Isnin, 2 Ogos 2021

Kereta dan Aku

Semalam aku teringat kenangan masa aku awal awal bawak kereta dulu . masa tu kat Klang . aku praktikal di High School Klang . mmg terpaksa...aku waktu ni macam tak ingat sangat tau ..tapi apa yang aku ingat macam ni ..

lepas dh suami aku hantar belanja kut ..kira kami cam dh official lah nak kawin ..

so dalam bulan 3 kut aku praktikal tu kira mak mertua aku suh duduk dekat rumah jiran dia ..masa tu kat perumahan kastam kg jawa Klang, aku tumpang duduk rumah Aunty Habsah. Aunty Habsah belum kawin ..walaupun masa tu umur dia lingkungan dalam 50an...so mmg aku segan lah ..aku nikah 040606 ..so sebelum nikah aku duduk kat sana ...

so suami aku kena pergi kerja naik LRT dan aku pakai kelisa kuning dia tu ..ala yang macam kereta mr bean tu ...kelisa limited edition. lawa lah time tu ...

aku mmg tak pandai bawa kereta ..kemudian takut pulak tu ...

aku mengajar sesi petang ...jam 11.30 ke 11 aku dh keluar rumah . so awal awal tu aku mmg tak ingat apa aku makan ..makan malam ke makan tengahri kat rumah aunty habsah tu ...

aku ingat aku penah accident sekali ..bukan accident lebih kepada langgar seorang pakcik india ni ..pastu dia minta duit .time tu aku bagi semua duit dalam purse aku ..dlm 200 kut ..ingat mak mertua aku kata kenapa tak call ayah? ..masa tu belum jadi bapak mertua ..ermm..mmg takut betul bawak kereta..aku kena tutup radio..masukkan gear elok elok .tengok ulang ulang dh masuk gear satu ke belum ..lepas clarj ke sebut dia kelarj ..apatah pelan-pelan ..aku memang sentiasa berpeluh setiap kali aku bawak kereta. nak pergi sekolah susah hati ..nak balik sekolah pun susah hati ..takut nak bawa kereta tau..

apatah lagi kakak sama posting ngan aku suh aku ambik dia satu hari ..aduh ..lagi lah ..aku stress ..aku cuma tahu jalan pergi dan balik sekolah je..balik pun petang dalam 6.30 petang ...sekolah dua sesi kan ..org balik sekolah seronok aku dh masuk kereta start gelabah..

kemudian penah masa kami dh pindah jasin kan ..suami aku ulang alik kl jasin naik bas..dia akan park kereta kat melaka sentral dan naik kereta balik jasin . 

masa ni dh ada dua kereta . dia naik kelisa aku naik myvi ..masa ni pun aku cuma tahu bawa kereta ke sekolah dan balik sekolah ..dan sesekali ke pekan jasin . 

satu malam ..suami aku tertidur dalam bas. jadi bas dr berhenti ke Melaka sentral dh ke Batu berendam . kaat tempat parking bas kut ..so malam tu suami aku call ..suruh aku ambik dia dr batu berendam ..malam masa tu sekitar jam 10 malam ..ko bayangkan aku tak penha bawak kereta ke ayer keroh apatah lagi nak ke melaka sentral ..aku tak tahu jalan dan tak cekap bawak kereta..dengan imran lagi kecik a..macam mana aku nak g amik dia .."aku kata tak boleh aku tak tahu .."mmg stress ..last suami aku jalan jauh ..dr batu berendam dan ke melaka sentral kemudian drive ke jasin ke taman maju ..

mmg susah kalau ko tak pandai bawak kereta.. bersyukurlah sekarang aku dh boleh ke sana ke sini takde masalah..walau pun belum cekap bawak ke luar melaka ..tapi dh berani..kalau orang duduk sebelah aku aku dh boleh drive lah kiranya ..

nak g jusco ke mana mana pun dh ok dh ..lagipun dah biasa jalan jalan kat melaka ni..


ni myvi merah kereta pertama lepas dapat gaji 

kereta ni mak mertua ku suruh beli lepas dapat tunggakan gaji 3 bulan keja..masa tu dapat sekitar 7k aku rasa..terus sambar myvi ..masa ni kita baru kawin tak tahu apa apa ..kan ..harga myvi dalam 43k tahun 2006

pernah accident teruk kereta ni tahun 2008 total lost kut ..insurans cover ..dapat pakai lagi sampai sekarang ..sampai anak empat ...

so nasihat aku :

perempuan kena pandai drive..amiklah lesen kereta ..banyak benda kita boleh buat ..bila pandai bawak kereta,.. tak terlalu mengharap suami bila nak gerak ke mana mana ..kan mudah .,.ok lah itu je ..

take care



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...