Jumaat, 27 April 2018

Alhamdulillah . Rumah sedia disewa.

Lama juga nak menyiapkan rumah untuk disewakan . Dan akhirnya hari ni rumah dh siap cat dan sedia untuk disewakan oleh org yg ingin menyewa.

Rumah teres setingkat yg terletak di MITC Melaka . Kawasan tumpuan di ayer Keroh berdekatan dengan Kampus Kejuruteraan UTEM dan Bangunan Persekutuan Kerajaan. Berdekatan dengan pelbagai prasarana termasuk pusat membeli belah Mydin MITC serta Pusat Bowling terbesar di Melaka MiBC.

Betullah andaian aku untuk membeli aset yg sedikit mahal namun berbaloi utk pelaburan akan datang.

Bilik kedua lengkap dengan set bilik tidur. Hadiah bilik pengantin dari Mama. 

Master bedroom..”lengkap dengan almari besar. 

Dapur ni aku buat dari modal duit simpanan KWSP. Tahun 2010 7 ribu sahaja 15 kaki atas dan bawah.


Ruang makan paling sayang bahagian ni ... aku suka ruang makan yg mengadap keluar sambil monum coffe lihat permandangn luar rumah. 
Bilik tidur kedua. Bilik tidur yg kami paling suka. Dari tepi dpt lihat pokok pisang atok


Ruang tamu kami tinggal kan satu perabot jati ..nnt nak amik balik 😜😜

Bila dah kemas macam rasa sayang pulak .. takpelah nnt kita duduk duduk homestay ni bila dah rindu ... semoga penyewa duduk dengan baik di sini. 



Ahad, 22 April 2018

Tennis class and swimming class.

korang duduk area mana kat Melaka?

kalau sekitar Ayer Keroh dan mungkin Bemban adalah agak ok utk pergi ke dua dua tempat ni.

ok ..kita pergi ke Kelas Tenis. Kalau nak anak pandai main Tenis ada tempat yg paling bagus hantar anak main tenis . iaitu Kompleks Tenis Ayer Keroh Melaka ..berdekatan dengan Mydin MITC Melaka. kat sinilah kelas kelas tenis biasanya diadakan . berapa yuran ? dalam sekitar Rm10 sejam . ada banayak coach yg kita boleh pilih antara popular seperti FR iaitu firdaus Raof Coching, Coach Vasu, Coach Ust Shukur dan lain lain. Jangan risau kita boleh tinggalkan anak utk bermain tenis sambil tu kita boleh makan di cafe nya yg terletak dalam kawasan kompleks tenis tu jugak..ada kedai sup tulang yang sangat sedap!

anak saya Imran juga bermain tenis di sini.

pada hari sabtu dan Ahad mmg ramai pelajar pelajar bermain tenis di sini. kalau kita taknak anak kita belajar secara beramai ramai boleh je amik private coaching...

setiap bulan ada monthly medal yg diadakan utk budak budak ni agar ada galakan utk mereka bermain tenis.

untuk makluman lanjut boleh hubungi Presiden Tenis Melaka iaitu Encik Hafidz di talian 0166555291 utk sebarang pertanyaan.

Swimming class

ini pula diadakan di dalam kawasan Tiara Golf Country Club.dengan bayaran RM60 sebulan dan seminggu sekali kelas renang diadakan pada hari Isnin untuk beginner. Insya Allah next week nak hantar tiga budak ni belajar renang. harap mereka pandai berenang dan cekap berenang. Imran dah pandai berenang. sunnah Rasulullah SAW belajar berenang ni. Insya Allah niat ikut sunnah dapat pahala.

so sebenarnya banyak aktiviti yg boleh dilakukan . kalau di Masjid Al Azim ada kelas alquran yg dijalankan secara percuma. elok jugak dapat berikan ilmu alquran kepada mereka. Insya Allah akan datang nak jemput guru agama dtg rumah mengajar anak anak ni membaca Al Quran 

kolam budak budak ..ada satu gelongsor jadiklah 

pool ni digunakan untuk belajar berenang ..besar pool nya 

ni dah memang tak takut air , cepatlah pandai berenang

cantik permandangan kat sini

bestkan ..hari hari pun boleh dtg sebab suami mmg ahli club di sini.. aku pernah g gym dia sekali oklah naik threadmills

sampai situ sahaja .. jumpa lagi


New collection of Longchamp; koleksi aku punya!


