Jumaat, 17 Jun 2016

DEPARTURE DAY : KUALA LUMPUR - MUSCAT - PARIS 2016


Salam

Ramai yang bertanya macammana aku dan suami bercuti tanpa travel agency ke Paris dan London.
Here we go! bukan nak kata pandai sgt, actually hanya secebis pengalaman. Memang aku yang buat semua bermula dari membooking hotel ,eurostar, atur cara  dan flight (suami buat yang ni !lupa plak..keh..keh..)

Baik seperti yang telah di 'share' sebelum ni, bermula dari sebuah status facebook akhirnya terjadilah percutian honeymoon buat kami berdua kali pertama. Memang seronok merancang percutian ..google cari hotel ..baca blog orang compare price dan lain lain. semua dh ada dalam kepala ..cuma nak implement je..heheh...

Ok straight to the point. 

2hb Jun 2016- KLIA

Kami pergi pada 2hb Jun 2016. Dari Ipoh kami amik bus shuttle ke KLIA dalam RM42 sorang ..direct sampai KLIA dan kami sempat makan sebelum subuh, solat subuh dan check in ....kami masuk awal utk boarding..keadaan masih sedih ..apatah lagi aku masih baru kehilangan ayahanda. 

ada baiknya kita naik bas..satu dapat rehat..kemudian dapat jimat kos parking di KLIA...semua mesti cepat fikir ..apa yang paling berbaloi buat, masa dalam bas ke KLIA kami mmg tido nyenyak..sedar sedar dh sampai KLIA..mmg aku rasa sgt penat...sampai kami terus cari port nak lepak...

ni masa kami makan di Old Town White Coffee..sedap betul sambal sotong dia..kang tak pasal pasal aku ke klia nak makan sambal sotong dia ..gheeee....masa ni aku ralit tulis status facebook siap bengkak bengkak mata nangis....

Flight kami dari klia jam 935 pagi masa nak ke muscat .ada delayed sikit ...jadi kami sampai lewat sikit di airprt Muscat....masa ni dapat duduk berdua dekat tingkap...dapat tengok view ..rasa lama sangat dalam perut kapal terbang..kami mendarat di Muscat pukul 1.00 pm lebih kurang ..dan berkejar jugaklah nak ke terminal naik flight ke Paris pulak....

nasib baik jumpa gambar nasi lemak yang extra delicious ni.....

ni lah Oman Air..part paling best bila pilot  dia baca doa perjalanan sebelum memulakan perjalanan. Rasa lebih selamat Alhamdulillah 

ini lah bagasi kami. suami bawa bag sandang satu dan beh tarik Andalusia ..actually ni stok makanan kami.dan beg laptop ...beg Tuniq tu actually blouse aku..tak payah bawa pun takpe..baju 5 helai dh lebih dr cukup sana tak berpeluh langsung..pakai je baju tu ulang ulang..learn from the past

bye bye Malaysia...see you after 7 days

kalau naik Oman air pilih seafood ..memang sedap ..ada salmon smoke dengan salad dressing ..memang recommended. 

Alhamdulillah nak landing kat Muscat..nampak tu ..padang pasir dan ada laut pulak...
mmg dr atas tak nampak hijau....tanah je

muscat international airport``tidak secanggih our KLIA


masuk je flight terus nampak kat screen gambar Paris tak sangka nak ke Paris dah....dari Muscat jam 2 petang lebih dan kami sampai CDG airport dalam pukul 7 malam lebih..

snack...

chicken and rice 

meat and potatoes

Paris, aku menemui mu

bila dah sampai CDG Airport..kami amik bagasi dan terus jalan carik Terminal 2 RER B, yang akan bawa kami ke Kota Paris...kos tiket train dalam 10 Euro sorang bersamaan RM50. lebih kurang 20 minit ke 30 minit kami sampai Paris. NORD...kami beli ticket utk jalan sekitar Paris dua hari berharga 18.25 Euro jadik hari ppertama sampai Paris kami tak berjalan ke mana mana .direct ke hotel dan berehat. tak sempat pun nak makan malam terlalu penat...

dalam train nak ke Paris dari airport dalam 10 euro seorang untuk ke Gare Du Nord Paris. 

kalau mendarat di CDG Airport kita berada di terminal 2 ..paling hujung ....dan kita akn menuju ke Paris ( station Gare Du Nord -NORD)

masa nak ke hotel the palace tu..kami sesat ..kami tak tahu nak cari lorong dia..dalam 1 jam jugak kami berjalan ..tanya orang local pun masih tak jumpa..kami masuk Mc D utk dptkan line internet nak tgk guna google maps...macam dh nak putus asa jugak..mmg kedudukan hotel agak jauh dr gare du nord ...sebab kalau naik train actually ada dua stop baru sampai hotel kami...

