Ahad, 27 Jun 2021

Blood Glucose Monitor set

 laju betul seller nibuat kerja ..order 26 Jun tengah malam ..27 Jun barang dah sampai rumah . laju giiler budak ni buat kerja

barang pun berfungsi dengan baik..dia siap bagi set ..ada pen, ada jarum, ada alcohol swab , ada stripe dia...so dpt dpt kita boleh terus guna..takdelah kena cari benda benda lain dulu baru dpt pakai ....tu yang best tu..

dapat dapat aku terus test amik bacaan glucose suami . masa tu kitorag makan durian dalam 11.30 pg ..lepas tu dalam jam 3.29 petang aku buat test 

ni bacaan aku

ni bacaan suami


lepas tu kami puasa esok pagi amik bacaan yang baru . lepas 8 jam tak makan apa apa..

bacaan suami aku 6.6 dan bacaan aku 5.6 .Adik ipar kata suami aku border line. kalau nak elok baik amik ubat . 

tp aku rasa boleh kontrol lagi dengan ubah cara pemakanan....

amik nasi kurang gula taj mahal tu ..kemudian stop smik sugar dalam diet harian . nasi tu dh mmg sugarkan ....

tak boleh makan roti suka suki lagi ..

kalau korang nak beli alat ni aku share seller yang aku beli 

https://shopee.com.my/product/17319617/2673224675...

nnt aku share satu lagi alat yang aku beli ..blood pressure machine.



Rabu, 23 Jun 2021

MCO DAN MCO LAGI

Semalam Menteri Pendidikan beritahu kemungkinan kita PDPR sehingga September. 

Itu paling awal. 

Berkenaan bayaran taska . 

so aku nak tanya pandangan semua , kalau kita ada anak taska ..dia minta kita bayar setiap bulan 50% dr bayaran yuran . macam mana tu ?

kta tak hantar anak sehingga september . tapi kena bayar setiap bulan RM330 . kalau kira sejak Mei-September 5 bulan ..RM1650 . Suami aku cadangkan berhentikan dulu ..nnt lepas September baru dftar semula.

kalau dftar dalam RM50 seorang sebab pendaftaran semula . 

tapi agak selfish sebab org tu nak guna bayarn utk operate tadika

so macam mana ?

ada yang bayar penuh, ada yang bayar separuh .RM125. Lega setelah berunding ayu sudi kurangkan bayaran taska hanya RM198 sahaja. 

at least taklah bayar 330 sebulan . 


bagaimana kalian menghadapi hari hari PDPR di rumah?

Pdpr ni bukan sahaj menguji ketahanan pelajar, yang lebih penting ketahanan ibu nya . kalau anak anak di sekolah rendah yang masih memerlukan bimbingan org dewasa utk meyiapkan kerja sekolah ..jika anak anak tidak menghantar kerja sekolah bukan salah anak anak..tapi org akan nampak kesalahan ibubapa..paling tepat ibu.

tak de siapa peduli apa kesusahan kita sewaktu menjalani PDPR, ok..kalau kita kata kita sibuk...masak breakfast, lunch dan dinner, basuh kain ,nyapu sampah dan basuh pinggan ...begitulah juga ibu ibu yang lain sedang hadapi .

bgaimana pula ibu ibu yang bekerja dari rumah?

anak nak buta kerja ibu pun sedang ada meeting. ingat kerja bepan bos boleh lari lari tengok anak jawab soalan ?

kalau dalam situasi aku lagilah .

aku sendiri ada kelas online. 

biasanya bila aku kelas online aku mmg tinggalkan dulu kerja sekolah anak anak .kita kena setelkan dahulu kerja mengajar kita . ada anak murid yang sedang menunggu ..

setelah selesai kelas ONLINE kita baru kita tengok satu satu mesej kerja sekolah anak .

mula ihsan, check telegram check wassap, ada masa kena jawab soalan kuiz online, ada kena buat buku aktiviti , ada kena buat seni, rakaman video dan sebagainya . itu Ihsan.

kemudian orked pra sekolah  Nasib baik order satu hari hanya satu kerja. senang . dan orked dh boleh jawab sendiri soalan dalam buku akiviti dia.

yang terakhir iyad, sehari mungkin ada 2@ 3 subjek. Iyad mmg agak susah . Aku kena duduk sebelah dia tengok dia menulis ..ni agak lemah sikit aku nak buat . sebab bila habis kelas online aku lari lari..masak breakfast, kang jam 1 masak tengahri, jap basuh kain , imran aku sub masak nasi, kadangkadang dh uat nasi goreng kita takde lunch ..terus masak makan malam .

