Khamis, 12 September 2019

tak tahu al fatihah

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)
hari ini aku betul betul marah di sekolah .
dh banyak kali pelajar yang sama ponteng kelas agama 
mula mula aku diam kan ..
kali ni mereka dh naik tocang 
tak masuk ke kelas walaupun dh dipanggil oleh pelajar lain 
kalau kelas lain ,budka panggil sekurang kurangnya mereka turun ni mereka langsung taknak turun siap cakap kami taknak belajar ..

jadi aku dh masukkan report dalam ssdm sistem keyin masalah salah laku..
dan hari ini aku panggil lima org pleajar tu utk masuk ke bilik didisplin ..

anom, deenisya, fatimah khairuddin dan fatimah mohamad, basyirah masuk lewat lebih sejam 

aku tanya sorang sorang kenapa tak nak masuk kelas.

anom jawab " sy tak suka ustazah! sebab hari tu ustazah marah marah masa sy gaduh dengan mak saya ,sy dtg sekolah ..."

aku tak ingat apa lagi dia cakap..

kalau korang jadi aku pun korang marah

dia masuk kelas terus duduk berteleku bersandar di belakang surau dan selamba cakap hari ni dia taknak belajar .

diam senang sennag je keluar kelas macam tu dengan fatimah tanpa minta izin pun kat aku ..dn dtg semula bila habis waktu

aku buat exam upp2 dengan cakap " sy taknak amik"

ada ke manusia sekurang ajar ini dan kau tak boleh marah .

itupun masa dia taknak amik ujian berkeras hati taknak amik aku diam kan je...aku tak paksa dia cuma markah dia aku letak zero!

tak patut ke aku marah?

usia dh 16 tahun tak boleh baca al fatihah langsung...tak tahu solat langsung,

oklah kalau sikap dia menolak aku takka boleh suka dan berlembut lagi mesti aku automatik react bagaimana dia buat pada aku ..ini fitrah.

kadang kala aku rasa kenapalah kau nak beria sgt , kalau dia rasa nak belajar dia belajar . takkan kau nak guru menyembah pulak kaki kau.

mungkin aku tak cukup berhikmah namun aku cuba nak baiki bila anak anak murid langsung tak mausk kelas macam mana aku nka baiki..

lepas ni aku nak amik tindakan apa ?

dlm hal ni mestilah guru yang akan dipersalahkan kerana guru tidak cuba menarik minat pelajar utk belajar .

kalau kau pandai tarik minat budak belajar dia akan belajar ...

masuk kelas takde buku , salin buku nota yang silih berganti hari ini buku lain esok buku lain pulak ..

Dalam salah orang , ada salah kita juga,

jangan letak semua salah hanya pada satu pihak .

belajar terima kesalahan pada diri sendiri

cubalah berdamai dengan diri sendiri , kita pun manusia tidak sempurna
selagi mana kita berfikir mahu memperbaiki diri itu sudah menjadi lebih baik

antara pelajar dengan guru kita lebih tua
maka kita dulu yang boleh fikir mana yang elok mana yang tidak

nak terima kesalahan sendiri bukan mudah namun jika kita fikir dengan mendalam kita baiki lah kelemahan diri

merajuk dengan anak murid bukan cara yang bijak menangani masalah..

kalau ikutkan hati mmg lah kita marah dan benci ;

-marah sebab masuk kelas, dia takde buku tulis yang dia keluarkan sehelai kertas..itu pun dia koyak dr buku tulis kawan dia ...

-bila kita mengajar dia tidur , bukan tersengguk sengguk lagi ..memang tidur habis siap tumpah air liur basi ...kadangkala kita penat kita biarkan saja dia tidur ..dh tak larat nak kejut lagi

-keluar ke tandas berejam rejam ..hampir bunyi loceng baru masuk ...

Kat mana silap nya ?