akhirnya 8.30 malam waktu paris kami sampai hotel..masa jalan jalan nak carik hotel ..kami jumpa banyak restoran makanan halal...majoriti kedai makanan arab..termasuklah kedai ayam goreng..so tak susahlah nak makan di paris rupanya..nak makan magi pulak air panas takde,,kena minta kat receptionist. kami duduk tingkat 4 dan takde lift..hazabnya nak naik ...hihii

ok..bersambung hari kedua ...

PARIS 2016 : PART 1
xoxo...

Selasa, 7 Jun 2016

Last Day in Paris

Mesin kopi..jgn risau insya Allah halal...for vegetarian. 

Aku pilih cappucino latte  ...
Balik dr La Fayyette mmg aku cam lapar sgt  ..dan terus nak ngam...mmg tak makan apa ..cuma minum coffee machine.
Picnic dari dalam bilik...see..cantikkan ....

Masa ni hafidz takde..g ambik jam yg tertinggal kat hotel the Palace. 

ni lah kebab yg delicious bangat tu...banyak tu € 5 ...kenyang makan sorang..😊😊

*****************
Aku bangun pagi pukul 4 lebih waktu Paris. Masih gelap...hari ini kami akan ke Notrr Dame dan La Fayyette. Pelik aku..apa ke halnya bulan bulan posa lawat gereja. Hurrmmm....tengok jelah. 

Masa ke Notre Dame boleh masuk percuma. Hafidz masuk ...aku asal xnak masuk tp sebab aku tkut dia lama2 baik aku masuk. Hemm...menakutkan dh lah gelap ..mmg gereja level besar ni..takut aku ..cept2 ajak dia keluat ..dia nak masuk jugak.Aduii....! 


Tengok tu ..scary x ..macam macam jenis patung ada..adoii...dalam tu lagi lah ..kejap gambar perempuan..gambar pegang baby dan lain lain ..tak gamak aku tgk ..rasa cam ape je..

Habis di situ aku ke La Fayyette. Masa kami sampai belum buka lagi.jadi mmg tak ramai org. Mmg niat aku nak beli hanbag Longchamp jadi aku ambiklah satu  dan satu jam tgn fossil. Oklah..then kami buat redeem tax. Mmg takde niat aku nak borong sakan ..aku beli apa yg aku nak je... 

gambar di dalam mΓ¨tro .M for Metro. Hari kedua dan ketiga dan faham sikit pergerakkan nya. 

tu dia ..buka kul 930 pagi..seb baik kami tunggu kejap je..

ni lah la Fayyette..punya excited ..sampak tak amik gambar satu ni je gambar kenangan.


Isnin, 6 Jun 2016

Berjaya Eden Hotel, queensway , London; sebuah review jujur.

Kami check in hotel Berjaya Eden Queensway di London .Here the review ...😘😘😘


english classic.

Cantik kan..

Restoran yg attach ngn hotel ...rasa Malaysia.
Alhamdulillah 4hb kami sampai di London. Kami sampai di station St Pancras amik tube terus ke Queensway. Tukar dua tube.

Jalan sikit kami terus sampai hotel.Naseb mudah nak carik...tak sesusah nak carik the Palace hotel kat Paris..sesat larat. Dan frust rasanya.

Actually hotel ni cam ada kena mengena je ngn berjaya times square..πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘aku agaklah...( mmg pun under berjaya hotel)

Sebelah hotel ni..kira nya boleh tembus dr dlm Restoran Rasa Malaysia. Nampak mewah..tp kami tak makan kat sini pun..kami makan kat Canteen Malaysia Hall ..mmg sedap...sama macam nasi campur kt Malaysia...ada sirap percuma lagi.πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™

Jom lihat gambar sekitar hotel ini. Opps..lupa! Kami dpt harga nya dalam £134 menyamai rm 790 waktu tu untuk dua malam. Hmmmm.kita not bad lah!
Kat malaysia pun hotel mahalkan ..apatah lagi london.hihi..

Ok sambung sikit..pengangkutan dr hotel ni sgt mudah ..bas boleh turun depan hotel je..tp kena kenal bas nombor berapa..hihi ni ada susah sikit..πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Nak senang naik tube Queensway...atau tube Bayswater...sebelah sebelah je..tp sumpah! dua dua dekat

Bayswater road banyak sgt kedai makanan halal..termasuk Tuk Tuk...dan Noddle Odle..sedih tak sempat makan kat sini...sob!sob!....cuba buka web Noddles Odle tu ada cop halal pastu ada menu dia nak makan atau take away.

