Isnin, 24 Jun 2024

Seaview Langkawi 2024

 Alhamdulillah dah sampai hotel seaview.. lama sebenarnya nak duduk hotel ni ..sebelum ni dengar kawan duduk .. so alhamdulillah Allah swt kasik chance duduk sini …cantik betul biliknya..

Tadi sampai airport ..kami ambik grab kami terus ke hotel…

Masuk masuk je bilik wahhh!!! Cantik bilik nya…






Tidur sambil melihat keindahan alam.. apa lagi menarik di sini ? Elok kita survey lagi ok…


Ahad, 23 Jun 2024

Melaka sentral 2024

 Lama betul aku tak naik bas rupanya. 

Bei tiket dah pakai mesin skrg . Takde kaunter jual tiket. Ada boarding cam kat airport..

Ada depature area..kena scan tiket baru boleh masuk.. dan ada tv tunjuk mana nak naik kat platform berpaa ..gate berapa.. tapi still ada chinese man ni jerit jerit sebut nama bas.. baru nampak meriah kut…Temerloh ..temerloh!!



 So bila macam ni ..ada sistem takdelah org terlepas bas.. sebab tak tahu nak naik kat mana semua..nampak bas dh sampai ..bila berlepas ..mana yang delayed dan sebagai nya ..
Tiket flight aku jam 3.50 petang masih banyak masa lagi Insya Allah ..

Aku pernah kena marah sebab naik bas lambat ..takut terlepas boarding …
Oklah semua perjalanan aku baik baik sahaja.


24 Jun 2024

Hari ni orked kesekolah dengan linangan airmata. dia lambat gara gara ihsan tertinggal kasut yakni pakai kasut slipar dan disebabkan itu kami terpaksa berpatah balik utk ambil kasut Ihsan. aku marah pada Ihsan dan suruh dia berjumpa cikgu pengawas Orked utk maklumkan Orked terlambat diaebabkan Ihsna bukan salah Orked. 

Aku ugut dia .kau nak cakap atau ibu yang cakap?
Selepas balik aku singgah homestay utk tukarkna mangga pintu pagar yang baru. hari Khamis ada org lain nak masuk.
Aku akan ke langkawi hari ini . Dan aku tak rasa aku boleh terima mana mana lagi tempahan homestay sebab aku dah kemas siap siap sebelum aku ke langkawi. kalau tak homestay tak berkemas.

Sampai rumah aku order bihun sup. Bihun sup ni resident taman yang buat , harga agak pricey rm10 termausk delivery. Oklah , tapi sayang aku tak boleh habiskan bihun agak keras dan kuah tak panas dia dha siap pek kan , jadi kurang sedap makan benda berkuah tapi tak panas. 



Aku ada masalah juga.. sebab kerap sangat keluar aku dah diberi amaran oleh pengetua dan pengetua bgtau aku tak boleh keluar lagi ..maka selepas ni aku tak boleh join team kerja aku . Aku langsung tak salahkan pengetua …apa yang dia cakap dan marah pada aku tu adalah betul. Mmg dalam hal ni aku yang silap. Tapi aku keluar pun atas kapasiti yang dibenarkan bukan saja sja. Jadi benda ni macam dua bos yang bertembung. Aku ada boss di sekolah dan aku pun ada boss di tempat kursus. 
So selepas ni aku kena freeze tak boleh ke mana - mana lagi. Oklah aku dah nak bersiap utk keluar… nak ke klia. Aku plan amik grab ke melaka sentral dan ambik bas ke KLIA.semoga perjalanan aku di permudahkan Allah SWT. 

 

Jumaat, 21 Jun 2024

Hajj 2025

 Bila kempong pergi haji tahun ni aku macam tersentap! 

Sebelum ni aku tak rasa nak g hj sgt.. dlm fikiran aku…aku masih muda…baru 41. Namun bila aku baca perkongsian kawan aku ni .. meluap luap rasa nak g haji. 

