Khamis, 11 Oktober 2012

day 12

actualy berat badan ni dah semakin menurun walaupun tu slow..(paling best kalau kita baring mengiring ..idakle..lemak perut tu ikut jatuh..ke kiri..heheh..paling best ..bumper yg kat perut dari satu besar dah pecah pada tiga layer...u!serius!)

orang kata herbalife ni biar lambat asal selamat..mmg taklah turun satu bulan 10 kg..paling best pon...satu minggu satu kg...okaylah kan sebulan 4 kg..at the same time kalo nak makan pun dah tak takut sebab Insya Allah perut tetap maintain dan tak akan mengembang semula..kenapakah?

sebab metabolisme badan dah tinggi dan fit so boleh makan apa sahaja tetapi amount adalah terkawal..

ok..sekarang kita nak share bagaimana cara nak tingkatkan metabolisma badan...ini copy paste dari blog kevinzahari ek....

So, apa dia metabolisma?
Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).

Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisma

Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.

Genetics: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.


Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan menambahkan berat badan walaupun mengambil makanan yang sama (sewaktu muda).


Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisma


Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong Zahari dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam menambahkan otot.


Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”.


Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama Zahari!

Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calorie yang sama.

Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan meningkatkan metabolisma.


Supplement: Kebanyakkan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana ia akan meningkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dll.


Kesimpulan:

Bagi Zahari dan pembaca gua.com.my, metabolisma walaupun bergantung kepada perkara di luar kawalan kita, pastikan anda mempunyai keseimbangan dari segi kawalan pemakanan dan senaman. Kebanyakan masalah weight loss, weight gain dan metabolisma boleh diatasi dengan pengamalan fundamental yang baik.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...