kalau korang nak tau ni hbag LC aku yang ter latest.. so aku ada tiga lah tapi yg ada pada aku cuma dua. satu dh kena samun. ok !

ni aku beli thru IG dengan Tejara.. mmg aku check dia ni jual beg ni paling murah ..so mmg aku usha netx nak beli LC yg lain puler..macam nak beli yg kulit ..tapi mahei lah sikit..aku beli ni pun lepas suami aku kasi duit sebab jaga Iyad di hospital .seminggu 200..so dua minggu aku ada 400 dan beg ni harga rm300 je ..oklah cantik dan aku suka. 



ni IG tejara tu ...careful tau banyak je yg jual longchamp tapi premium kualiti bukan original ..takut tau! yg vietnam pun hado.. baru rm70 hinggit

ni gambar dalam ig diorg promo ..mmg siang malam aku ngadap beg ni ..cantiknya ,cantiknya ...

close up sikit!

aku suka beg longcamp ni sebab ringan dan simple..tak payah sarat sarat sangat! tapi hat ni bawah dia cepat kotor ...memandangkan duit claim tnt aku nak masuk sebab g kursus hari tu maka boleh lah aku start usha beg longchamp yg baru weeeee.......


Sabtu, 21 April 2018

HATI BUDI ?

entah macam mana hari tu tercerita pasal hal hal penampilan nilah dalam group whats app
aku ni mmg bukan jenis pandai bergaya. pakai pun biasa biasa agak..
itu aku akui. Entah lah aku tak tahu kenapa macam tu...kawan aku sorang ni cakap penampilan aku macam makcik makcik..? ermm mungkin faktor pemilihan kaler yg aku pakai agaknya. aku tak berapa suka pakai kaler yg terang benderang ..cth kaler hijau terang ke merah ke..tapu still ok kalau kaler maroon.. aku mmg boleh accept orang tegur yelah kan mmg patut pun kita bergaya supaya nampak elok di mata orang kan...

oklah ! lebih sentap lagi bila ada kawan aku yg cakap aku ni pakai cekop kepala zaman sekolah . ala cekop yang kaler putih tu .. dah mmg selesa dari dulu pakai macam tu ..dia kata gaya dah macam bukan sekolah! pakai square ariani tu dah standard. tapi cubalah pakai kemas sikit ..dia kata budak sekolah pakai square lagi cantik dari aku pakai ...wow...STOP! eh mulut ko ni mmg jenis takde insurans ke?
kita boleh ajar orang tapi jangan lah sampai menghina . aku ni nampak kau tu pakai seluar jeans ketat ,pakai tudung tak tutup dada takde sapa ke nak tegur?
eh! besar sgt ke dosa aku pakai scarf pale zaman sekolah dr kau yg pakai baju macam tak cukup kain. eh! aku ni yg panas ni . aku boleh accept orang nak guide aku pasal penampilan tapi please jagalah hati budi sikit jangan cakap main lepas je.. adui! sakit hati aku.. hmmm...

aku ni mmg ada bad history dengan group whatssapp so aku taknak ulangi kesilapan yg lampau ..sebab dulu atas dasar bercakap pandangan politik.
bila aku sorg yang bertentangan dengan pegangan diorg jadi lah macam tu .. yg aku geram bila diorg share ok ..bila ku share kena kutuk dan komplain macam macam ..so start dr situ aku dah taknak lah tegur apa apa..demi menjaga kemaslahatan baik aku berdiam . berdiam itu lebih baik!
jangan kita terlalu mudah mengeluarkan sesuatu kenyataan sebab kadangkala sebenar mana pun perkara tersebut kita tak semudahnya mengeluarkan statement tersebut sehingga boleh menjatuhkan maruah seseorang dan sehingga dirinya terasa terhina.

BELAJAR LAH MENJAGA TUTUR KATA AGAR TIDAK MENYAKITKAN HATI ORANG DAN DIAM ITU LEBIH BAIK DR BERKATA SESUATU YANG SIA SIA.


GOOGLE GOOLGE AKU JUMPA MUMU SCARF YG SANTIK !


TERUK SANGAT KE CEKOP PUTIH AKU? ERKKK

Rumah baru

THE POWER OF DOAS

kalau korang masih ingat aku ada buat posting masa baru nak beli rumah.