Dan kalau sebelum ni aku nak pergi dengan muasasah je.. tapi kali ni beza. Aku nak pergi guna travel berbayar pulak . Atau yg org sebut PJH , aku pun tak faham sgt . Tapi rata rata pakej haji swasta ni lingkuna 50 k ke atas. Paling beza bila pergi dengan muasasah ..hotelnya jauh dr masjidil haram, tp pakeh swasta dekat sikit dengan masjidil haram.

Kalau nak g haji ikut giliran ..giliran aku pada 2037 usia aku 54 tahun . Lama sgt tu … aku rasa insya Allah aku mampu kalau kena bayar rm 30k utk pergi dengan muasasah . Tapi berbalik pada cerita kawan aku tu , aku termotivasi nak simpan duit dan pergi guna pakej 50 k 

Dalam segi duit simpanan ..insya Allah aku ada simpanan utk hj. Dan aku rasa sampai masa nya aku jual emas yang aku ada utk buat haji. 100 g emas cukup pergi pakej swasta. 

Aku masih belum decide nak pergi yang mana .. MIMM pun ok , andalusia pun ok, tapi pergi dengan agency yang tabung haji senaraikan sahaja .

So matlamat aku yang terbaru…. Ialah nak naik Haji 2025

Aku rasa takut pulak ..kalau tak dapat pergi tahun 2025.. Allah SWT tak sudi jemput aku ke. Ish , jgn fikir macam tu …kena sangka baik pada Allah SWT. 

Dalam keluarga aku kak azua dah pergi haji 2 kali. Satu masa di arab saudi riyadh satu lagi muasasah TH. Abg am dah pergi. doakan aku pulak selepas ni

Khamis, 13 Jun 2024

Ar rahnu mana paling berbaloi?

 Kadangkala mmg aku akan ke ar rahnu bila rasa sayang nak guna wang simpanan utk beli apa apa .. contohnyakan aku pernah dapat lebih kurang 14k untuk aku pergi umrah tahun 2014 . Itu aku buat di agro bank.kemudian aku pernah ke ar rahnu under amanah ikhtiar iaitu Sahabt Ar rahnu utk renovate homestay . Masa ni aku pinjam dalam 10k. Alhamdulillah kurang setahun aku dapat tebus. 

Terkini aku buat sekali lagi utk bayar downpayment HRV..kali ni aku buat dua surat . surat satu rm3500 dan satu lagi surah dalam rm5k so alhamdulillah tadi aku dah tebus 1 surat. Actually aku ada je duit simpanan dalam ASB tapi aku taknak usik . So aku letak barang. Aku pernah gak terpikir nak letak barang lain dan duit yang aku dpt aku keluarkam barang. 




Oklah . Aku mmg nampak emas ni byk bagi manfaat pada aku. Keuntaungan dia naik berlipat kali ganda. Kan aku cerita dulu harga emas 999 20 g masa beli dalam 2k lebih tapi sekarang gelang tu bernilai 6k tengok pada harga emas semasa 

https://www.cbp.com.my/en/form/borang-pembiayaan-ar-rahnu
Itu contoh bank coop pertama .. korang boleh check jugak di ar rahnu yang lain … macam pejabat pos, sahabat ar rahnu, bank islam, bank muamalat , bank rakyat dan lain lain . 

Dr penemuan aku di ChatGPt aku mendapati fakta ini..
Untuk menentukan sama ada upah simpan Bank Islam adalah yang paling rendah, kita perlu membandingkan kadar upah simpan beberapa institusi Ar-Rahnu utama di Malaysia. Berikut adalah perbandingan ringkas kadar upah simpan beberapa institusi tersebut:

Bank Islam
- **Kadar Upah Simpan**: Sekitar 0.65% hingga 0.80% per bulan bergantung kepada nilai marhun [oai_citation:1,Ar-Rahnu – Bank Islam Malaysia Berhad](https://www.bankislam.com/personal-banking/arrahnu/).