~mungkin kita mengajar tak bagus
kita marah marah
kita tak pandai ambik hati pelajar
kita ...
kita ...semua pada kita ....

dia lupa kita pun manusia ada hati perasaan ..ada rasa benci dan marah ...😌

Akhirnya ke mana pelajar kita ?

ada anak murid sanggup tuisyen luar sejam 30 minit RM50 sebulan

tp dengan guru yang masuk kelas percuma ni ,dengar pun tak nak .

~mungkin salah kita
memang salah kita .
cuba lagi mana tahu mereka terbuka hati

belajar ini sama seperti hidayah
ada yang dapat ada yang tidak

masa tinggal bersisa 3 bulan tahun ini ,
cuba lagi .







Rabu, 11 September 2019

KEPUTUSAN UPSR PAPER 1


Bukan senang nak senang, 
kata pepatah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian ..

alhamdulillah ..lega rasanya .Hari ni imran habis upsr dan dia bawa balik kertas objektif sains iaitu paper 1. aku semak tadi ..alhamdulillah imran dapat 38/40 dua soalan imran salah ..syukur alhamdulillah ...maths pulak dia kata cikgu dia semak dapat 37/40...dan bahasa inggeris yg objektif dia dapat 16/20 . 

maksudnya dia kena dapat sekurang kurangnya 26 markah lagi dari KERTAS 2 sains untk dapat A dan 27 markah lagi dari paper 2 utk maths. 

lega rasanya ..apapun tak boleh syok dulu ..banyak benda kita tak tahu ..berdoalah supaya imran berjaya ...

bila macam ni baru rasa nak apply sbp dan mrsm ..kalau tak aku nak hantar dia ke smka sultan muhammad je

apapun berbalik pada imran juga ..kalau dia kuat dia boleh masuk asrama ..masuk asrama tahun satu je sakit lepas tu dh ok ...mental yang kena kuat ..jangan fikir nak balik je 

NI LINK NAK MOHON MRSM 



Aku doa Imran dapat masuk asrama MRSM alor gajah atau SBPI selandar . dekat aku nak jenguk dia nnt ...



ISU: TEMAN ATAU TIDAK ANAK UPSR.


Menemani anak di hari hari peperiksaan adalah satu perkara yang tak pernah aku dengar zaman aku sekolah .

bila suami aku cerita, masa dia exam SPM ayah nya akan cuti utk amik anak teman anak exam aku rasa sangat kagum . sebab, masa aku sekolah aku tak dibesarkan dengan budaya sebegitu..

masa exam kami akan exam dan mungkin sebab abah aku dh pencen dan mak aku surirumah mereka sentiasa ada di rumah dengan kami ..aku pasti mak abah aku sentiasa mendoakan aku namun teman setiap pagi sebelum masuk dewan budaya yang asing .

oklah ..berbalik oada cerita teman anak masuk dewan .

di sekolah TUN SAS budaya teman anak nak exam ni sgt dilakukan oleh hampir setiap ibubapa..mereka akan berdiri melihat anak dan bersalam dengan anak sebelum anak masuk ke dlam dewan..kemudian ibubapa dijemput utk sama sama solat hajat dan baca yaasin di surau sekolah . 

guru-guru dan ibubapa mendoakan kejayaan anak anak..di sini nampak utuh betul hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa..

kami ibu bapa rasa guruguru dan pihak sekolah bersungguh membantu anak anak kami dlam mencapai kejayaan..cakap ..usaha apa lagi yang tidak dibuat semua telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya ...

utk sekolah Imran ni antara yg aku dapat lihat apa yang cikgu dah buat bermula dengan awal tahun ..guru-guru memberi taklimat kepada pelajar utk program kecemerlangan ini setiap ibu bapa kena bayar RM200 ringgit utk semua ...

antara program yg aku ingat sekolah buat utk imran ialah:


- kelas tambahan setiap hari imran balik sekolah 2.40 utk kelas tambahn
-ada juga kelas tambahan awal pagi sebelum masuk kelas jam 7.30 pagi
-kelas tambahan hari ahad
-teknik menjawab soalan 
-slot motivasi panggil penceramah luar
-bacaan yaasin dan solat hajat 3 kali kalau tak silap aku ...
-handout yang banyak
-buku buku rujukan 
-last sekali makan sepanjang UPSR dan last tadi mereka dapat makan pizza sorrang satu yang saiz individu tu
-mungkin ada lagi tapi aku yg tak ingat...

