Rabu, 10 Jun 2015

KBAT: pendidikan islam II

Slot perkongsian Puan Zubaidah & Puan Razmawati
Sektor Pembinaan, LPM KPM . 27 Mei 2015, Rabu , 230 ptg-430 ptg

1. KBAT vs HOTS
Kemahiran berfikir aras tinggi, manakala hots adalah HIGHER order tthinking skills.

2. KBAT : bagaimana murid boleh mengaplikasi pengetahuan dalam situasi yang baru.
Menguji pengetahuan: Apa nama ibu negeri Sarawak? Pengetahuan: apa yg mereka boleh recall,  apa yg telah dipelajari, tak perlu fikir.
KBAT : bukan item pengetahuan & kefahaman; bukan rutin; bukan template.

3. KBAT bagi LP berfokus kpd pemikiran aras tinggi seperti berikut :
Mengaplikasi : kebolehan menggunakan pengetahuan utk menghasilkan sesuatu yg baru seperti menjalankan eksperimen atau membuat binaan.

Menganalisis: mencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam bhg yg lebih  kecil, menentukan bagaimana bhg struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain.

Menilai: membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan mengkritik.

Mencipta : menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu, menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen ke dlm corak dan struktur yg baharu.

4. KBAT
Dilihat sbg proses kitaran dari KBAR (aras rendah) ke KBAT (aras tinggi)
Konsep KBAT telah memasukkan ciri2 berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif.
Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yg diperlukan.

5.  Five main characters of a good HOTS question can be identified in standards of international organizations: stimulus; multiple layers of thoughts; unfamiliar contexts; real-life situation; non repetitive.

6. Buku teks bukan rujukan utama LP; rujukan LP adalah silibus, akan tanya apa2 yg ada kaitan dgn silibus walaupun tiada dlm buku teks.

7. Ditentukan berdasarkan 3 aspek : peringkat pengetahuan atau kemahiran (level of knowledge or skills) Kelaziman (familiarity) kerencaman (complexity)

Aras pengetahuan atau kemahiran  (asas/ basic) ➡️(lanjutan/ advance)
Kelaziman (lazim/familiar )➡️ (baharu/new)
Kerencaman(ringkas/simple)➡️(complex/ rencam)

8. KBAT
i. Menggunakan stimulus secara ekstensif utk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal memberi maklumat secukupnya kpd murid utk menjana idea

ii, Mempelbagaikan penggunaan kata tugas utk menguji pelbagai aras pemikiran kognitif mengundang pelbagai bentuk respon,

iii.Berdasarkan konteks baharu yg bukan lazim. Menggunakan situasi di luar bilik darjah. Menggalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan sekadar mengingat semula apa yg dipelajari dlm bilik darjah.

Iv. Berdasarkan situasi sebenar dlm kehidupan harian. Mendorong murid menggunakan basil pembelajaran dari pelbagai discipline ilmu utk menyelesaikan masalah kehidupan harian.

v. Menggunakan item tidak berulang, item berbeza setiap tahun; menggunakan bahan yg melangkaui bahan buku teks, buku kerja, buku latihan dll.

9. Jenis-jenis Item: TIGA jenis item :
i. Item aneka pilihan (MCQ)
ii. Item berstruktur atau item respon terhad :
Berlandaskan stimulus/ sumber; konsep; prinsip sesuatu; tema; konsep besar yg diutarakan.
iii. Item respons terbuka : lebih luas dari struktur / esei

10. LANGKAH PEMBINAAN  ITEM:
10.1 Tentukan konstruk, konteks & aras kesukaran
10.2 Tentukan jenis item
10.3 Rancang penggunaan stimulus yg berkaitan dgn konteks utk mengukur konstruk. ( stimulus tak boleh saja2, ianya mestilah mencetus sesuatu)
10.4 Tentukan jenis evidens ( fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional)
10.5 Tulis  Item
10.6 Tulis peraturan pemarkahan/ rubric
10.7 Menilai item menggunkan prinsip 9 poin

11. Peraturan pemarkahan:
Pemberian markah sepadan dhn konstruk  yg ditaksir dan tugasan yg dilaksana calon; pemberian markah adil kpd calon; Pemarkahan antara pemeriksa terselaras; Kebolehpercayaan skor yg tinggi.

12. Kata tugas : menentukan bentuk jawapan, mencerminkan kerencaman konstruk yg ditaksir, memberi panduan ttg pemberian markah yg wajar.

13. SPM 2015 : 30% soalan berunsur KBAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...