- **Kadar Upah Simpan**:
  - RM0.55 setiap RM100 untuk nilai marhun RM100 - RM2,000
  - RM0.65 setiap RM100 untuk nilai marhun RM2,001 - RM5,000
  - RM0.80 setiap RM100 untuk nilai marhun RM5,001 ke atas [oai_citation:2,Ar-Rahnu – Agrobank](https://www.agrobank.com.my/my/product/ar-rahnu/).

YaPEIM
- **Kadar Upah Simpan**: Sekitar RM0.70 per RM100 nilai marhun untuk emas 916 (22K) [oai_citation:3,Calculator – AR RAHNU YaPEIM](https://www.arrahnuyapeim.net/nilai-gadaian-emas).

TEKUN Nasional
- **Kadar Upah Simpan**: RM0.50 setiap RM100 nilai marhun [oai_citation:4,Soalan Lazim AR RAHNU - Portal Rasmi TEKUN Nasional](https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/ar-rahnu-tekun/soalan-lazim-ar-rahnu/).

Kesimpulan
Dari perbandingan ini, jelas bahawa **TEKUN Nasional** menawarkan kadar upah simpan yang paling rendah iaitu RM0.50 setiap RM100 nilai marhun. Seterusnya adalah **Agrobank** untuk nilai marhun RM100 - RM2,000 pada kadar RM0.55 setiap RM100. **Bank Islam** dan **YaPEIM** mengenakan kadar yang lebih tinggi berbanding TEKUN Nasional dan Agrobank untuk nilai marhun yang lebih rendah.

Maka, **TEKUN Nasional** adalah pilihan yang paling menguntungkan dari segi upah simpan jika anda mencari kadar yang paling rendah.

Ini pulak jawapan chat GPT jika aku nak tolak barang utk pinjam rm30 k bagaimana cara aku nak bayar semula. 

Untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM30,000 di Bank Islam dengan pembayaran bulanan RM1,500, kita perlu mempertimbangkan kadar keuntungan (upah simpan) dan bagaimana pembayaran bulanan tersebut membayar pokok serta keuntungan.

Parameter Utama
- **Jumlah Pembiayaan**: RM30,000
- **Kadar Keuntungan Bulanan**: 0.80%
- **Bayaran Bulanan**: RM1,500

Pengiraan Kadar Keuntungan
\[
\text{Keuntungan Bulanan} = RM30,000 \times 0.80\% = RM240
\]

### Pembayaran Bulanan dan Pokok
Setiap bulan, bayaran RM1,500 akan digunakan untuk membayar keuntungan terlebih dahulu, dan selebihnya akan mengurangkan pokok pinjaman.

### Bulan Pertama
- **Keuntungan Bulanan**: RM240
- **Bayaran Pokok**: RM1,500 - RM240 = RM1,260
- **Baki Pokok**: RM30,000 - RM1,260 = RM28,740

### Bulan Kedua
- **Keuntungan Bulanan (berdasarkan baki pokok)**: RM28,740 \times 0.80\% = RM229.92
- **Bayaran Pokok**: RM1,500 - RM229.92 = RM1,270.08
- **Baki Pokok**: RM28,740 - RM1,270.08 = RM27,469.92

### Pengiraan Setiap Bulan
Pengiraan ini akan berterusan setiap bulan di mana kadar keuntungan akan dikira berdasarkan baki pokok yang berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah keuntungan yang perlu dibayar setiap bulan dan meningkatkan jumlah pembayaran pokok.

### Kalkulasi Lengkap
Untuk kalkulasi lengkap, kita boleh gunakan formula anuiti atau program perisian untuk mengira tempoh masa yang tepat. Namun, secara kasar kita boleh anggarkan dengan menghampiri:

1. **Jumlah Keuntungan Setiap Bulan**: Mengurangkan secara linear dari RM240 ke jumlah yang lebih kecil.
2. **Jumlah Bayaran Pokok Setiap Bulan**: Meningkat dari RM1,260 ke lebih besar kerana keuntungan bulanan berkurangan.