kadang agak petang baru nyapu atau vacum ..mop ikut mood ..larat buat tak larat kita buat hujung minggu. 

ni baju ada sebakul belum kita lipat..

aku bukan nk menunjukkan sangat yang aku ni sibuk . sebab aku yakin percaya semua wanita di luar sana sedang menghadapi benda yang sama . malah ada yang lebih teruk lagi dr situasiaku ...

mungkin ada yang ada baby, ada yang anak 5/6 orang yang semua perlukan ibunya bantu ..ada yang menjaga mak atau ayah yang sedang sakit .

aku tak tahulah ek .kenapa dalam hal ini..suami kita keluarkan siap siap dalam situasi ini

ok suami keje masuk ofis . balik penat .rehat ..nak makan ..

isteri tu tadi kerja juga, ada gaji juga,tapi dalam masa yang sama tetap buat seperti yang aku cakap kat atas tu ..

aku tak berniatlah nak menunjukkan yang aku ni hebat sangat ..saja nak mencakna pemikira kita bersama . 

tapi.kannn! aku memang cukup HANGIN ..kalauada suami yang tibeh tibeh..nka kondem isteri itu ini tak kena..ni tak sempurna itu tak betul ..kamon lah ! kalau kau jadi perempuan pun ko boleh ke bat perfect sgt .. mmg boleh buat tapi ko akan penat gile. 

aku taknak amik risiko . aku taknak stress..aku nak enjoy..kalaukonak buat ko buat ..kalau ko nak rehat ..ko rehat .takpayah nakstress kan diri..kalau suami nak tolong alhamdulillah ..kalau dia taknak tolong ..takpe ..ko buat pelan pelan . 

ada org dia nak senang dia beli makanan so dh tak payah pikir nak masak, kemas dapur dan lain lain .. so atas dri kita nak yang macam mana ...ok?

jangan stress !

kita boleh adjust hidupkita .. buat apa dan bagaimana yang kita suka . berhenti bandingkan diri kita dengan diri org lain . badan kita tak sama kuatnya dengan org lain ..ok?

ALBUM SEPANJANG PDPR3.0 2021

SESI MAKAN DURIAN

KERJA SEKOLAH IHSAN

orked tengok video teacher

stress layan kopi dalgona

terabur cereal..kutip..okey?

ihsan baca iqra'

trampolin

solat maghrib berjemaah


kek 1: annyversary 15 tahun

kek 2: sempena throwback 

pulut durian dan musang king 

happy fathers day !

nasi kandaq second time 

semoga Allah SWT terus pelihara kita semua ..amin...





Khamis, 17 Jun 2021

JOHAN SYARAHAN AGAMA NEGERI PERAK 1999

 aku selalu akan dpt idea mencurah curah nak tulis blog bila aku dh terbaring atas katil .sebelum mata betul betul lelap.. masa tu otak aku mengarang ayat macam aku sedang menaip

tapi benda tu macam tu jelah ..tak tertulis mana mana..aku malas nak banun on laptop semata mata nak menaip blog . lagi pun satu rumah dh gelap ..mmg saje bua macm tu nak bagi budak cepat tido..


ada satu malam tu aku mengarang cerita aku masih ingat dalam tingkatan 4 .

aku wakil perak dalam pertandingan syarahn agama .

pertandinga. MQS akhir buat di negeri perlis. Aku pergi dengan trip negri perak . masa ni sekolah menengah rendah campur.. ada peserta tilawah L/P, Hafazan L/P, syarahan Agama L/P..pertandingan bercerita kisah nabi ..L/P..aku tak ingat apsal pergi naik bas bukan ramai sangat peserta nya . termasuk jurulatih lah ..setiap acara ada juru latih dia ..

korang kenal tak Sharifah Khasif? 

masa tahun 1999 ni dia wakil tilawah perempuan . aku kira ada lah boran borak dengan dia ..tapi aku confirm dia tak ingat aku ..masa tu dia asyik puji aku cantik macam arab. masa berlatih waktu malam ..selalu aku tengok dia menangis nangis nak melantunkan bacaan tu .. aku sampai sekarang kurang faham sedap nya taranum tu macam mana ...

kalau lelaki aku dapat rasa. hahah....oklah ..

aku nak cerita sikit . masa aku menang no 1 negeri perak , sebenarnya markah aku near miss je dengan peserta no 2. aku tahu masa latihan pusat bila ada ustaz tu cakap amrkah aku dengan no 2,beza 1@ 2 markah sahaja . pemenang no dua tu anak pengerusi ABIM perak .Dia wakil Sekolah Agama Perempuan Taayah kat Ipoh. Orang nya putih putih tinggi cantik ..hidung terletak .

