JANGAN BERGURAU!
Khamis, 20 Mei 2021
TOWEL STRIPE NORWEX PERCUMA
Rabu, 19 Mei 2021
DOKTOR AHMAD SAIFUDDIN
Aku mmg check dengan Dr Ahmad sejak mengandungkan Orked.
Best jumpa dr Ahmad.
Selalunya akan lebih selesa dan happy . lama dh tak jumpa dr Ahmad ni sejak 2015 lepas bersalinkan orked.
ok ..
selepas jumpa doktor di One medic Jasin, kami decide nak jumpa DR Ahmad di Mahkota Hospital,
Appointment hari Selasa.
Alhamdulillah bila scan dengan doktor still nampak baby tersebut dan ..yang pelik bin ajaib nya ..masih ada degupan jantung.. dan aku nampak baby tersebut mmg sgt jelas...serius ..suami pun nampak ..happy nya ami nampak baby masih ada dan nampak sgt sihat. bersyukur pada Allah ..
tapi aku risau sebab stil ada darah kaler coklat.
Dr Ahmad kata dia tak bagi ubat kuatkan rahim dia cuma bagi ubat acid folic. aku pun setuju dengan pandangan doktor.
balik dr jumpa Dr Ahmad darah still keluar,.
dan esoknya Rabu , darah keluar macam darah period turun dan aku mula rasa sakit kat ari ari. aku gagahkan juga masak kari ayam utk budakbudak makan .
lepas tu sakit makin kuat dan darah makin banyak .dalam jam 5 petang suami ajak jumpa doktor. Kami pilih doktor Rahimah bukit katil sebab tu yg paling dekat . kalau mahkota hospital mesti dah tutup.
seperti yg di jangka mmg degupan jantung takde dan baby tak membesar.aku bgtau semalam pergi jumpa Dr Ahmad still ada heart beat. Dr Rahimah berpandangan aku akan gugur.
dia advice dalamdua minggu dia akan keluar dan dr rahimah kata kalau ada bau yang tak elok, demam direct ke hospital jgn tunggu dua minggu ...
dalam perjalanan balik sakit kat ari ari..
kemudian aku kat rumah rasa macam nak bersalin ..aku pegang suami cakap ni rasa betul betul nak bersalin ni ...kalau 1-10 skala sakit pada 6/5 ...mmg sakit ....aku masuk bilik air darah beku keluar ..tak besar ...aku bangun dari tandas duduk ..gulp...berluncur ketulan daging keluar . agak besar dalam 6 cm suami aku amik dan pegang. tak nampak macam baby.. sebab dia dalam tu agaknya .. aku tak berani nak potong.. tai ketulan daging tu agak besar bukan secebis.. seperti daging yang dikunyah...
patutlah sakit sangat..
lepas dah jatuh tu..keluar lagi darah pekat darah beku ...aku rasa lega sangat ..terus aman..hilang segala rasa sakit ..alhamdulillah ....rasa seronok sgt hilang rasa sakit pada ari ari tu ...
sekarang benda yang keluar tu kami dah letak dalam frezer. tak pasti sama ada nak jumpa dr Rahimah semula atau terus jumpa Dr Ahmad.
bayangkan Selasa jumpa Dr Ahmad ada heart beat,esoknya Rabu gugur.
Aku pun keliru. Cuma aku harap lepas ni kalau ada rezeki mengandung biarlah jgn macam ni ...5 kali jumpa doktor ...sebab nak tau baby ada atau tak . mengandung kali ni pun pelik langsung tak muntah . takde alah ...
benda benda macam ni bukan kawalan kita . semua nya berlaku dengan izin Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT jua lah kita memohon pertolongan . Semoga takde cebisan lagi yang tinggal dan aku tak perlu buat DNC ..semua nya baikbaik sahaja .
sekarang nak share kos:
28/4/ 2021 jumpa dr rahimah first time:scan .acid folic rm60
14/5/2021 jumpa dr one medic: 35
18/5/2021 jumpa dr pakar Ahmad Saifuddin 109 scan dan folic acid
19/5/2021 dr rahimah : scan advice rm50 balik tu gugur sebelum maghrib.
*** aku cadang korang ada masalah direct jumpa pakar .kalau melaka tak mahal sgt consultation fee tengok jumpa dr Ahmad baru 109 ..dpat advise orng yang berkemahiran dalam bidang tersebut . bukan kata dr yg lain tak bagus. Tapi dr lain mungkin kepakarannya pada kesihatan umum. DR RAHIMAH ONE OF MY BEST DOCTOR NI PUN BEST ..sentiasa beri nasihat bagi kata kata positf dan memberi kita dorongan yang baik.
Allah Maha Baik .
