Ahad, 30 Julai 2017

Pengalaman menaiki MRT


Sabtu lepas 29hb Julai kami sekeluarga menikmati pengalaman menaiki MRT buat kali pertama. Ini merupakan satu lagi episod kejayaan Malaysia

 Pengenalan mengenai MRT,


Mula dibina sejak tahun 2012 dan siap digunakan pada Julai 2017. Dua projek utama akan siap . Permulaan projek Kajang - Sg Buloh telah boleh digunakan rakyat. Satu lagi projek Sg Buloh -Serdang- Putrajaya bakal siap. Kos pembinaan projek ini menelan belanja hampir RM 36.6 billion dan merupakan antara projek mega yang paling tinggi pernah dilaksanakan di Malaysia meliputi perjalanan sepanjang 150 kilometer.



Pengalaman kami

Kami datang ke Kajang dari Melaka. Parking kereta di Stadium Kajang dan menuju ke Sentul Timur . Kami kena tukar train di Merdeka utk naik LRT ke sentul Timur. MRT dimulakan di stesyen pertama dari kajang seterusnya "Stadium Kajang" betul betul setentang dengan Sate Kajang Samuri hingga ke sungai Buloh. Ada banyak stesyen baru dengan nama nama yg unik antaranya MERDEKA.

Tiket utk dewasa hanya RM3.30. Ini harga diskaun 50% harga tikat akan naik ke harga asal . Kanak - kanak berusia 6 tahun dan kebawah percuma. 

Tidak dinafikan prasanaa yg disediakan kelihatan canggih dan menarik setara negara negara maju yg lain. Keadaan stesyen yg lapang dan selesa utk digunakan. Kami yakin pada hari bekerj keadaan pasti lebih sesak dan padat. Kami pergi hujung minggu keadaan sedikit lengang. 

Untung org Kajang nak ke Kuala Lumpur tidak perlu lagi bersesak sesak di jalan raya. 

Sepanjang perjalanan kaki disajikan dengan pemandangan yg indah. malaysia ðŸ‡²ðŸ‡¾ negeri ku bertuah! Kita menuju ke arah wawasan 2020 yg lebih gemilang. 

Bila tiba di stesyen Maluri, kita mula memasuki laluan bawah tanah dan keretapi bergerak lebih laju dari sebelumnya dan berhenti sedikit lama berbanding sebelumnya. Ini memberikan kesempatan org berjalan masuk ke train bawah tanah dan sempai menaiki train tersebut. 

Satu perubahan yg sangat mengagumkan. Saya pernah berkunjung ke London, Paris, dan Korea. Saya lihat sistem pengangkutan kita tidak kurang hebatnya, malah berdiri sama hebat. Ini kebanggan Perdana Menteri kita . Kita sebagai rakyat harus menjaga ia sebaiknya. 

Aksi sebelum memulakan perjalanan..bawa beg galas gaya traveller habis!

 Beli tiket 

Tiket boleh dibeli sama ada di mesin untuk mendapatkan token atau dengan topup kad touch N go paling mudah yg saya lakukan topup Kad Pengenalan ini paling mudah..kan datang kita boleh membeli dengna touch N go di & Eleven atau mana mana mart. 
serupa di Korea. 

Nak dapat kan special price utk Iyad pemegang kad OKU
Peta untuk melihat stesyen mana yang hendak dituju..kalau ragu-ragu boleh tanyakan di kaunter.
Peringatan: Letakkan kad Touch N go atau IC anda , tak kisah macammana pun. Tekan "Tambah Nilai" ..pilih jumlah yg tetap..tiada baki yang akan dipulangkan. Tekan "Resit" baru tekan "Sahkan ". Jangan risau ada pegawai yang kan bantu anda nnt. 
sesudah membeli tiket kami pun masuk..kanak-kanak tidak dikenakan bayaran untuk 6 tahun dan ke bawah. 

Iyad dan Ihsan menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur 


sedang menunggu train ke Merdeka , stesyen Merdeka 


Paparan di skrin menunjukkan masa train akan sampai. \kekerapan ialah 3 minit satu train. Cukup efisyen 

Dalam perut keretapi kita dapat lihat pergerakan kita dari mana dan ke mana. Kalau salah naik train tu pandai pandai lah keluar dan amik train yg berlawanan arah..hahah







Mesin beli token seperti ticket tapi dalam bentuk keping bulat 
gaya anak muda, Imran
Iyad melihat dari pintu. 

kalau biasa diluar negara kita download apps Metro kini di Kuala Lumput juga sudah ada apps utk memudahkan kita memulakn perjalanan dengan menaiki MRT. Ini bukan sahaja memudahkan kita untuk tahu ke mana kita nak berhenti tapi juga menunjukkan tambag setiap perjalanan. Masa juga ditunjukkan utk memudahkan kita merancang perjalanan. 
Ada banyak apps sila pilih yang paling bermanfaat. 
Kesimpulannya, dengan adanya MRT meletakkan negara kita seiring dengan negara negara maju. Berbanggalah dengan negara kita Malaysia, Selamat Menyambut Kemerdekaan , Malaysia 


2 ulasan:

  1. boleh tanya tak. parking di stesen stadium kajang tu kena bayar tak?

    BalasPadam
  2. tak perlu bayar. parking prcuma

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...