Sabtu, 19 Mac 2022

Galaxy Watch active 2 rosak

 hari tu penutup belakang jam aku ni rosak .

aku bawak ke samsung service centre dia kata kena order barang dan kos mungkin sekitar RM200 lebih so aku cam dah putus asa..aku pun tak tahu macam mana belakang ni boleh tercabut ...ganas sgt ke aku guna jam ni 

kemudian aku try masuk lazada cari part ni ...serius jumpa weh ..RM50 



so ni dia pelekat belakang yang dh tertanggal tu 

dan bila aku google rupanya ada video youtube tunjuk cara nak pasang alat ni pada belakang jam ..itulah kisahnya dan alhamdulillah sampai sekarang jam aku elok..

lega ..aku tahu ni bukan original atleast bertahan serahun dua pun ok aku rasa ...

mahal jam ni kalau nak beli lain ...

oklah tu je aku nak share ..nnt aku tulis lagi ok ..


Jumaat, 11 Mac 2022

Mohd Chan Restoran sebelum ke Dubai

 







Fikan Neoflam pan

dah lama dah aku tengok org beli pan Fika ni ..actually dia periuk neoflam ..mana mana neoflam sama rasanya ..tapi ni keluaran Korea ada juga brand China ..macam kita beli iron le crueset tu ada je brand periuk iron tapi brand lain ... staub atau apa apa brand ..rasa akulah .

so aku dah masak macam macam guna pans ni ..dan yang paling best masak sambal tumis ..tak melekat langsung dan cepat pulak keluar minyak nya ...mmg puas hati betul

ni aku beli saiz 22cm 

ada besar lagi 24cm tapi dah habis...

oklah just nice je saiz ni 

siap tulis fika lagi ..suka suka

oklah berbalik pada hal masak memasak ni ..
mmg hakikatnya tugas masak memasak ni tugas kerja rumah ni mmg tugas isteri tapi kan ada je org perempuan yang kawin dan taknak buat kerja rumah ..

kalau macam tu macam mana ya ...
ermmm...

itulah macam aku nak cakap nak jadi isteri ideal ni susah
kalau ko boleh buat apa sahaja yang suami ko nak kira ko jadi isteri ideal lah 

so kiranya macam ni ..selagi mana ko buat perkara yang suami ko suka ko masuk syurga . tapi aku nak tanya kalau suami buat perkara yang kita tak suka macam mana ?

ooo...isteri tak boleh buat pilihan ..sebab syarat suami masuk syurga taat ibubapa bukan taat isteri 
tapi kan kalau suami nak isteri dia masuk syurga sama sama dengan dia ..dia kena bantu suami dia mentaati dia ..
ok ..sebagai contoh aku bg macam ni ..

Suami nak isteri memasak kat rumah ..suami tak suk makan luar ...isteri taknak masak sebab penat letih ..contoh ..kemudian suami pun bantu isteri sebab nnt kalau isteri merungut rungut kang isteri berdosa

atau pun macam nilah aku penah dengar org kata ada ibu yang dia taknak terasa dengan anak dia ..sebabbbb..bila dia terasa nnt anak dia berdosa.. jadi dia taknak anak dia berdosa dan sebab kan perangai dia macam macam anak terpaksa turuti dan anak merungut anak berdosa dia taknak anak berdosa..

atau isteri mudahkan suami ..taknak suami berdosa oisteri ambik alih tugas suami .

bayangkan kalau dalam dunia ni kita saling menjaga satu sama lain agar tidak disebabkan kita org lain berdosa ..pernah terfikir tak ...

just my #20cent 

 

Rabu, 2 Mac 2022

RUMAHSEWA VS HOMESTAY

korang tengoklah rumah aku selepas di diami selama setahun oleh budak budak lelaki.