Ahad, 16 Mei 2021
HAH...puas hati ..! dah lama dh tunggu nak beli kuali yatie kitchen ni ...love sgt tengok dia masak pakai kuali ni bestt..rasa macam tak melekat langsung!
nak masak portion besar besar mmg ok sgtt ..sebelum ni nak beli shogun ..tapi rasa ni lagi ok ...stainless steel dan non stick.
harga rm499 bfr less rm549...tazabarrr!!
NORWEX READY STOCK MELAKA STILL AVAILABLE
Sabtu, 15 Mei 2021
misscarriage
aku sepatutnya period sekitar 21 atau 20hb setiap bulan ..agak tetap setiap bulan . dan aku dtg period pun setiap bulan tak pernah miss.
bualn Mac 21 hb
tertiba bulan April 16 hb ada keluar coklat ..keluar coklat tak tak turun turun darah ..aku pun konfius kita ni dah lah nak puasa tapi macam ni pulak ...
aku minum air nenas lah ..apalah nak kasik darah turun cepat dan boleh mandi wajib .
entah macam mana terfikir nak cuba pregnancy test .
so pagi tu aku buat test tertiba dua line.
terang pulak tu line di ..takde kabur kabur ..mmg jelas dan nyata .
aku diam lagi ...tapi 28/4/2021 aku pergi scan kat dr rahimah klinik Amal bukt katil nak tengok betul ke ada janin atau tak .
pergi doc scan nampak kantung tapi saiz kecik lagi ..doktor kata mmg lima minggu macam tu tak nampak
kemudian dr perasan aku ada csyt dalam 3cm . doktor kata tak apa ..nnt dia akn disolve sendiri.
aku lega tapi dalam masa yang sama rasa risau sebab ada cyst pulak .
tapi yang aku paling musykil ..aku langsung takde simptom mengandung ..takde alah langsung, tak muntah langsung, breast pun tak rasa berdenyut ..aku bgtau suami ..ni bukan kebiasaan aku mengandung ..kalau aku mengandung aku takkan macam ni ..
aku rasa sgt tak sedap hati...
14/5/2021 jumaat Raya kedua aku ada keluar sikit coklat .
aku bgtau suami jomlah scan ..ikut kan ni dah 7 minggu .
boleh dengar degupan jantung ..kalau baby ada .
so aku decide ke klinik one mdic jasin , klinik amal dan klinik wahida tutup.
mmg nervous. darah aku pun naik jadik 131 sebelum ni tak pernah macam tu .
aku rasa takut. mmg takut.
Dr Ho scan aku . mmg nampak saiz sgt kecik, baby tak membesar ikut ukuran 5 minggu 4 hari sedangkan aku dah nak masuk 8 minggu. dia cuba dengar heart beat ..takde.
so mmg aku dh agak .
suami ada frust . ya aku tahu dia nak anak lagi . tapi benda ni bukn bawah kawalan kita .
aku pun kalau boleh nak anak. Anak yang sihat , kandungan yang sihat . tp bila keadaan macam ni aku pun susah hati .
dah masuk ni kali ketiga macam nak dpt baby tapi bilan scan tak lama darah turun as darah period. aku pun tak pasti kenapa baby tak jadi .
aku sekarang menunggu saat darah turun dan ketulan darah jatuh .tapi belum lagi .kalua dalam dua minggu takde apa apa..aku kena buat d&c bersihkan rahim .
perkara macam ni yang buat kami org perempuan takut , cemas dan gelisah .
hanya org perempuan je tahu . org yng pertama kali mengandung excitednya lain . aku yang dh masuk 38 ni dah lalui banyak benda dan pengalaman jadi kita punya perasaan pun berbeza. dulu masa umur 23 mengandung so energytic semnagat je ..berani je redah semuaa sanggup ..takd ebenda yang takut ..posotove je . ni bila dah masuk 40 risau . semua risau ..fikir macam macam ...
kalau betul mengandung biarlah sihat dan selamat sehingga melahirkan .
tengoklah lepas dah turun darah ni dah jumpa balik Dr Saifuddin kat mahkota Hospital kemudian nak check dan plab betul betul nak mengandung . kena bersedia fizikal dan mental .
aku tahu perubahan fizikal badan kalau mengandung macam mana ..aku dh mengandung hampir 5 kali tahu macam mana keadaan bila mengandung.
oklah
mohon sahabat semua doakan aku ..selamat turun darah ni dan tak perlu buat D&C. atau apaa apa yang tak sepatutnya . doakan aku sihat wal afiat .
***balik tu aku goreng pisang nak bagi jiran jiran . aku puasa enam hari pertama masa ni .aku tak taulah puasa aku tu sah atau tak
***aku baca dr zubaidi kata bawah 10 minngu darah kelar tu dikira haid. kalau atas 10 minggu dikira nifas, sebab fizikal bayi dah terbentuk.