So aku nak tanya pandangan korang untung tak kita tolak barang untuk pinjam ar rahnu nak langsaikam hutang rm30k yang mana kita akan dapat lebih rm755 selama sebulan.
Kalau hutang kereta ada  3 tahun tapi kita dapat kurngkan kepada 22 bulan sahaja.



Selasa, 11 Jun 2024

Lexis Port Dickson 2024

Hai semua, selepas cuti sekolah bulan Mei, aku terus sambung kursus di luar Melaka. Kiranya aku tak naik sekolah lepas cuti sekolah tu. Empat hari jugalah aku berada di PD. Pertama kali aku duduk di Lexis PD. Biasa dengar tapi tak pernah duduklah. Rupanya hotel Lexis ni ada tiga. Yang aku duduk ni yang paling biasa. Yang kedua, brand Lexis, sebelah dengan Lexis PD dan yang paling cantik tu nama dia Hibiscus. Yang tu dekat Teluk Kemang kalau tak silap.


Aku pergi ke PD, aku drive saja. Lagipun dekat, dalam sejam sampai. Jarak dia dalam 90 lebih km. Cukup-cukuplah untuk aku nak jamak sebab lebih 81 km, lebih dua marhalah kan? Kalau kita nak jamak, jarak kita tu mesti lebih dua marhalah baru boleh jamak. Kalau tak cukup dua marhalah, kita tak boleh jamak. Okeylah.


Menarik dekat PD ni ya? Okey, pada aku yang menarik view dia. View bilik aku menghadap ke bilik hotel yang terapung tu. Kalau sunset, cantik sangat. Aku ada ambil gambar-gambar, korang  boleh tengok kat bawah tu.

Aku tak  bawa budak-budak, tapi hari tu aku pergi sorang. Budak-budak sekolah tak adalah nak cuti. Diorang kan nak exam. Lagipun, tak elok kalau ajar budak-budak ni boleh suka-suka cuti, suka-suka tak pergi sekolah. Kita kena galakkan budak-budak ni pergi sekolah. Kalau sakit sikit pun, pergi sekolah juga. Jangan rasa sekolah tu tak penting, boleh cuti. 

Aku rasa budaya rasa sekolah ni tak penting selepas COVID. Lepas COVID, kalau ada budak tak pergi sekolah pun tak boleh ambil tindakan. Tak kira ponteng pun sebab masa tu macam start orang takut-takut nak pergi sekolah. Jadi, kalau tak pergi sekolah pun tak apa, tak adalah kena buang sekolah ke apa. Jadi, bila budaya COVID ni buat budak suka-suka hati aje tak payah pergi sekolah, dia jadi macam berlarutan lah. Jadi, budak-budak ni terbiasa. Batuk ke, demam ke, selesema ke, tak nak pergi sekolah. Aku cakap kita tak bolehlah macam tu. Kena pergi sekolah walaupun kita rasa tak sihat, kita kena lawan perasaan tu. 

Macam aku, alhamdulillah, tahun lepas tu aku tak MC sekali pun. Tahun ni pun aku doakan aku sihat dan tak MC, bolehlah aku datang sekolah setiap hari. Oh, ada benda aku nak share. Nanti aku buat post tu satu berita yang menggembirakan dalam hidup aku. Okeylah, kita sambung lagi nanti. Okey, bye.



Breakfast hari akhir

Cantik view ni


Waktu mlm pun cantik


Sunset di Lexis PD





Kisah Aku Di bulan Jun 2024

Alhamdulillah homestay aku juga Telah masuk usia satu tahun bulan enam ini genap satu tahun  homestay Aku beroperasi .

