Rabu, 23 Februari 2022

Orked ikut jejak ibu

 Anugerah Tokoh Murid 




Orked, 
Kejayaan sebenar bukan diukur dr banyak nya piala dan pingat.. 
kejayaan sebenar lebih dr itu.

Kalau diukur kejayaan dr piala,
Dulu ibu pun pernah terima anugerah
Tapi ibu hanya disini… cuma seorg guru…

Suatu masa dulu  ada seorang budak yg sgt pendiam ..
Sering dibuli rakan rakan 
Ada masa dia balik sekolah menangis sebab dibuli..pensel warnanya dicuri
Walau bgmana kuat pun dia belajar sampai tengah malam resultnya tidak menampakkan hasil 
Dia terus tekun belajar

Tapi hari ini dia berjaya
Dia bercakap di hadapan org ramai 
menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris…
Sampai ke jepun company hantar..
Dia tak penah pun dpt pingat masa sekolah, Orked. 

Ada yg tak dpt pingat 
Tapi dia sentiasa berada di sisi mak abah menjaga melayani merawat .. menangis bersama 
Berbakti pada keduanya tanpa lelah sehingga ke akhir hayat ibubapa nya..

Ada yg tak dpt pingat 
Tapi rumahnya paling besar dalam adik beradik..
Serata alam dia berjalan
London, China, semua dia dh sampai…

Ada juga yg tak penah dpt pingat 
Tapi dia lah imam dalam perumahannya
Anak nya hampir semua hafiz dan hafizah…
Kalau majlis dalam keluarga dialah yg pimpinkan tahlil

Banyak lagi kalau ibu nak cerita -

Pokok pangkal nya Orked,
Kejayaan itu luas 
Datang dengan pelbagai definisi 
Dan setiap individu itu istimewa dan dikira berjaya dalam konteks nya sendiri…

Apapun
Tahniah.. 
jadilah seperti padi 
Makin berisi makin menyembah bumi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...