,

namun kami pasti tidak akan tetap dan berpencen di melaka kerana kami bukan asal dari sini. Selamat tinggal Melaka....

Jumaat, 17 Februari 2017

acah acah autumn



best betul dapat jalan berdua masa ni..ini aeon yg baru di shah alam tahun 2016.
kami berbuka di shah alam dan berjalan berdua sementara anak anak dengan opahnya..

dapat lah beli baju raya suami dan baju raya anak anak...
masa berbuka org terlalu ramai ..kami makan ringan2..lepas tu baru kami makan lobster..sedap jugak


bila tengok gambar ni baru perasan Ya Allah semangatnya..bilalah nak kurus
suami dh kurus pun.makan 3 kali sehari dan tidak minum air manis..hanya minum green tea sahaja..dan main tennis


Japan street

murahkan ?..kainnya pula berkualiti. 

berbuka puasa di luar mall

menu korean food



sekarang masuklah waktu maghrib..yuk makan

charge henpon sementara tunggu suami fitting baju

Add captiosandal idaman clarks

tak sabar bertemu ramadhan semula..Ya Allah panjangkan umur ku sehingga Ramadhan seterusnya pada tahun ini 2017 ..aamin..

Khamis, 16 Februari 2017

Buatlah kerja sehabis baik!

Melalui hari hari di sekolah takkan pernah selesai tugasannya. Terlalu padat dengan pelbagai agenda.

21 Feb : tarikh akhir hantar kertas soalan, jsu dan skema upp 1
22 Feb : pertandingan MTQ peringkat sekolah sediakan fail utk para hakim
25 Feb : merentas desa
28 Feb : ujian upp1/ besday orked 2 years

1 Mac: tanda kertas exam
6 Mac : Last key in markah
Kwapm 17hb feb hingga tarikh luput 21 hb mac tutup

Kemaskini vlog frog. Buat soalan latihan utk form 1,2,3

Aku mohon pertolongan Allah agar urusan kerja ini selesai dn dipermudahkan Allah swt.




Ahad, 12 Februari 2017

Korea..mungkin kah kita bertemu


perancangan demi perancangan ..akhirnya tiket telah dibeli...dan Allah tentukan aku akan bersama Rabia ke Korea..teman baik walaupun kami tidak kerap bersama ..kerana aku di melaka dan rabia kerj di KL..

tiket yang ditempah berharga Rm1100 lebih..tidak sampai 1200 dan kami macam kebiasaan org lakukan tak ambik lugagage tapi ambik makan ..apalah nikmatnya berjalan kalau tak dpt makan makan...

aku book hotel yg agak sederhana dan murah ..berharga RM199 utk dua malam dua org..murah habis ni..dan bila aku jenguk harga hotel di website nya ..harga menjangkau rm139 seorg satu malam..refer sini www.hostelkorea.com .wow..ini sudah banyak murah...dan aku book hauendae Hostel di Busan ..satu malam ..The May Hotel pada malam yg akhir..bajet kami hanya sorang rm217 untuk 4 malam di Seoul .

Nak dikatakan beruntung masih terlalu awal..sebab kami belum melihat sendiri bagaimana bilik tersebut..

seperti kebiasaan aku book menerusi Traveloka..dengan menggunakan kupon dan satu bilik satu ID..supaya dapat banyak diskaun ..

bayang kan hotel pertama : dpat diskaun rm50
hotel kedua : rm40
dan hotel ketiga dalam : 30

sini sahaja dh jimat hampir rm 120

oklah ..dan yang paling aku excited bila ..aku akan ebrjumpa cik sakura di bumi Korea! yeay..

hahah..terima kasih ummu hani sudi balas mesej aku .dan berjanji nak jumpa aku..so aku plan nak bagi ummu ikan bilis dan beberapa rencah masakan melayu serta belacan..tp tak pasti muat atau tak luagege aku tu

punya nak sangat g korea..aku sanggup bayar walaupun harga tiket 2k ..hhaha..seb baaik Rabia pandai godek dpt harga lagi murah



dengan ini aku umumkan kos asas flight dan hotel seorg ke korea ialah.....RM 1387 yeay!


bye!