korang bayangkan semak setahun yang diorang hasilkan ..ni kalau macam ni mmg kena panggil hanafi dan kena bayar 400 kos bersihkan lalang dan buat pokok pagar balik 





akhirnya siap juga rumah aku untuk didiami oleh penyewa seterusnya.
aku rasa kali ni aku penat nak kena kemas rumah setiap kali penyewa baru nak masuk 
dan aku dh get ready nak buat rumah sewa aku ni homestay 
lepas p[enyewa ni keluar aku proceed bisnes aku nak buat homestay 
kena berfikiran luar kotak kalau nak kaya ..tu je nak cakap ..macam khairul aming ..bukak kilang bernilai Rm 1 juta 
aku cuma nak beli kereta range rover je boleh ..hahah

makan malam di rumah baru eh rumah lama 

peti ais baru yang aku beli dr SengHeng Rm1300 

semoga berbaloi dengan harga dan harap mereka dapat guna dengan baik 

masa ni baru je sampai fridge aku ni 

korang doakan aku berjaya menjalankan bisnes homestay aku tu  dan semoga ada rezeki aku menambah pendapatan alhamdulillah .....

 

Selasa, 1 Mac 2022

Kos baik pulih rumah

 Penyewa ke sterusnya: Am Utem tempoh kontrak setahun. 


Kos baiki rumah selepas Qayyum keluar:


Kos baiki tersumbat:Rm150

Toilet bowl: RM650

Peti ais baru: RM1.3k

Bersihkan laman: RM150

Baiki mesin basuh: RM? 

Servis coway: rm573


Total: RM2250


Deposit rumah 

2 bulan : RM2000

Api air 300

Sewa bulan Mac RM1000


Ni antara kos kos yg aku kena ingat . Nnt penyewa keluar kena bayar so benda benda ni di ambil kira.


View luar rumah… masih banyak lagi nak dibaiki

Langsir shoppe bawak ke taman tasik

Njoi dah elok… legaa.. kalau tak kena beli decoder baru 

Dapur berulang kali kena mop .. nak kasik putih

Plan nya nak buat homestay

korang nampak kesan selotep tu ...macam mana nak hilangkan ..pening aku weh ..org kata pakai 4wd


Rabu, 23 Februari 2022

EDC Koptown KL Review

 




Hotel ni tiga bintang tp bilik selesa sangat.. macam hotek mahal

View cantik.. selesa sgt lah… byk jabtn kerajaan suka kursus di sini aku ingat
Tp biasalah bising sikit sebab area chowkit pasar borong buah buahan..












Orked ikut jejak ibu

 Anugerah Tokoh Murid 




Orked, 
Kejayaan sebenar bukan diukur dr banyak nya piala dan pingat.. 
kejayaan sebenar lebih dr itu.

Kalau diukur kejayaan dr piala,
Dulu ibu pun pernah terima anugerah
Tapi ibu hanya disini… cuma seorg guru…

Suatu masa dulu  ada seorang budak yg sgt pendiam ..
Sering dibuli rakan rakan 
Ada masa dia balik sekolah menangis sebab dibuli..pensel warnanya dicuri
Walau bgmana kuat pun dia belajar sampai tengah malam resultnya tidak menampakkan hasil 
Dia terus tekun belajar

Tapi hari ini dia berjaya
Dia bercakap di hadapan org ramai 
menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris…
Sampai ke jepun company hantar..
Dia tak penah pun dpt pingat masa sekolah, Orked. 

Ada yg tak dpt pingat 
Tapi dia sentiasa berada di sisi mak abah menjaga melayani merawat .. menangis bersama 
Berbakti pada keduanya tanpa lelah sehingga ke akhir hayat ibubapa nya..

Ada yg tak dpt pingat 
Tapi rumahnya paling besar dalam adik beradik..
Serata alam dia berjalan
London, China, semua dia dh sampai…

Ada juga yg tak penah dpt pingat 
Tapi dia lah imam dalam perumahannya
Anak nya hampir semua hafiz dan hafizah…
Kalau majlis dalam keluarga dialah yg pimpinkan tahlil

Banyak lagi kalau ibu nak cerita -

Pokok pangkal nya Orked,
Kejayaan itu luas 
Datang dengan pelbagai definisi 
Dan setiap individu itu istimewa dan dikira berjaya dalam konteks nya sendiri…

Apapun
Tahniah.. 
jadilah seperti padi 
Makin berisi makin menyembah bumi.



Isnin, 21 Februari 2022

Konvo orked

 

Akhirnya merasa jugak orked konvo hari ni..

Aku dh lama tak sekolahkan orked.