Depan dia ada kedai souvenirs murah £10,  22 pieces fm. Hurmm.oklah...

Area sini banyak kedai arab ..dan ada Pappa Roti.πŸ˜—πŸ˜—πŸ˜—

Ok dh terlajak citer...nah gambar hotel.

rupa hotelnya ....best !superb!

Selfie sikit depan hotel...

Pandangan arah kanan hotel

Pandangan hadapan hotel 

bilik dia...dua katil single...


Ada kettle..coffee..tv ..selesa lah

Bathroom ..

Posing sebelum jalan2

Bunga bunga sekitar hotel...mmg cantik...walaupun summer tp sejuk macam di Cameron tp sejuk lagi..πŸ˜₯πŸ˜₯

 Malaysia Hall tutup...

Jumpa ikan keli sambal kat london.

nasi yg sedap..sambal belacan 50 pence..darab nam 3 hingit malaysia..hai! Ko hadoπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Rakyat Malaysia yg baik hati macammana nak jalan2 di London.


sepanjang jalan hati pun berbunga bunga 

licin...πŸ˜…πŸ˜…

ada sedikit tips..kita selalu booking hotel awal kan ..tp ada kalanya kita booking esok nak check in boleh dapat murah. sebenarnya kami dah book hotel Holiday Inn Excel di area yg agak jauh dari bandar London dengan tujuan nak murah kan .Tapi saat akhir hotel tersebut telah dibatalkan. Maka masa kami berada di Paris lagi dua hari nak ke London baru kami book. lega dapat tengah bandar dah harga lebih murah RM100 dari hotel sebelumnya. Apapun rezeki juga. 

mmg difikirkan duduk hostel murah tapi bila pergi suami isteri mesti kita nak privacy kan ..so ! mmg plan nak duduk dorm dilupakan. 



Hotel Mercury paris Terminus Nord dan Kedai Kebab Review

Bukan nak cakap tapi mmg hakikat ..hotel sgt penting..kena selesa murah dan location. It very important. 

Kita mmg lah nak jimat .tp kalau jauh dgn pusat bandar tambah kos jugak ..sebab extra di pengangkutan .di tambah dengan masa yang dh tak berapa ada. 
Everything kena rushed. 

Ok kali kedua dtg paris selepas ke London ..kami inap di Terminus Nord. Harga agak mahal ..dalam rm450 tp location mmg πŸ‘πŸ‘πŸ‘hakaks kasik 5 bintang. Superb! Keluar pintu hotel terus jumpa Gare du nord. Dan sebelahnya kedai makan halal kebab the best..

Gare du nord kira "main " central utk ke semua destinasi. Nak ke airport atau nak ke london thru eurostar




Lagi satu..mmg penting ..sebelah Terminus Nord ni ada kedai kebab muslim,mmg sedap...
Malam tadi kami makan satu pinggan share berdua ...mmg jimat lah ..€10 sepinggan. Besar portion dia. Air kopi...coffe with milk.okay lah ...jom kita tengok gambar...😍😍

penuh ni €10 ..oklah ..kan...

mmg sedap ..esok nak repeat nasik je ngn daging lamb dia ..mmg awesome!

coffee with milk..kena minta extra sucre...gula da😝

makan sambil menikmati permandangan Gare Du Nord waktu malam...

menu..ada jeruk arab....pickles masam tapi ranggups
.
roti cheese kot

so..ini kedai dia....keluar terus nampak kedai ni..tp kalau salah keluar pintu tak dpt eden nak tolong..😜😜

piza tuna €8 ..banyak ni ..makan berdua pun kenyang ...jangan bazir ..kat obersea ..makan ke berhikmah.

ni first time kedai ni.


aku order crepe nutella with banana..sedap jugak.

So kesimpulannya ...pilih lah hotel yg di centre ..senang nak pergi mana mana location..mahal sikit takpe...

Okay
~salam~




Sabtu, 4 Jun 2016

Paris & Abah.

" Abang , batalkan tiket ke Paris. " 

With no doubt. Aku tak kira biar burn berapa ribu aku akan tetap di sisi abah hingga dia memghembuskan nafasnya yg terakhir. 

"Abang dh kensel semua. Tp still tunggu confirmation dr Oman Air samada dpt refund atau tak..." 