lepas bayar RM200 dia tak pernah minta apa apa lagi bayaran ...segalanya dlm kos itu sahaja..


oklah aku nak share cerita berkenaan sekolah aku bila timbulnya konterversi bila ramai rami cikgu ni keluar minta izin nak hantar anak exam UPSR

macam aku aku tak amik cuti tapi aku minta izin keluar masa free utk pergi sek imran kejap..

pada asal nya pada aku benda tu "ok" sebab aku tak pergi suruh org lain relief kelas aku sebaliknya aku pergi time free rupanya jadi isu jugak..

ada beberapa orang menyatakan pandangannya berkenaan hal ini:

kata sipolan 
"pada pandangan akak kalau ko nak doa kat mana mana pun boleh tak semestinya kau pergi kat situ ..." aku terdiam ..

lepas tu aku sambung " sebenarnya kita bukan lah nak duduk tepi tu sangat ..tapi bila ramai parents yang dtg bagi anak moral support kesian pulak anak kita takde siapa yng nak tengok anak kita ....

pastu aku sambung " kalau zaman kita dulu takde tunggu tunggu ank masuk dewan ni,,,"

Akak tu sambung .." ko takde rasa salah ke ..org releifkan ko smentara ko cuti sebab anak ko nak exam .."

Allahu ! sentap terus ..aku angguk tanda ada benarnya...

tapi aku explain lagi .." tp saya pergi time sy free ..tak de orang kena relief masa tu ..."

huh............

tiba tiba aku rasa sesuatu lah pulak ..
tak sangka jadi isu rupanya bila kita keluar tengok anak exam...


***************

entah macam mana aku buka cerita dengan seorang cikgu Z, yang sama sama aku minta izin masuk lewat dan sama sama tengok anak nak exam UPSR ..

bila aku cerita bla ..bla..bla ..aku tu tiba tiba rasa tak setuju..

pastu dia cakap macm ni lebih kurang 

"sukatilah org tu nak cuti tengok anak exam ..kalau ko taknak cuti tengok anak exam jangan lah kau salahkan org yang nak cuti dan bagi semnagt pada anak..."

"macam lah ko kerap keluar sebab koku tu tak salah ..tiba tiba time kita cuti nak tengok anak sendiri org kata macam macam ...."

aduh! aku tepuk kepala ..alamak! 

aku jadi serba salah ..alamak silap pulak aku share cerita kat kantin semalam tu ...


dipendekkan cerita, akak Z ni telah menyampaikan kepada akak W berkenaan cuti utk support anak exam .. Akak W ni dha lama buat mcam ni ..maksudnya dr anak no 1hingga no 3 dia mmg akan cuti pada hari pertama anak anaknya exam ...

tapi mungkinlah dia jadi isu bila ..ramai sgt mak ayah nak keluar teman anak masuk dwan ia jadi isu ...

aku kira kira lebih kurang ada 13 org ibu bapa yang anaknya amik exam UPSR tahun ni .,....mmg masalah lah kalau semua pakat pakat keluar nak tengoj anak UPSR ini aku mmg faham ....

apa lagi mengamuk lah akak Z ni ..aduh!!! aku yang kecut perut sebab aku org petama yng bukak cerita ni/.....



okalh ..apa pandangan korang perlu atau tidak berdiri tepi dewan sebeblum anak masuk exam ?

Rabu, 4 September 2019

TIPS ANAK UPSR

hari ini Imran menhadapi peperiksaan UPSR ..kertas Bahasa Melayu 1 dan 2. aku dan suami telah berusaha dengan taklah bersungguh sangat tapi berusahalah jugak 

ok aku dh mula sejak awal tahun hantar dia tuisyen ..sebenarnya boleh hantar tuisyen namun bukan berharap 100%guru tuisyen boleh buat anak kita jadi pandai .

paling berkesan ialah KITA YANG MENGAJAR sendiri anak kita...kenal pasti di mana kelemahan anak kita dan ajar kelemahan tersebut agar kesilapan dapat diperbaiki.

