Isnin, 1 Oktober 2012

to be or not to be

untuk menjadi kurus atau tidak adalah pilihan masing masing...tidak menjadi hal jika seseorang itu selesa dengan dirinya begitu....dan janganlah kita double standard seseorang... bagi saya kebahagiaan itu yang penting..kalau kita sihat dan kurus mungkin kita lebih ceria dan bahagia..dan kita tidaklah menyatakan orang yang gemuk itu tidak bahagia..namun pilihan di tangan masing masing..

dalam pada saya berpantang..saya boleh simpulkan beberapa perkara untuk dikongsikan bersama...jika anda membuat pilihan utk berpantang anda mesti tetapkan dalam minda anda tiga perkara :

1) jika kita nak gemuk kita mengambil masa yang lama ..TAKKAN nak kurus mengambil masa yang sekejap pulak mesti lama..walaupun tak selama masa kita ambik nak gemuk atau sekejap....nak kembang jugak berperingkat..jadi nak kurus jugak berperingkat..jadi jangan kalau dalam masa tiga hari empat hari kita diet tengok takde perubahan kita quit..silaplah..badan kita juga memerlukan masa...

2) jgn stresskan diri kita tentang nak diet..nak diet..sampai memudaratkan diri....jangan paksa diri utk TIDAk makan nasi..atau apa apa..yang boleh menyebabkan kita rasa stress dan terbeban...boleh makan ..tapi tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak....kene wastiyah..atau moderate...sikit tetapi kerap lebih baik dari banyak...sekaligus..menu juga kena seimbang..sebaiknya..diperingkat awal makanlah sayur..sup...ikan rebus..atau apa apa..yang kalorinya lingkungan 1500kalori sehari untuk wanita..yg berat 55kg!..so sukat sukatlah ye

3) ISTIQAMAH...kena berterusan bertahan dan bertahan..ingat bukan tak dapat makan langsung tapi kita sekat..ini pun elok ukt kawal nafsu kita....istiqamah dan berdoa pada Allah di beri kekuatan..

lastly..bergembiralah dalam berdiet...kurangkan makan karbohidrat....


dan kandungan gula...erm...lagi satu..jangan terbalik pulak..tak makan nasi ..tapi dalam masa yang sama makan benda benda lain yang menyamai kalori nasi malah lebih dari nasi..satu hidangan lengkap yang ada nasi satu mangkuk kecil,sayur,ikan dan buah...menyamai kalori dua keping roti kaya! dan tahap kekenyang nasi itu jauh lebih lama ..so bijaklah memilih...!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...