Walaupun masih ada scammers Yang menggunakan gambar homestay aku untuk  mempromosikan homestay mereka-mereka  aku tidak pasti sama ada homestay itu benar-benar wujud ataupun tidak  namun  aku telah menjumpai  beberapa  orang  yang mendakwa mereka telah tertipu dengan homestay-homestay yang menggunakan  gambar homestay aku . Ada di antaranya terletak di Pendang Kedah , Ada juga di Kuala krai Kelantan dan yang terbaru  di Cameron Highlands Pahang .

Mod di mereka Sama . menggunakan Facebook untuk mengiklankan homestay mereka kemudian  deal melalui  WhatsApp  ada seorang tu kena tipu hampir beribu .
Aku tak dapat nak tolong Sebab  Aku tak terima pun duit tu  Aku sendiri pun tak tahu  Ada homestay menggunakan gambar homestay aku maka  Tiada apa yang boleh aku lakukan selain  viral kan hal itu di dalam Facebook homestay aku ?

Kalau korang terjumpa mana-mana homestay tolonglah semak terlebih dahulu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak  Cara nak semak gunakan Google lens dengan memasukkan gambar homestay tersebut semak di Google Maps  Semak juga di Facebook TikTok atau mana-mana sosial  Media ?

Lagi satu tengok kepada nombor akaun Pas-pas pastikan nombor akaun tersebut nombor akaun yang sah  Aku sekarang dah  Download call  Satu aplikasi yang mengenal pasti nombor scammers  Aplikasi ini telah dibina oleh PDRM ?

Jadi kalau lepas ni ada scammer yang call akan keluar Maklumat berkenaan  Pemilik nombor telefon tersebut 

Kalau korang terjumpa mana-mana homestay, tolonglah semak terlebih dahulu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak. Cara nak semak: gunakan Google Lens dengan memasukkan gambar homestay tersebut, semak di Google Maps. Semak juga di Facebook, TikTok atau mana-mana media sosial.

Lagi satu, tengok kepada nombor akaun. Pastikan nombor akaun tersebut nombor akaun yang sah. Aku sekarang dah download satu aplikasi yang mengenal pasti nombor scammers. Aplikasi ini telah dibina oleh PDRM.

Jadi, kalau lepas ni ada scammer yang call, akan keluar maklumat berkenaan pemilik nombor telefon tersebut.

Okeylah, bulan ni aku agak sibuk. Selepas cuti sekolah bulan Mei, aku ada mesyuarat di luar. Aku kena mesyuarat di PD, Kuala Lumpur, dan akan datang ke Langkawi. Luar biasa sibuk aku kali ni. Pengetua pun dah bising. Dia bagitahu aku, aku tak boleh kerap-kerap keluar macam ni sebab kehadiran aku di luar hanya mempengaruhi 5% sahaja untuk LNPT.

So, aku kenalah merancang aktiviti agar tidak menjejaskan profesionalisme keguruan aku. Hari ini aku ke Kuala Lumpur. Perancangan awal aku akan menaiki bas, tapi sejak berita bas accident melibatkan guru-guru SSK Jiram, aku jadi takut. Jadi, aku bercadang untuk naik Grab ke Melaka Central dan menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur. Tapi, entah macam mana aku call Grab tak dapat-dapat. Last-last aku tukar plan memandu sahaja ke Kuala Lumpur. Aku bertolak sekitar 10:30 pagi. Aku singgah ke ZUS Coffee di Ayer Keroh untuk membeli kopi dan nasi lemak. Menyesal aku beli nasi lemak tu. Dah lah mahal, RM12. Nasi lemak santan AirAsia tu lah, tapi sikit saja. Tambahan pula, ia makanan frozen. Kalau aku tahu, aku tak beli nasi lemak kat situ. Itulah kali pertama dan terakhir aku beli nasi lemak di ZUS Coffee.

Aku bawa kereta tak laju mana, slow-slow saja. Aku masuk KL tak jem, tapi area Golden Triangle jem. Tapi aku berjaya sampai ke hotel dalam 1:15 petang. Sebab tak boleh check-in hotel lagi, aku dan kawan aku, Kak Nur Sheila, pergi ke IOI Puchong. Oh, aku lupa nak cerita. Aku dah beli iPad baru. iPad yang baru je launch.

