Rabu, 19 Mei 2021

DOKTOR AHMAD SAIFUDDIN

Aku mmg check dengan Dr Ahmad sejak mengandungkan Orked. 

Best jumpa dr Ahmad. 

Selalunya akan lebih selesa dan happy . lama dh tak jumpa dr Ahmad ni sejak 2015 lepas bersalinkan orked.

ok ..

selepas jumpa doktor di One medic Jasin, kami decide nak jumpa DR Ahmad di Mahkota Hospital,

Appointment hari Selasa. 

Alhamdulillah bila scan dengan doktor still nampak baby tersebut dan ..yang pelik bin ajaib nya ..masih ada degupan jantung.. dan aku nampak baby tersebut mmg sgt jelas...serius ..suami pun nampak ..happy nya ami nampak baby masih ada dan nampak sgt sihat. bersyukur pada Allah ..

tapi aku risau sebab stil ada darah kaler coklat.

Dr Ahmad kata dia tak bagi ubat kuatkan rahim dia cuma bagi ubat acid folic. aku pun setuju dengan pandangan doktor. 

balik dr jumpa Dr Ahmad darah still keluar,.

dan esoknya Rabu , darah keluar macam darah period turun dan aku mula rasa sakit kat ari ari. aku gagahkan juga masak kari ayam utk budakbudak makan . 

lepas tu sakit makin kuat dan darah makin banyak .dalam jam 5 petang suami ajak jumpa doktor. Kami pilih doktor Rahimah bukit katil sebab tu yg paling dekat . kalau mahkota hospital mesti dah tutup.

seperti yg di jangka mmg degupan jantung takde dan baby tak membesar.aku bgtau semalam pergi jumpa Dr Ahmad still ada heart beat. Dr Rahimah berpandangan aku akan gugur. 

dia advice dalamdua minggu dia akan keluar dan dr rahimah kata kalau ada bau yang tak elok, demam direct ke hospital jgn tunggu dua minggu ...

dalam perjalanan balik sakit kat ari ari..

kemudian aku kat rumah rasa macam nak bersalin ..aku pegang suami cakap ni rasa betul betul nak bersalin ni ...kalau 1-10 skala sakit pada 6/5 ...mmg sakit ....aku masuk bilik air darah beku keluar ..tak besar ...aku bangun dari tandas duduk ..gulp...berluncur ketulan daging keluar . agak besar dalam 6 cm suami aku amik dan pegang. tak nampak macam baby.. sebab dia dalam tu agaknya .. aku tak berani nak potong.. tai ketulan daging tu agak besar bukan secebis.. seperti daging yang dikunyah...

patutlah sakit sangat..

lepas dah jatuh tu..keluar lagi darah pekat darah beku ...aku rasa lega sangat ..terus aman..hilang segala rasa sakit ..alhamdulillah ....rasa seronok sgt hilang rasa sakit pada ari ari tu ...


sekarang benda yang keluar tu kami dah letak dalam frezer. tak  pasti sama ada nak jumpa dr Rahimah semula atau terus jumpa Dr Ahmad.

bayangkan Selasa jumpa Dr Ahmad ada heart beat,esoknya Rabu gugur. 

Aku pun keliru. Cuma aku harap lepas ni kalau ada rezeki mengandung biarlah jgn macam ni ...5 kali jumpa doktor ...sebab nak tau baby ada atau tak . mengandung kali ni pun pelik langsung tak muntah . takde alah ...

benda benda macam ni bukan kawalan kita . semua nya berlaku dengan izin Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT jua lah kita memohon pertolongan . Semoga takde cebisan lagi yang tinggal dan aku tak perlu buat DNC ..semua nya baikbaik sahaja . 




sekarang nak share kos:

28/4/ 2021 jumpa dr rahimah first time:scan .acid folic rm60

14/5/2021 jumpa dr one medic: 35

18/5/2021 jumpa dr pakar Ahmad Saifuddin 109 scan dan folic acid

19/5/2021 dr rahimah : scan advice rm50 balik tu gugur sebelum maghrib. 


*** aku cadang korang ada masalah direct jumpa pakar .kalau melaka tak mahal sgt consultation fee tengok jumpa dr Ahmad baru 109 ..dpat advise orng yang berkemahiran dalam bidang tersebut . bukan kata dr yg lain tak bagus. Tapi dr lain mungkin kepakarannya pada kesihatan umum. DR RAHIMAH ONE OF MY BEST DOCTOR NI PUN BEST ..sentiasa beri nasihat bagi kata kata positf dan memberi kita dorongan yang baik.


Allah Maha Baik .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...