Aku siap cakap kat ustaz tu ...." kenapa ustaz tak amik je dia wakil perak utk ke perlis? sy tak kisah pun ." sebenarnya aku macam dh tawar hati nak pergi perlis . bila dia cakap aku bukan favorite contestant. lepas tu aku biasa berlatih dengan Kak Da, warden aku . dia latih aku dua tahun 1998 dan 1999. 1998 aku kalah di daerah dpt no 2. tak sempat ke negeri. tahun 1999 aku menang johan negeri . 

lepas tu masa aku johan tu aku bawak teks syarahan yang sama dr peringkat zon, daerah dan negeri . tiba tiba peringkat kebangsaan aku kena hafal 5 teks,malam tu ada cabutan undi dan aku baru tahu apa teks yang aku kena sampaikan esok . malng, teks yang aku tak berapa sedia .

esok masa pertandingan aku taklah excited sgt . Aku dh agak aku kalah . dan mmg betul ..masa aku atas pentas aku terdiam sebab lupa teks. lama juga aku terdiam dlm 10 saat . masak!

ahh lantaklah ..lepas tu aku ikt kak da jalan jaln . kakda datang dengan cikgu Najma . kami ke Lnagkawi ..korang tahu aku pun tak tahu langkawi tu kat mana semua ..org ajak aku ikut je kak da. 

aku tidur kat sek ..tak ingat sekolah apa kat perlis tu . aku sempat jumpa kak lijah aku dia kat Padnag besar.

tak tahu kenapa aku cerita balik benda ni ..

tapi aku cuma nak cakap ..budak budak akan ingat apa yang orang cakap pada dia ..ko jgn ingat dia tak faham . aku boleh ingat banyak benda masa aku kecik .

form four pun aku ingat . 

aku ada gambar kenanagn ..nnt aku upload kemudian . 

oklah nnt aku share lagi apa apa cerita aku ..ok ..bai!

Isnin, 14 Jun 2021

ISU BUAT BODOH BODOH - PROF MUHAYA


KES 1: DR MUHAYA 

sebenarnya aku bukan hard fans dr muhaya . aku akui aku ada dengar banyak tapi aku taklah macam tak komen langsung pasal dr muhaya  ..ada juga beberapa perkara yang macam tak sedap dengar tapi no big deal. 

tapi bila kes ni kecoh ..respons pertama aku macam ni ..spontaneous je aku tulis macam ni ..



tapi kan aku baca sangat ramai orang yang TAK BOLEH terima . 
so dlm hal ni ..kita tak boleh paksaorg faham bagaimana dia faham 
sebab kefahaman sesorang bergantung banyak faktor
mungkin fator, pengalaman, pendidikan , cara di besarkan dan lain lain 

so kalau org fahaman macam bodoh tu kena jadik bodoh lah ..kita tak boleh marah dia begtu ..sebab dh cara dia amik pemahaman begitu bunyiknya .

kita mungkin boleh cuba terangkan aspek "buat bodoh bodoh" yang kita faham tapi kalau dia tak dpt terima kita pun tak yah lah beria nak menerangkan macam dia nak amik paper spm kena faham jugak .no ...no this is yang we called ..persepsi yang berbeda.


ok berbalik pada cerita dr muhaya tu kan . aku pun akui ada statement dia yang agak mengguris hati dan bunyik agak eksyen . terkejut lah jugak dengar , tapi aku pulak jenis .."ok...dengar ..nak terima terima jelah kan ..no big deal ! 

tapi hat ni aku kurang setuju .

bila ada yang menulis mengutuk pasal dr muhaya siap hina dia macam macam ni kira dh berat nanang!

buruk macam mana pun tak yah ko nak tylis nak aib kan dia 

ko rasa idea dia ko tak boleh terima stop!

takyah ko nak labun kencang pasal dia .ko tak kenal pun dia..ko kenal da dr medsoc je ..

langsung tak pernah face to face ..malah tinggal sama dengan dia ..barang kali apa yang kita baca dengar just surface ..bukan secara sekeluruhannya . ok .