Hari ni ada majlis konvocation 

Nasib baik aku baca mesej

.. kalau tak kesian orked .. tak merasa dia naik pentas convocation. Lega.. 

Semoga orked berjaya dunia dan akhirat Aamin..

Ahad, 20 Februari 2022

Ahad

Rezeki orked .. 
ramai adik beradik ibu datang melaka..
Jumaat jumpa Wak Lijah satu family…
Sabtu jumpa Wak Azua, Wak Jila ….
Ahad jumpa Wak Am sekeluarga.
Mmg kami family jawa dan menggunakan istilah Embah, Wak, Bibik. 

Setengah org tak guna istilah istilah ni. Tapi belah family di Perak masih guna. Belah ayah dia moden sikit .. panggil aunty dan uncle. 

Itulah kepelbagaiannya. 
Tapi kami belum decide apa cucu cucu nak panggil memandangkan dah ada 17 org cucu secara tak langsung Orked pun dh naik pangkat jadi Makcik. 

Korang korang yg dh jadik atok nenek sedara apa panggilan korang guna? 

-** pre celebration Orked. Official belum lagi 🤣

Kita tunggu adik beradik ibu yg lain sampai. 
Semua 12 org termasuk ibu dia.. ☺️☺️


Orked dan Wak Cakli.

Tengok surau baru




 

Sabtu, 19 Februari 2022

Orked Besday.

 Aku masih rasa sisa sisa kepenatan. 

Semalam . Dn hari ni bersambung pulak dengan menanti kehadiran kakak aku iaitu kak azua dan kak jila.

Semalam kak lijah. Orked pun konfius . Kakak orked banyak sgt.

Aku mula dengan berjalan dengan kakak aku ke Banda Hilir. Aku mmg tak minat dh jalan jalan ni. Penat. Baik rhat je kat rumah . 

Dah dia nak jalan aku bawak lah jugak. Last kami makan dia kedia asam pedas selera kampunh depan restoran Hajah Rohani tak silap aku.

Mmg tak ingat nak bergambar ke apa. Tapi aku suka kedai ni dia jujur. Dia letak tiga udang besor RM50 . Org rasa ada duit amik. Tak de makan benda lain. Ikan masak asam pedas tak silap aku rm18

Lepas makan kami ke Jusco. Hah sebelum tu aiskrim kelapa dia sedap satu rm5 .. korg wajib makan.

Di jusco aku beli buahan utk hantaran dan aku beli jugak bahan nak masak malam tu. Kakak aku nak buat celebration besday orked. 

Tapi nama tersalah eja lah pulak. Imani dengan orked tertukar. Masa ni aku dlm jusco .. kakak aku beli masa dia kat Secret receipe..

Aku pulak beli toiletries sekali. Total beli brg kat jusco RM270 .. skrg mana ada bend murah

Kemudian balik.. kakak azua aku asalnya nak ke Merlimau hantar buah. 

Nasib baiklah jam 6 petang kak jila aku kata takpe. Kang dia dtg sambut sekali.

Maka bersosahlah aku dengan kak azua sediakn menu makan malam tu. Aku buat carbonara spagheti aku pilih mi yang fettuccine.

Kemudian nampak tak cukup aku buat pulak yang bolognese. So ada dua kuah . Satu putih dan merah. Aku suruh suami aku orderkan dominos pizza. Aku rasa makanan ni cukup

Tup tup kakak aku nak bawah family belah suami dia dtg sekali. Alamak! Camne ni.. cukup ke makanan .. pinggan sudu cawan semua. 

Ghisau! 

Aku jata takpe dtg je.. makan apa yg ada. 

Sekali diorg sampai bawak makanan. Ada yg bawak kgc, ada bawak tauhu bakar. Jadik banyak lah menu malam tu. Cukup semua dpt makan dan kenyang. Ada kek lagi. 


Betulah org yg dtg bawa rezeki dan balik bawak dosa disa kita. Kemulian melayani tetamu. 

Esok ada majlis lertunangan Din dan Dayana. Semoga dipermudahkan urusan . 



Sambutan besday orked ke 7 tahun. Semoga orked sihat membesar. Aamin..


HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...