11.20am abah meninggal. Pukul 3 lebih jenazah siap di kafankan. Selepas asar abah di solatkan oleh lebih 3 saf jamaah di Masjid Ubudiah. Masjid abah. Tempat yg abah paling senangi. 

5.00 petang lebih abah selamat di kebumikan .Bacaan talkin bergema dan 6.30 petang semua urusan selesai. 

Hafidz tanya ..." nak pergi ?
"Oman belum response ..." 
"Budak budak ok? "
 " Insya Allah ok. " 

Diam. 

Aku menung. Aku telah tunaikan segala tangunggjawab sebagai seorg anak. Dan aku takkan lupa segala amanat abah. 

" Abah ..izin kan awak ke London..."

9.30 malam. " jom balik Ipoh tengok anak anak" 

1.00 pagi bertolak dari Aman Jaya ke KLIA RM 42 seorang. 

430 pagi sampai KLIA. 
530 pagi breakfast di Old Town 
600 solat sunat solat subuh dan solat musafir.
630 pagi ...menangis rindukan Abah. 
730 check in 
830 pagi masuk boarding

Telepon mak. 
" mak...mak ingat tak plan awak nak ke London?..
" semalam awak dh batalkan tapi tak dpt duit balik..." 

"Mak ..awak pergi London ya...?" 

" Mak redha ya..."  "Alhamdulillah ..Mak izinkan.  

Dan kini aku berada di dalam perut kapal terbang utk ke Paris. 

Perjalanan yg paling sempoi. 
Hampir tiada baju sejuk. Hanya pinjam sweater mama. 

Perasaan sayu ..sedih..gembira ..syukur. 

Allah SWT makbulkan doa aku. 

1. Aku ingin mengadap abah menghembuskan nafas terakhir.
2. Aku akan ke London dan Paris.

Aturan Allah.
Abah meninggal dunia.
Pelihara lah anak anakku ya Allah. 
Semoga selamat dan sihat di sisi atok dan opahnya. 

beg kami ke LONDON

Mata bengkak

Oman Air


Rabu, 1 Jun 2016

Kehilangan insan tersayang

AKHIRNYA ENGKAU PERGU JUA...


Hilanglah sudah kesakitan 

Tanggal 1 Jun 2016 ..akhirnya abh pergi jua. Selepas bertarung menghadapi penyakitnya .kami tahu abah sakit .dan kami tahu sakit yg abah tanggung tidak lagi tertanggung olehnya.

Kronologi sakit abah ..awalnya nampak biasa. Abah rosak pada satu buah pinggang tp satu lagi masih berfungsi dengan baik. Abah ada kanser prostat yg agak serius namun agak terkawal.

Kesakitan abah bermula bila prostat membesar dan abah sukar kencing. Awalnya berlaku dlm 3 bulan sekali. Namun selepas balik umrah berlaku dengan lebih kerap  dan semakin skit. Kemuncaknya balik umrah abh dimasukkan di hospital kuala kangsar dan akhirnya di hantar ke hospital besar ipoh..masa ini tindakan flushing dpt membantu abah. Apabila flushing dilakukan air kencing dpt keluar dn abah tidak sakit.

Namun lama kelamaan membengkak dan terus membesar. Sehingga ketumbuhan terjadi di dalam pundi kencing abah.

Kemuncaknya abah sukar kencing..hampir tiada setitis air kencing yg keluar. Sehingga doctor terpaksa buat supro. Lubang di bawah pusat yg direct ke bladder utk keluarkan air kencing.

Kesakitan yg amat sgt menyebabkan abah hilang selera makan ..hampir tidak makan dan minum.jadual ubt abah juga terganggu. Bermula lah kesusahan abah ..yg amat azab kami rasakan ...

Kali terakhir sebelum abah pergi abah admit di hospital ipoh 21hb Mei..selama seminggu pertama dilakukan irrigation. Namun abah tak boleh kencing. Scan menunjukkan ketumbuhan abah semakin membesar sehingga 9cm x 10cm. Semasa ini abah mula di support palitatif team. Utk membantu abah menghadapi kesakitan tersebut.

Ada dua tiub bantu abah keluarkan air kencing iaitu tiub di zakar dan tiub di bawah pusat . Ada masa air kencing mahu keluar. Ada masa tidak mahu. Dan abah akan mengerang kesakitan . Semasa kesakitan tekanan darah abah boleh mencecah sehingga dua ratus

Perut abah mengeras. Buah zakar abah juga mula membesar kerana lebihan air. Tiada apa dpt dilakukan utk mengeluarkan air kencing dan lain lain. Abah bagai putus asa atas kesakitan dan usaha yg padanya sia.sia.