****murah je scan dekat doktor kat One medic jasin dalam RM35 hari tu aku scan kat Kilinik Amal bukit Katil Rm60 scan dan amik acid folik .
semua yang berlaku dengan izin Allah SWT dan pasti ada hikmahnya . sebagai hamba Allah SWT hendaklah sentiasa reda dengan ujian yang Allah SWT turunkan kepada kita .
Jumaat, 14 Mei 2021
rezeki rumah yang baik
Alhamdulillah
boleh aku katakan ini adalah perumahan yang terbaik pernah aku diami .
gambar ni Zaim yang share dalam cvr muslim united group
kami bersolat hari raya di atas court basket ball.
aku suka tengok suasana macam ni ..rasa sungguh bahagia .
di kelilingi org org yang hebat yang mencintai Allah SWT
persahabatan yang terjalin kerana mengaharapkan keredaan Allah SWT .
satu hubungan rasa yang sungguh istimewa antara kami jiran jiran cvr ..atau Country Villa Resort.
mungkin rumah di sini tidak mewah hanya rumah teres dua tingkat
tapi persekitaran atau bi'ah yang tak mampu anda miliki di mana mana
utk lebih mengembirakan jiran jiran kami suka bersedekah juadah makanan.
apa kemudahan yang ada di taman kami ;
- court badminton, basket ball, futsal, trek jogging dan yang paling terbaru adalah surau At TAqwa ..insya Allah pembinaannya akan bermula pada minggu hadapan 27hb Mei 2021 dan dijangka siap dalam tempoh 19 minggu .
korang doakan ya agar surau kami berjaya di bina .
sumber gambar : Zaim Zinn Jiran sama CVR merangkap org kuat Yaminika Love.
Resepi Sambal Goreng Jawa
ni version mak aku masak .
menu wajib kalau raya ..tapi kalau korang suka boleh letak tauhu kering, hati tu ganti dengan daging..ada jugak yang suka letak kacang buncis.
terletak pada selera masing masing.
tapi resepi basic macam tulah ..
ni menu raya aku masak hari tu. seronok jugak dpt jamu suami dan anak anak makan nasi impit, lodeh , dan rendang daging sebelum diorg pergi sembahyang raya.
balik tu aku sambung balik masak sambal tumis udang . sedap tau makan sambal tumis udang dengan lodeh ..mmg mabeles..
oklah ..korang masak apa utk raya .
aku kan konfius jugak kalau ada org malas nak masak musim raya ni kan ..
sebab family kita nak makan menu menu raya ni masa time rayalah kan ..
so aku failed lagi masak rendang daging ..pada aku rasa rendang daging aku so so sajelah ..hahah..lodeh aku guna resepi azie kitchen .
lepas tu malam tu aku sempat bagi sedekah rendang daging dan sambal goreng utk jiran jiran ...
ok di sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN .
Ahad, 9 Mei 2021
CARA PASANG STACKING ELECTROLUX WASHER DAN DRYER.
![]() |
| ni lah keadaan nya ..atas bawah ..stacking tu nak elakkan dryer jatuh ke depan bila washer berpusing . |
![]() |
| ni no contact |
tq zubir pasangkan stacking umah akak ..
harga stacking RM140 harga upah RM70
pengalaman beli no plat sendiri
Kalau korang nak bel no plat dah boleh beli sendiri kat web mysikap.
aku tadi baru beli no plat AMA dengan harga rm310
rm300 harga no
rm10 harga khidmat tender.
tadi aku bayara saman sekali RM100
bila aku check rupanya aku ada 7 saman kereta ALA aku dengan BJJ. aku dh agak dh yang BJJ ni suami aku yang bawak ..semua speed trap sebab bawak laju . adoiii
ALA aku ada satu lagi saman.
tadi habis jugak lah 410 sekadar beli no plat dan bayar saman ! ceh!. adoi ...
https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
yang lecehnya kena daftar bagai ..lepas tu nak create password baru bukan main payah kena masukkan huruf besar huruf kecik nombor dan aksara @#$%& pening aku ..
tapi lepas tu senang je nak beli no plate bayar pun pakai maybank2u je ...lega..
kalau boleh beli no plat ni berapa lama kena gantung ..tak silap aku 2 tahun .
nnt kena call jpj
NORWEX BERBALOI KE NAK BELI?
HARI PERTAMA MASUK KERJA
maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini. masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...
-
OK..apa yang aku nka share ni adalah berdasarkan keputusan peperiksaan SPM yang baru keluar semalam. 5 Mac 2020. ok kita pergi satu pe...
-
BELAJAR MENJAWAB SOALAN SECARA ONLINE DI SINI CONTOH SOALAN KBAT BENGKEL PEMBINAAN ITEM KBAT PT3 DAERAH SEPANG-SMK DENGKIL (16 MAC 2015...


















