Sabtu, 6 Jun 2015

somebody read my blogggg!!!!!wow

Assalammuamalaikum...amazingkan ...tak pernah terfikir blog ntan apa apa aku ni ada jugak orang lain baca...weeee..macam best pulak...yang paling best adakat united state pun baca ..apakah maksudnya..hahah..so teruskan menulis cerita yang aku rasa nak cerita ..dam mulalah menulis cerita yg ada informasi ..itu sgt penting ..kadangkala cerita yang buasa biasa pun tak apa ...

Baik memandangkan ada org baca blog ink maka saya ingin berkongsi petua utk terus bahagia..ambik kau  dah jadik macam prof muhaya pulak...whatever!

Kawan..kawan ,
(Sejak bila aku berkawan kawan neh? )

Maksud bahagia dalam hidup akan berubah apa bila kita ubah cara kita melihat maksud bahagia itu sendiri.. ubahlah makna bahagia dalam hidup anda dan anda akan bahagia, apakah maksudnya ini dan bagaimana.?

Baik..berhentilah memandang bahagia itu kaya ..cantik...muda ...tiada masalah dan sebagainya..cubalah berbahagia dengan apa yg kamu ada.

Ada orang banyak duit tapi sakit dia tak bahagia
Ada orang yang sihat tapi miskin dia tak bahagia
Ada orang yang berkahwin dia tidak bahagia
Jadi di mana bahagia itu,...

Di dalam hati kita bila kita rasa cukup dengan apa yg kita ada kita akan bahagia,
Ini namanya qanaah.

Berhentilah memandang pelangi di atas kepala orang lain..sedangkan di dalam kasutnya dia memijak duri..

Saya berkongsi sebuah cerita sebenar saya...

Di awal perkahwinan saya duduk berasingan dengan suami ..saya di melaka dan suami di kl.
Saya pikir apa baiknya saya jauh dati suami ..tahun 2006 saya posting ..bayangkan hark pertama sampak ke sekolah lapor diri..hari tersebut saya minta tukar ..langsung tak profesional!

Saya menangis sedih ..jauh dari suami ..namun saya tidak lihat ia suatu yg baik ..yg saya rasa semuanya buruk dan menyusahkan ...tambah pulak baru tahu mengandung alahan yang teruk dan saya tiada selera langsung utk makan..

Apa jadi 3 tahun selepas itu...

Allah mula menampakkan pertolongannya...
Dis 2006, gaji pertama saya terima tunggakan hampir 7k saya buat downpayment myvi..kereta pertama saya...dgn ada kereta saya boleh menyewa rumah yg lebih selesa dari rumah yang sebelumnya..

April 2007 saya dikurniakan cahayamata pertama yang sihat dan suami mendapat pekerjaan baru dalam kerajaan sebagai pegawai tadbir diplomatik..

Mei 2009 , suami membeli kereta pertamanya Honda City

Disember 2009 saya berjaya membeli rumah pertama dengan pinjaman bpp rm 183 000...di ayer keroh

Maka 2010 saya mula berpindan ke Ayer keroh dan duduk di rumah baru...

Lihat..bagaimana Allah kurniakan nikmat buat hamba hambaNya..tidak mahukah kalian bersyukur..dan kita 2015 saya ,masih menetap di melaka ..negara nya maju kecil dan sungghh bersih..rakan rakan ay yg duduk di lembah klang masih belum memiliki rumah..kerana harga rumah semakin mahal..

Nampak gayanya kami mungkin lama di melaka..dan sekarang telah ada 3 anak yang dilahirkan di Melaka..

Pengajaran yang perlu diambil;

Bersangka baik terhadap Allah...
Pengetahuan kita terhad dan  terbatas...baik buruk sesuatu perkara kita rasakan kerana menurut jangkaan dhaif kita ..terima segala yg Allah tentukan kerana setiap yg dtg dr Allah itu baik jika tidak sekarang akan datang..jika tidak baik di dunia ..ia baik di akhirt kelak..
Wasalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...