Sabtu, 15 Mei 2021

misscarriage

 aku sepatutnya period sekitar 21 atau 20hb setiap bulan ..agak tetap setiap bulan . dan aku dtg period pun setiap bulan tak pernah miss.

bualn Mac 21 hb 

tertiba bulan April 16 hb ada keluar coklat ..keluar coklat tak tak turun turun darah ..aku pun konfius kita ni dah lah nak puasa tapi macam ni pulak ...

aku minum air nenas lah ..apalah nak kasik darah turun cepat dan boleh mandi wajib .

entah macam mana terfikir nak cuba pregnancy test .

so pagi tu aku buat test tertiba dua line. 

terang pulak tu line di ..takde kabur kabur ..mmg jelas dan nyata .

aku diam lagi ...tapi 28/4/2021 aku pergi scan kat dr rahimah klinik Amal bukt katil nak tengok betul ke ada janin atau tak .

pergi doc scan nampak kantung tapi saiz kecik lagi ..doktor kata mmg lima minggu macam tu tak nampak 

kemudian dr perasan aku ada csyt dalam 3cm . doktor kata tak apa ..nnt dia akn disolve sendiri. 

aku lega tapi dalam masa yang sama rasa risau sebab ada cyst pulak .


tapi yang aku paling musykil ..aku langsung takde simptom mengandung ..takde alah langsung, tak muntah langsung, breast pun tak rasa berdenyut ..aku bgtau suami ..ni bukan kebiasaan aku mengandung ..kalau aku mengandung aku takkan macam ni ..

aku rasa sgt tak sedap hati...

14/5/2021 jumaat Raya kedua aku ada keluar sikit coklat .

aku bgtau suami jomlah scan ..ikut kan ni dah 7 minggu .

boleh dengar degupan jantung ..kalau baby ada .

so aku decide ke klinik one mdic jasin , klinik amal dan klinik wahida tutup.


mmg nervous. darah aku pun naik jadik 131 sebelum ni tak pernah macam tu . 

aku rasa takut. mmg takut.


Dr Ho scan aku . mmg nampak saiz sgt kecik, baby tak membesar ikut ukuran 5 minggu 4 hari sedangkan aku dah nak masuk 8 minggu. dia cuba dengar heart beat ..takde. 

so mmg aku dh agak . 

suami ada frust . ya aku tahu dia nak anak lagi . tapi benda ni bukn bawah kawalan kita . 

aku pun kalau boleh nak anak. Anak yang sihat , kandungan yang sihat . tp bila keadaan macam ni aku pun susah hati . 

dah masuk ni kali ketiga macam nak dpt baby tapi bilan scan tak lama darah turun as darah period. aku pun tak pasti kenapa baby tak jadi . 

aku sekarang menunggu saat darah turun dan ketulan darah jatuh .tapi belum lagi .kalua dalam dua minggu takde apa apa..aku kena buat d&c bersihkan rahim . 

perkara macam ni yang buat kami org perempuan takut , cemas dan gelisah . 

hanya org perempuan je tahu . org yng pertama kali mengandung excitednya lain . aku yang dh masuk 38 ni dah lalui banyak benda dan pengalaman jadi kita punya perasaan pun berbeza. dulu masa umur 23 mengandung so energytic semnagat je ..berani je redah semuaa sanggup ..takd ebenda yang takut ..posotove je . ni bila dah masuk 40 risau . semua risau ..fikir macam macam ...

kalau betul mengandung biarlah sihat dan selamat sehingga melahirkan . 

tengoklah lepas dah turun darah ni dah jumpa balik Dr Saifuddin kat mahkota Hospital kemudian nak check dan plab betul betul nak mengandung . kena bersedia fizikal dan mental .

aku tahu perubahan fizikal badan kalau mengandung macam mana ..aku dh mengandung hampir 5 kali tahu macam mana keadaan bila mengandung. 

oklah 

mohon sahabat semua doakan aku ..selamat turun darah ni dan tak perlu buat D&C. atau apaa apa yang tak sepatutnya . doakan aku sihat wal afiat . 

***balik tu aku goreng pisang nak bagi jiran jiran . aku puasa enam hari pertama masa ni .aku tak taulah puasa aku tu sah atau tak 

***aku baca dr zubaidi kata bawah 10 minngu darah kelar tu dikira haid. kalau atas 10 minggu dikira nifas, sebab fizikal bayi dah terbentuk.

****murah je scan dekat doktor kat One medic jasin dalam RM35 hari tu aku scan kat Kilinik Amal bukit Katil Rm60 scan dan amik acid folik .

semua yang berlaku dengan izin Allah SWT dan pasti ada hikmahnya . sebagai hamba Allah SWT hendaklah sentiasa reda dengan ujian yang Allah SWT turunkan kepada kita . 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...