Abah mula muntah.mula2 abah muntah berwarna hijau. Akhir menjadi hitam. Hinggalah suatu hari iaiitu Isnin 30hb ..abah muntah hitam melonjak keluar dr perutnya. Terus Abah ditolak ke emergency utk buat scope tp sayang ketumbuhan abah menghalang proses ini dilakukan .

Setelah keluar OT keadaan abah makin teruk .akhir sekali selepas muntah dan ada sisa masuk ke paru paru abah mula sesak nafas dan terpaksa bernafas dengn oksigen. Abah melawan. Doctor sudah menjangka  masa abah kian hampir. Setelah diambil kira semua aspek doctor mengizinkan abah pulang ke rumah .

Di pagi yang penuh kepiluan 


Selasa, dalam 630petang abah balik ke rumah selepas 2 minggu...abah pulang dalam keadaan abah bernafas melalui mulut dan tercungap2. Bacaan oksigen hanya 85%.

Masih ingat ketika abah dibawa balik .azua bertanya " Abah..abah nak balik rumah.." abah angguk lemah. Aku takkan lupa detik ini. Ibaratnya abah berkata..bantulah abah..bawalah abah keluar hospital. Abah taknak mati di sini.

" ok..kita balik ya abah..."

Abah sedih. Kami akan bawa balik abah. Tp bukan dlm keadaan abah sihat. Tapi dlm keadaan abah tenat . Abah perlukan intubate. Malangnya machine ini tiada . Dan kalau nak kita perlu begging abah sendiri .

Sampai di rumah , pada selasa malam abah diletakkan mengadap ke arah kiblat...abh dibersihkan ..dan dibiarkan tenang..sambil itu kami bergilir gilir menyebut kalimah Allah di telinga abah .hampir setiap saat. Lidah abah turut berzikir. Bayangkan ..dalam keadaan tersangat sakit dan abah tidak lagi mampu menyuarakan kesakitannya ..cuma apa yg kami dpt bantu ialah memberi abah ubat tahan sakit. Terutama bila abah mula menggerakkan kakinya.

Anak anak dan cucu cucu abah tidak putus putus membacakan abah yaasin. Tanpa berhenti. Abah tidak tidur .terus terusan menanggung kesakitannya.

Org lain bergilir tidur namun abah terus sakit. Aku tidak mampu lg melihat kesakitan yg abah tanggung..pukul 3 lebih aku buat solat hajat agar sakaratul maut abah dipermudahkan. Baru aku sedar abah menghadapi sakaratul mautnya dalam tempoh yg pjg...dan lama. Allahu Rabbi...

Pukul 4 pagi lebih abah mengadu lemas. Kami berikan abah oksigen. Nafas abah kian lemah. Masih segar dlm ingatan aku abah begitu payah menarik nafas dan melepaskannya.....

Aku bagai tak tertahan ..sehingga aku berkata " Ya Allah ambiklah nyawa nya jika itu boleh melepaskan abah dr segala siksa dan kesusahan yg ditanggungnya. Bantulah ya Allah  ..kasihanilah abah...ampunkannlah dosa dosanya  ...

Aku masih ingat aku bacakan abah yaasin dlm pukul 10 pagi .....abah masih bernafas  tp dlm pukul 1120 akhirnya abah meninggalkan kami. Tiada air mata yg menitis  ..hanya ucapan syukur kerana penderitaan yg abah tanggung telah berakhir. Syukur ya Allah . Dan kami nampak ketenangan pada wajah abah selepas itu .berakhir sudah derita abah...abah sabar..abah redha. Dan Allah kurniakan husnul khatimah buat abah. Abah pergi dan rupa abah tidak seperti mayat ttapi seperti og yg masih hidup. Abah dilihat tersenyum.terutama ketika abah hendak dimandikan dan selamat dikafankan. Abah dipakaikan jubah dan kopiah ..persis rupa abah selalu bila hendak ke masjid. Terima kasih ya Allah .Engkau kasihilah abah . Peliharalah abah. Tempat kan abah bersama org org yang beriman ....Aamin.

Berakhirnya kesusahan yg abah tanggung.
Ampunkan abah ya Allah.
Ampunkan dosa dosa Abah ya Allah..
Ampunkan dosa dosa Abah ya Allah.
Rabb firli...

Tenang lah abah
Dan berehatlah utk selama lamanya.

Berbahagialah abah ..di sisi Penciptanya  

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...