Jumaat, 22 Jun 2018

Open House: perlu?


Assalammualaikum..dan Salam 9 Syawal. 

suami aku dh sibuk tanya bila nak panggil budak opis dia makan makan kat rumah. Aku ni bukan apa ..ok je orang datang rumah . Masalahnya rumah tak berapa nak siap ..

"kalau nak jamu perut insya Allah boleh ..tapi nak jamu mata ..belum mampu, rumah tak berapa elok ..." 

ok..berbalik soalan tadi, aku ingat lagi masa tahun 2012 kitorang pernah buat open house kat rumah lama. tapi masa tu ada yati maid aku bantu siapkan rumah dan masak. 

ko bayangkan menu yang aku sediakan .

daging dendeng
nasi impit
lodeh
kuah kacang
mee udang
spagheti bolognese
soto 
begedil
kek coklat
kek cheese

dan semua ni aku masak sorang ..ko bayangkan .maid aku ada bantu lah..tapi chef nye aku ler 
nasib baik lah time tu diorg suka dan puji seda masakkan aku 

tahun ni pulak dia request macam macam ..rasa nak tembak je...kang tak siap aku jugak tercangak bangak...

1. soto
2. begedil
3. nasi impit
4. lodeh 
5. rendang ayam
6. sambal tumis udang petai 
7. kek carrot
8. kek coklat (kalo rajin)
9. air teh /kopi

tu baru menu belum masuk lagi peralatan nak sediakan makan ...bekas letak bahan-bahan, bekas makan sudu, garfu, plastik sampah, ...alamak! banyak nye benda nak fikir.. aduh!!

kang aku pikir nak beli gambar nak decorate dinding pulak..belum masuk nak beli bunga letak kat meja ..adoii..banyak nak fikir ni.. org laki tahu ke semua benda ni



ni ruang tamu ..tp open house mesti bukak kasi raung org nak duduk kan ...

satu satu nya gambar tergantung

ko bayangkan kerusi aku ada enam je ..hadoiii


ni bukan dapor aku..tapi aku teringin nak dapor macam ni ..adoii 



kalau rumah aku santek cam ni seronok gak aku nak ajak orang datang rumah ..ni trumah aku tak semnggah cener nak ajak org beraya ... kannn...

oklah kalau korang ada pengalaman buat open house share ekk.. mana tau boleh kasik tips



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...