Aku boleh buat peratusan begini....

kejayaan anak ni bermula dengan bubapa 50% , sekolah 30% dan diri anak sendiri 20% sahaja...

attitude anak sebenarnya di dorong oleh ibubapa..maka ibu bapalah yang paling bertanggungjawab mengarahkan ke mana hala tujuan anak anak

semakin lama semakin aku faham maksud anak itu ibarat kain putih, ibubapa lah yang mencorakkannya ...
muka riang je bukan tahu takut! nyampah...

ayah dia yang over 

pelajar berhimpun sebelum masuk dewan 

gatal- gatal posing kat sekolah anak 

belum apa apa dh makan old town ...

nasi ayam Hainan ..quiet delicious!

nasi lemak ayam goreng

boba lah pulak !!

aku kongsi tips ni begini:

1. hantar anak tuisyen BI dan Maths sebaiknya sejak darjah 4 sebab silibus drjh 4 yang mula diuji di dalam UPSR
2. pastikan anak anak terbiasa baca buku cerita yang menggunakan bahasa Melayu yang betul bukan comic dan baca buku english .
3.latihan maths penting practise make perfect ! buat latihan maths berulang kali ..
4. pemilihan sekolah juga membantu sebab aku mmg sgt kagum dengan sekolah anak aku TUN SAS ni ...boleh google SK TUN SAS TAMAN TASIK AYER KEROH..sekolah ni mmg bagus pernah dinobatkan sekolah Bai'ah ...sebab hebat pengurusan kokurikulum dan kurikulumnya ..guru guru dia mmg tip top habis ..
5. sediakan environment yang baik utk anak belajar sebagai contoh sediakan meja belajar, bilik yang selesa dan jangan lupa memberi semangat dan dorongan agar anak terus berusaha dengan gigih.

pusat tuisyen pulak ..

aku rasa aku tak lah dapat the best ever ...korang boleh dapatkan yang lebih baik ...
apapun ibu bapa kena usaha agar anak berjaya ...ibubapa yg kena gigih berusaha ..!

doakan anak aku berjaya ya !tq




Ahad, 1 September 2019

SIRAH RASULLAH SAW

Kupasan yang menarik dari versi yang berbeza..

banyak betul yg terkena ke kepala sendiri ..hahha...


Selasa, 27 Ogos 2019

HATI YANG LALAI


Tanya pada diri suka dunia atau akhirat ?


Sunat Awwabinn




dengar apa ustaz ni sampaikan ...
kita ni betapa asyik sibuk sahabat jangan kita lupa nak cari peluang ibadah kepada Allah SWT
sedih rasanya

dulu masa aku hidup dengan abah
abah selalu bawa kami ke masjid..
boleh dikatakan maghrib isyak kami di masjid...
sebahagian besar melainkan aku uzur...

jika kita malas nak puasa,atau tak kuat
kedua nak bangun malam pun tak kuat

maka kita boleh buat sunat Awwabiin(sekiranya tiada kuliah agama atau ceramah)
apa yang boleh kita buat ;

1. Solat taubat
2. solat Hifzul Imaan...(solat subhutul iman , minta Allah tetapkan iman )
baca ayat kelapan surah Ali Imran: Rabbana La Tuzigh qulubana ....selepas bacaan dalam sujud
3. solat hajat

jika tiada kuliah
Mengajar ni fardhu bertambah bila kita mengaji tentang akidah ..

ramai org salah faham antara perkara wajib dan sunat ...
mengaji quran -sunat
solat sunat-sunat
mengaji (belajar agama )-fardhu wajib

*** orang yang belum solat sunat tahiyyatul masjid kena solat tahiyyatul masjid tak perlu solat sunat Qobliyatann..


HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...