Actually masa tu suami aku nak beli rumah yang belum siap dan bakal siap pada 2019. tapi aku tergedik gedik nak sangat duduk rumah baru. itulah wanita kan kalau dia pandai merayu pasti dapat tp kenalah perkara yang betul bukan sebaliknya..ahaks! 😆😆

oklah ini semua dengan izin Allah SWT jua ..hah! kena ingat tu ..oklah . kalau korang nak baca betapa aku berharap sangat nak beli rumah baru boleh baca post ni ..

Nak sangat rumah baru


oklah ! aku mmg dah duduk rumah baru sejak januari 2018. Masa kami duduk sini mula mula kami tak bawa barang pun cuma bawa baju yang nak pakai je..bila dan ada tilam katil kami mula bawa barang satu beg satu beg..masa ni kan aku still ulang alik balik kuala kangsar ziarah mak masa tengah sakit.

Ya Allah sulitnya kalau difikirkan balik waktu tu..entah lah ..tak siapa sangka mak akan sakit sebegitu sebelum menutupkan mata ..kami mesti menangis jika mengenangkan mak ..cerita mak yg paling kami ingati ialah saat menjaga emak di hari hari terakhir bersama mak..ya Allah sangat sangat sedih...mak aku doakan mak diampunkan dosa oleh Allah SWT ( mesti kena potong duit emak cepat cepat ...utk sedekah jariah mak)

rupa nya november tahun lepas kali terakhir mak datang rumah . itulah kali terakhir mak menjejakkan kaki ke rumah aku. masih ingat lagi malam tu kami makan di medan ikan bakar. ALhamdulillah mak makan dengan berselera.

Berbalik pada cerita rumah. 

kira nya secara rasmi nya kami duduk rumah baru pada bulan Feb sejak balik dari kampung masa mak meninggal dunia lepas tu kami mmg tak balik taman tasik dah . terus tido sini.. dan hari ni rumah taman tasik siap kemas oleh kak Peah dan aku tak tahu berapa kos upah mengemas rumah sebab kak peah dah siap basuh langsir bagai dan kemas bawah katil yg ada tikus mati tu ..aku kalau dia minta berapa pun aku bayar jelah ..termasuk upah cat tiga bilik anaknya Angah yang buat. 

nnt kami akan upah Tajuddin untuk bersihkan laman rumah tu. Ikut perancangan kami akan sub pada En Jufry untuk buat homestay tapi tak tahulah. Masih dalam perancangan kalau boleh aku beli je dapur dan pakai njoi  selesai masalah pastu aku jalan kan je homestay tu ..dalam  minggu depan dah boleh start. 

tapi suami kata " sabarlah ..jangan tamak sangat.." so sekarang aku tengah bersabar..tapi kepala tengah fikir macam mana nak ON kan homestay tu 😅😅

kalau betul mmg aku kena spend duit sikit. nak beli dapur baru, nak pasang Njoi, nak beli kerusi taman , nak beli frame gambar, dan dalam awal mei aku start bisnes homestay

oklah ! nak sambung cerita rumah baru pulak 

apa best rumah baru?

Banyakkk! biasalah yg baru semua best! ok sebenarnya semua tak rumah baru best rumah lama pun best jugak .sama best aci tak?

rumah baru best sebab baru,tapi lepas rumah lama kena cat pun nampak best sama macam rumah baru. so dua dua best.

lokasi pun sama . rumah baru dekat Tiara Golf ada swimming pool, ada gym dan ada tempa berjimba jimba tapi jauh dengan kedai makan. nak makan luar kena makan area Ayer Keroh.

Rumah baru ada trek jogging ada tasik ada taman mainan ada ikan ..boleh bagi ikan makan setiap petang.. ada taman yg cantik..rumah lama dekat dengan sek imran, taska Ihsan dan sek agama. so sama sama win kan !

Rumah baru dua tingkat, rumah laman setingkat tapi ada laman private. boleh main bola dan bercucuk tanam. 

Apa nak gaduh .dua dua juga rumah sendiri tak jual pun pada orang. 

rumah baru ada lantai kayu bilik mengadap tasik dan ada balkoni, rumah lama dekat Mc Donald jalan kaki je g . ada Mitc dekat giler kalau nak g Mood Republik.

rumah baru ada jaga nak masuk kena letak ic. rumah lama ada kenangan ..kenangan manis dan pahit . semuanya ada..










Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...