Khamis, 2 Februari 2017

REFUNDABLE , TRAVELOKA

cerita beli tiket ke seoul pada 2ohb mac akn datang ke Seoul terpaksa di refundable atas jadual penerbangan yg agak rugi hanya dapat dua malam di seoul...

nak cerita , memang kita akan dapat refund tersebut tapi jumlahnya berkurangan dari apa yg kita bayar..asalnya nak murah beli tiket harga 900 return flight seorang so dua tiket jadik rm1900 lebih kurang tak cecah 2k

tapi setelah refund dapat pulang 1340 sahaja! short sehingga 600
redhaaaa jelah ..mmg salah mak booking tergesa gesa sampai tak perhatikan jadual flight sbnrnya..

sebb nak pergi sgt sgt,,,maka terus godek airasia go...tarikh yang sama booking sekali dengan hotel sorg jatuh rm1900..perghh...mmg rugi...tp atas dasar nak rasa sgt pergi korea takpelah``harga termasuk guest house 4 malam ..harap plan yg ni betul -betul jadikk jgn terbengkalai lagi..kali ni dh masuk 3 x plan tak jadi..1 amsterdam 2 korea ni kali ketiga ..mmg belum booking ..nak tanya kesanggupan mak mertua tolong jaga aanak dalam 5 hari..masalah jugak mak mertua masih kerja ...adik ipar tunggu posting doktor,,kalau susah sgt hantar je balik kuala kejap..nnt dtg amik...

so! skrg tegh tungguh meseg suami dia nak pergi ke tak...harap nak lah..kita pakat belanja dia tiket flight..sampai sana cuma bayar t money sahaja dan makan..itu pun kalau tak kita masak je....

sekrang ni asyik pikir nak berjalan je kerja nye
adoii....memang ada menyimpan tapi pikir nak jalan dan simpan utk pergi haji,....kalau tiap tiap bulan simpan 2k setahun ada 24k..banyak tu ..dua tahun ada 48k ..tiga tahun ada 60k

wah ini sudah masyukk! nak main asb kang mahai bayar interest pulak ..baik simpan sendiri lagi banyak untung tapi lambatlah sikit....

so kesimpulannya beli tiket jgn nak murah sgt tak kemana gunung di kejar ! ambik kau!

Rabu, 1 Februari 2017

House management! Suri rumah tangga

Sejak dh mampu masak setiap hari di rumah rasa lebih gembira sebab dpt melaksanakan kerja rumah sendiri.
Makin lama makin cekap nak buat kerj dgn anak 4. Bekerja mmg bukan alasan sebaliknya satu cabaran.

Bagaimana nk masak setiap hari?

Sampai rumah sekrg lebih awal sejak sistem pendidikan kssm mula diperkenalkan ...220 petang tamt sessi dan men rendah tamt pda 1.50 petang.

Jadi saya boleh sampai ke rumah lebih awal dlm pukul 3. Sampai rumah makn berehat dn keluarkn lauk.

Sebaiknya mask sebelum keluar ambik anak balik sekolah agama.

Iyad balik 530..imran 6.15 orked dn ihsan antara masa tu...jadik jalan terbaik keluar 545 amik orked ihsan ..iyad dan terakhir imran. Sampai rumah jam 645.

Hidang makanan makan sebolehnya sblm maghrib lepas maghrib boleh mengaji sementara menunggu isyak.

Bangun pg jam 5.30 iron bj solat dan masak. 6.45 keluar rumah dan hantar imran.

Sampai di sekolah jam 7.20 pagi. Agak awal...

Apa pnting dlm urusan ni?

1. Menu masakan penting kena rancang agar bahan masakan boleh dibeli dn tidak membazir.

2. Buat menu seminggu dan tampl.

3. Basuh kain 3hari sekali. Baju anak topup semasa lipat baju packingkan sekali.

Bahan makanan yg wajib ada:

Roti canai segera
Pau segera
Roti gardenia
Sosej
Telur
Spaghetti
Ayam
Buah
Susu segar
Cendawan butang
Rempah kari

Menu boleh pusing2 tkut ank bosan..

Roti mmg utk brekfast mudah.
Boleh masak roti telur,sandwich,piza roti dan lain2.

Harap dpt membantu.
Skrg sedng memikirkan supplement yg baik utk anak anak...supaya anak anak sihat dan kuat.

"Anak hasil lukisan ibunya?"




HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...