Aku beli iPad Air 11 inci M2. Memang laju lah berbanding MacBook aku. Tadi pergi IOI Puchong aku beli casing untuk iPad. Mahal betullah aksesorinya. Casing yang aku beli ni harganya mencecah RM236 kalau tak silap aku, tapi tak apalah. Kualiti lebih baik daripada casing dekat Shopee. Casing kat Shopee pun mahal, tak silap aku RM50 ke RM70. Aku dah tahu kalau aku beli barang murah kat Shopee, nanti mesti aku nak beli juga yang mahal sebab rasa macam murah tu tak ada kualiti. Kang rosak iPad aku, rugi pula. iPad yang aku beli ni besar storagenya, 128GB saja. Harganya RM2,999, seringgit lagi nak cukup RM3,000. Aku beli pun installment dua tahun, bukan tak ada duit nak beli cash tapi sayang pula nak letak duit secepat tu. Tak apalah. Aku harap-harap iPad ni dapat menambah baik cara pengajaran aku dalam kelas. Tak sabar nak masuk kelas guna iPad mengajar. Aku kan dah beli LCD projector, oh yang tu pun aku tak ceritakan, lupa, sibuk sangat. Aduh.

Tiba-tiba homestay aku ramai pula orang nak masuk. Esok ada orang nak duduk 5 malam. Lepas tu, 27/6/2024 ada lagi orang nak duduk empat malam. Bulan Julai pun dah ada orang nak book. Dan yang terakhir, kawan-kawan satu universiti aku, Asna, nak duduk September masa cuti sekolah. Harga homestay aku murah saja, aku ambil RM250 untuk hujung minggu dan RM230 untuk hari biasa. Okeylah kan? Okeylah, dah banyak sangat benda aku cerita ni. Nanti aku update letak gambar pula. Korang doakanlah aku rajin menulis supaya tak bersawang blog aku ni. Okeylah, jumpa lagi.

 Assalamualaikum.



Selasa, 4 Jun 2024

18th Anniversary

 



EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS..


YOU FAIL as a HUSBAND if you give your PARENTS and your SIBLINGS NEGATIVE INFORMATION against your WIFE.


YOU FAIL as a HUSBAND if you WATCH your PARENTS and SIBLINGS BULLY and ABUSE your WIFE in every LITTLE THING.


YOU FAIL as a HUSBAND if you do not know that you are the CHIEF SECURITY OFFICER to your WIFE.


YOU FAIL as a HUSBAND if you easily tell your WIFE just because both of you have MISUNDERSTANDING that the only thing that is bringing both of you together is the CHILDREN.


YOU FAIL as a HUSBAND, if you FAIL to understand that the only way to show your CHILDREN LOVE is by showing their MOTHER LOVE.


YOU are a SOLID FAILURE as a HUSBAND if you believe LIES against your WIFE and TRUST OUTSIDERS instead of your WIFE. My brother you are playing with DANGER that may CONSUME you.


SIR, if you PUSH that WOMAN around and FRUSTRATE her, even SATAN will TAKE NOTE of what will HAPPEN to you.


Don't DISREGARD the CALMNESS of a GOOD WIFE in your LIFE, because your LIFE may end up in MISERY if you FRUSTRATE a GOOD WOMAN.


Truth is when a WOMAN wants to HURT you, she makes sure it HITS every JOINTS in your BODY. Don't ARGUE with me, that GENDER can PERSEVERE, but they have a PSYCHO PART which when ACTIVATED, even SATAN will feel SORRY for you.


MARRIAGE isn't for every MAN. If you can't LOVE, RESPECT, PROTECT, VALUE, PROVIDE for and stay FAITHFUL to a WOMAN, please remain SINGLE. 


MARRIAGE is for WELL TRAINED MEN. CLASS DISMISSED..


Ctto: My Desired Relationship And Marria

Fb

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...