jadi pahala tak banyaka jangan tambah dosa. 

so berhentilah tulis pasal personaliti oran tak betul itu ini .stop .kita tak layak nak judge dia apa paa .kalo ko rasa dia tak kena dengan jiwa ko enough! ko rasa ko nak folow ustzah asma haru silakan ..kita chilled chilled sudahlah .

ni tibeh nak blok sapa yang foloww dr muhaya ..adeh! tibehhhh~~~~~

KES 2: BENZ ALI

actually aku tak kenal pun benz ali ni sapa. tup tup keluar isu dia difitnah ! alamak yang paling tak best nya dh masuk kes nak saman menyaman .

dan kalau korang kenal seorang lawyer nama Asiah Abd Jalil .dia dh nyatakan kesudian dia nak bawa lawyer utk kes Benz Ali ni . Masak korang !

pelik aku ..ko dh fitnah org kalau benda tu tak betul ko minta maaf dh lah ..apsal sampai nak naik mahkamah bagai . personally aku rasa pemilik akaun yng tuduh tu, yang salah . masak korang ..naik court nak bayar saman bagai ..aku tak sanggup!

kita bukannya banyakduit sangat . nak main facebook ni nak happy happy ..ni dh siap saman menyaman tu apsal ..adoii! 


korang boleh cari kat FB nama Benz Ali . dia ni penulis . 


oklah ..itu jelah nak share .taknak gado gado boleh tak ?


Selasa, 8 Jun 2021

KOMISYEN NORWEX..TAK BANYAK TAPI ADA!

alhamdulillah komisyen norwex jun dah masuk . 
tak banyak tapi ada rezeki.. alhamdulillah 

siapa berminat nak join as consultant PM sis ..tengah mco ni elok buat keje part time .
senang je . dr rumah je kita buat bisnes norwex ni . 

share video ,iklan , demo bagai poster ke whatapps status tak pun FB status ..lepas tu siapa yang berminat akan PM kita .kalau setuju bayar pada kita sekian harga then kita orderkan melalui sistem . 
kita ada support system yang strong tau ..semua bahan dh ada ..kita amik then share ..takyah nak create poster sendiri bagai . 

sambil tengok tv je kita promot barang ..
ada yang berkenan orderlah takde takpe ..kita tak paksa ... 
atas org lah kan ...
kalau barang elok, customer pasti repeat order.

kekuatan kita pada kualiti barang 
tapi kita ada masalah pada harga yang agak mahal 
tapi kalau org yang percaya pada kualiti , soal duit jadi nombor 2. 

hari ini ramai orang percaya pada kualiti 
cth majoriti cikgu pakai kasut medifeet ..korang tahu sepasang kasut medi feet berapa ...lekeh lekeh RM200 lebih ok..kalau fikir balik boleh dapat 4 pasang kasut bata (tak habis bata ko !) 
 tapi bila bercakap soal kualiti dan keselesaan orang dh tak kisah bab harga ..sebab pulangan yang kita dapat jauh lebih lumayan . 

mana nak? kasut murah tapi sakit kaki ..atau kasut mahal ..kaki dh tak sakit nak panjat tingkat 4 pun steady 
itulah perumpamaannya  

oklah cuti masih berbaki 5 hari .lepas ni kita nak concentrate pdpr, pbd, dan pppppp yang lain . 
bersedia utk dipanggil bertugas bila bila masa..kita kan frontliners..kepada batch spm pro max selamat meneria keputusan spm 10 Jun ini . Harap ada berita gembira utk saya .....





 

bila rasa down

 Stress ..down adalah rasa yang sgt tidak elok utk tubuh badan kita .

kenapa kita stress?

mungkin kerana bebanan tanggungjawab yang kita galas...atau maslaah yang kita hadapi terlalu sulit.

oklah ..aku pernah alami maslah sebegini .

banyak ..

tapi aku ambik contoh satu. 

