seronok bila kita kembali bercinta dengan suami.
seronok sebab masa bercinta ni semua halal.
maka cinta dpt dizahirkan dengan tenang ke tempat sepatutnya.
tiba tiba aku jadi pakar cinta suami isteri pulak...
no..no..ini cinta yg sihat ya..bukan cinta yg toksik.
ooo..rupanya selama ni fikiran kita yg memenjarakan kita
so setelah kita mengeluarkan kita dr penjara minda yg negatif baru kita boleh pergi step yg seterusnya.
KURSUS DI HOTEL SILKA ,CHERAS
Aku akur bila suami suruh naik bas je ke KL, tambahan pulak tempat kursus aku cuma 10 km je dari TBS Sg Besi so mmg aku redha jelah .
pagi tu suami aku ke pejabat dan Uncle Helmi (panggilan Helmi ) hantar aku ke Melaka Sentral. Helmi ialah driver suami aku. Sejak helmi keje dengan suami dia banyak membantu kami sekeluarga. ok ..nnt aku share apa yg helmi selalu tolong antara nya hantar anak anak ke sekolah dan jemput anak ank balik sekolah bila aku tiada.
termasuk tolong jaga anak anak kalau aku dan suami ada hal.
Pelik aku bila oversea sibuk nak minum kopi. kat Malaysia taknak pulak ...so aku snap gambar ni, Tertiba tak pasal psal org puji cakap jam aku cantik gelang aku mahal and so on ! eh! apsal pulak ? terus aku delete gambar tu.
kopi RM2.50 |
aku naik bas 8.45 pagi .
aku naik bas 8.45 pagi ..aku sampai dalam jam 10 lebih sebab jalan jammed. aku sampai bateri telepon cuma 1% so aku lepak di kopitiam sebab nak charges telefon . ada seorang lelaki menegur ..tiba tiba aku rasa macam takde mood nak melayan . entah ..pelik kan ...aku hanya order kangkung sotong je..sebab aku rasa kenyang. itu je dah RM14. hurmmm...
aku charges telefon dalam 20% aku terus order grab. Aku dh pandai lain kali order grab guna Grab Credit lebih murah .
semasa berada dalam Grab aku pura pura telefon suami cakap aku dah nak dekat sampai ..driver grab tanya dh biasa ke kursus kat sini . Aku terpaksa menipu cakap dah biasa dah. dan selalu datang sini. lega tak lama lepas tu aku samapi hotel.
First impression aku macam hotel ni best gila. Bila sampai .hmmmm...boleh lah
bilik dia tiada tgkap okey .. mmg stress..bila dia letak cermin besar tu psikology nye macam ada tgkap. |
bilik air dia oky lah ..tapi yg tak bestnya takde bath tub |
lepas
lepas dh check in rupanya aku dapat sebilik ngn roomate masa aku kursus kali pertama di De Palma Ampang point. Aisyah , cikgu mengajar di melaka juga.
kami jalan jalan dlm mall tu .Rupanya mall tu mmg dh mati takde org suka g sini . last last kami makan je kat Old Town White Coffee.
jam 430 taklimat dan malam sesi pertama bermula.
aku rasa seronok kursus dpt jumpa kawan kawan lama . oklah kan ....asyik nak melawa je kalau g kursus ko dh kenapa ?
oklah ... mmg jenis suka beregek sejak dari kecil .
aku suka gambar yg ala ala je tengok camera. |
kawan sama kursus. bukan kurus ya ..Kak D dan Aisyah. |
no bilik aku da ... |
OOTD hari pertama |
aku suka baju baju kurung yang aku beli Vietnam ni ..murah dan design dia pun cantik .suka suka suka...ramai org puji kaler baju aku ni cantk.. oranagnya tak lah cantik ..biasa biasa aja
biasalah kan bi;la pergi kursus perkara yg paling kita suka adalah makan. makan makan makan ..sebab makan percuma ! dan boleh amik berjenis lauk deserts dan buah buahan.
ini pulak view aku bila dalam bilik kursus. aku suka lihat tgkap besar ni. selalu nampak kereta jammed bila waktu pagi dan petang.
OOTD nak g makan malam ..malam ni free takde program..org lain pergi ke Kajang makan satay kajang aku lebih suka duduk di bilik buat kerja. lagi best . jam 10 aki dh tido. |
view sunset ... |
pergi jalan jalan mula nak buat perkara yg tak boleh buat bila depan anak anak |
beli jajan pakai vending mesin |
esoknya aku pakai baju ni pulak ..hahah baju baju kurung vietnam ni harga nya 3 pasang 100 ringgit . Murah tak?
oklah dah selesai kursus dua malam tiga hari .
balik tu sekali lagi Helmi tolong amik aku . selalu nya aku akan call tapi kali ni bila aku dh sampai aku tak terus mesej atau call sebab aku ingat nak solat jamak qasar dulu di Melaka Sentral.
so sampai sampai aku g surau dan solat dulu . rupanya Helmi dan sampai 2.59. aku selesai solat jam 3.15..belum habis solat dia dah call. aku cakap aku dah sampai tapi aku sengaja tak mesej sebab aku nak singgah solat dulu.
masa yg terluang aku tanya helmi tentang kesibukan suami aku. Masa ni timbul perasaan simpati sebab dia sibuk sangat dan aku tak paham situasi dia. bukan apa ..sepatutnya dia share apa yg dia buat supaya aku tak tertanya tanya.
Helmi cakap mmh kali ni suami aku agak sibuk dengan beberapa isu yg timbul.
tambahan pula dia PJJ untuk MASTERnya.
aku harap lepas ni aku lebih memahami suami aku . dan meringankan segala kesusahan yg dia tanggung.
aku minta Helmi singgah di Speedmart sebab aku nak beli bahan utk buat soup bebola. aku sempat beli sedikit buah hati utk Helmi bagi pada anak anaknya . aku pikir dia sibuk ambik anak anak aku ..macam mana lah anak anak dia isteri dia uruskan .
so aku balik dengan senang hati bila lebih memahami situasi suami aku . tadi lepas dia call kami sembaang. aku dan suami . dia kata lepas ni boleh tanya Helmi dan Faezah jadual kerja dia . Entah lah..kalau akua syik tanya kang annoying pulak... serba salah pula.. kalau tak tanya kang macam tak amik peduli pulak ..
suami aku beritahu dia ke Perak khamis minggu hadapan dan balik semula Jumaat sebab malam ada dinner anugerah Cemerlang. Dan 26,27 dan 28 hb Nov dia ke Singapore. boleh lah kami ikut berjalan ke Negeri Dilanggar todak .ini kali kedua kami ke sana . sebelum ni kami hanya ke USS . Lepas ni kami nak ke tempat tempat menarik di Singapore.
semoga impian jadi kenyataan . Aamin.