Jumaat, 14 Mei 2021

rezeki rumah yang baik

Alhamdulillah 

boleh aku katakan ini adalah perumahan yang terbaik pernah aku diami . 

gambar ni Zaim yang share dalam cvr muslim united group

kami bersolat hari raya di atas court basket ball.

aku suka tengok suasana macam ni ..rasa sungguh bahagia .

di kelilingi org org yang hebat yang mencintai Allah SWT 

persahabatan yang terjalin kerana mengaharapkan keredaan Allah SWT .

satu hubungan rasa yang sungguh istimewa antara kami jiran jiran cvr ..atau Country Villa Resort.

mungkin rumah di sini tidak mewah hanya rumah teres dua tingkat 

tapi persekitaran atau bi'ah yang tak mampu anda miliki di mana mana 

utk lebih mengembirakan jiran jiran kami suka bersedekah juadah makanan. 


apa kemudahan yang ada di taman kami ;

- court badminton, basket ball, futsal, trek jogging dan yang paling terbaru adalah surau At TAqwa ..insya Allah pembinaannya akan bermula pada minggu hadapan 27hb Mei 2021 dan dijangka siap dalam tempoh 19 minggu .

korang doakan ya agar surau kami berjaya di bina . 






sumber gambar : Zaim Zinn Jiran sama CVR merangkap org kuat Yaminika Love.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...