IYAD SAKIT

perasaan stress muncul ..apa bila kita rasa takut kehilangan anak , kita rasa ..lemah ..rasa tak mampu nak hadapi kesusahan kesusahan yang bakal kita lalui .

percayalah ..ujian ini takkan selesai dalam masa satu malam .

maksudnya ..hari ni ko rasa risau,sedih takut dan esok semua ni hilang ... no ..no ..benda ni akan hilang dek perubahan masa. namun bagaimana nak hadapi nya ?


pertama . 

cadangan aku ..kita berfikir . tentang benda ini bukan pilihan kita .dtg dari Allah SWT dan nak atau tidak aku kena terima ujian ini . aku tak boleh lari . 

dekatkan diri pada Allah SWT mula solat..solat hajat solat taubat solat mohon pertolongan Allah SWT . tak tahu ..macam mana nak selesaikan hanya bergantung pada Allah SWT utk beri jalan keluar. 

selalunya masalah tetap ada .tapi Allah SWT datangkan kemudahan kemudahan yang akhirnya kita rasa ringan dengan ujian tersebut . 

dengan menangis ..meratap..menjerit ..terperuk di dalam bilik tidak akan mengubah apa apa ..kita kena ubah cara kita berfikir . 

start buka ceramah motivasi dr muhaya , ustaz pahrol juoi 

cari balik kekuatan diri yang hilang . jumpa kawan kawan ..pergi makan di restoran kegemaran , berkwn dengan kawan yang baru ..balik kampung jumpa mak ayah ...minta maaf kat mak ayah mohon doa mak ayah . 

berbincang dengan mak ayah bagaimana nak atasi masalah tersebut . 

akur jika kesalahan itu dri diri sendiri ..bukan masanya utk menegakkan benang yang basah . bertaubat mohon keampunan pada Allah SWT atas ujian yang diberikan . 

jika melibatkan org lain seperti pasangan , suami , kawan ..beri masa terlebih dahulu .masa bertenang baru bersemuka utk selesaikan maslah .

jika masalah berkaitan penceraian . 

tak dpt diselamatkan . terima .akur. jika ada jodoh pasti rujuk semula ..

ada hikmah kenapa Allah SWT datang ujian tersebut utk kita .

percaya lah bila kita diuji kita lebih dekat pada Allah SWt ..kita menangis ..merintih ..memohon pertolong ..Allah SWT suka pada hambanya yang meminta minta 

percayalah bukan kita seorang ditimpa masalah ..semua org dalam dunia ada maslah .tapi bagaimana nak menghadapi masalah tersebut .


bukan kata aku hebat..tapi ujian ujian yang kita alami sedikit sebanyak memberikan kita kematangan dala berfikir . dan bertindak , meletakkan Allah SWT matlamat dunia dan akhirat kita . berharap ujian yang berat akan membawa kita ke syurga .

ada orang yang aku jumpa ..asyik masalah je hidupnya 

ada tu yang aku nampak senang lenang je hidupnya mcam tak pernah dilanda masalah..

kita kena tengok secara terbalik.

yang hidup nya nampak susah mungkin di akhirat ia berehat , kerana penat lelahnya menghadapi ujian Allah SWT 

siapa yang ada maslah .ingat ..!

Allah SAHAJA yang boleh membantu kita ..YAKIN pada Allah SWT . 



doakan kebahagiaan kami hingga ke jannah !


Selasa, 1 Jun 2021

Wardrobe dah siap !!

Assalammualaikum semua..
Apa khabar?
hari ni baru ada mood nak type pasal wardrobe baru dan kabinet kitchen ..sebenarnya ok je hasil kerja budak yusof ni ..cuma masalahnya aku rasa dapur dan bilik jadi kecik.. so cadangan aku kalau korang nak renovate apa apa kena check betul betul ..tambah bila ko buat full sampai syiling lagilah rasa kesesakannya ..tapi suami aku kata ok je ..
takde masalah ...cer komen ok ke tak???

tertiba throwback gambar 2015 ..masa ni semua kecik kecik je


inilah wardrobe bilik bawah..mmg pada aku nampak penuh ..makan ruang ..so nnt bilik imran buat separuh dr tu tak payah besar besar sgt ..

ni pulak kabinet dapur yang aku tambah ..lega dappat ubah tempat oven tu..kalau tak asyik kena air cowey je ..alamat rosaklah oven aku 

ni pandangan sisi yang lebih dekat 

biasalah sekarang aku nak share kos pulak .

total hangus dalam RM4550 

kalau bilik aje 2k lebih dapur tu ..hat yang tall unit tu RM850 dan dapur bawah tak silap aku dalam 1.2 k 
lebih kurang lah nanti aku update rege dia ..

tapi total semua memang RM4550 ..aku share dengan husband dia bayar hat lemari aku bayar yang wardrobe ..biaslaah sharing is caring kannn

so net project ????

tara ----------> nak buat tiles porch dan awning ruang balcony . doakanlah ya ...

 

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...