Isnin, 14 Mac 2016

klcc; aquaria ohsem!

cuti yang lalu sebelum meneruskan perjalanan ke melaka ..kami singgah ke klcc untuk meluangkan masa bersama. Ayah selalu kerja balik lewat inilah masa utk bermesra bersama anak anak...ayat buku sgt!

kami sampai di kl dlm pukul 1 lebih ..kami terus ke kg baru untuk makan tengah hari..kami makan di medan ikan bakar yg besar tu betul betul di pintu gerbang masuk ke kampung baru..memang syuorga makanan lah ..semua ada..paling best ikan bakar..bila lalu kg baru menggamit betul kenangan ketika berulang alik ke hkl masa yang sakit dahulu..terkenang kami berulang alik melaka kuala lumpur hampir setiap malam utk menziarahi iyad..iyad dijaga oleh bibik yati.. kami pernah lah tido dlm kereta waktu malam dan tido bermalam di hotel hotel murah di sekitar kg baru..bila diingatkan balik rasa seronok pula namun masa menghadapnya kami rasa sgt down dan sentiasa lemah..hanya bantuan Allah kami perlukan utk menyembuhkan iyad..kadangkala berlaku juga pergeseran suami isteri itu tak dpt dinafikan ...hampir 3 bulan jugaklah episode iyad di hkl pada tahun 2012 itu.
okay ..sebenarnya bukan nak cerita yang sedih< tapi nak cerita yg gembira aje..
lepas makan di kg baru ..ayah dan imran solat sementara kami berempat tunggu di dalam kereta.. selepas itu kami langsung ke klcc..arah utama ialah aquaria,

sebelum masuk ke aquria sempat pulak budak2 ni mandi di swimming pool awal depan klcc..jadiklah walaupun tak sampai sejam...

jom layan gambar ..

muka excited imran nak jalan jalan 

menulis bajet journalist! mana kuah tak tumpah ke nasi...

iyad dan ihsan ..adalah tak pueh hati tuh

yeay ..sampai KLCC

nmpk tak bapak dan anak dari kejauhan 

swimming ....

ibunya jadi mata mata dari jauh 

anak dara pun dah masok ..habislah...

tengok tu ...kemain lagi deme

nasib baik ayahnya sporting..mak takkanlah ...nak tukar baju bagai pulak nnt

and maknya...selfie!

stylo betul anak bujang sorang neh

nnt tambah gambar lagi..mmg menarikk masuk aquaria ..kalau nak murah sila beli tiket online..okay.......mmg banyak spesis hidupan laut yg pelik ..banyak foreigner yg masuk tengok ikan ikan ni..dn paling best bila nampak ikan paus ke ikan lumba lumba dan ikan pari lalu atas kepala ..hahah..maknya tak habis jerit2 panggil anak suruh tengok..kalau tak silap dulu masa pergi tahun 2011 ada peguin..tapi ari tu pergi macam dh takde....apapun alhamdulillah ..semua happy...next time nak masuk petrosains pula ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...