Sabtu, 23 Jun 2018

Resepi Menu Open House

Rujukan utama Azie kitchen


Soto  nasi Impit

Bahan-bahan diperlukan:
  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup bunjut Adabi
  • Bawang merah, bawang putih, halia - ditumis
  • Nasi impit Adabi - rebus je yang plastik
  • Suhun - digoreng
  • [Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • [Bahan Kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya (untuk memberikan lebih rasa). Kalau tak suka tak payah le bukak tapi nanti rase macam kuah sup ayam je.
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yang direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yang telah ditumbuk tadi.
  1. Ayam yang direbus tadi, digoreng dengan sedikit gaulan kunyit/garam.
  1. Selepas goreng, carikkan ayam macam gambar di atas. Ayam carik siap.
  1. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
Lodeh
Bahan bahan:KubisKarotKacang panjangTerungTauhu kering - rendamTempe - potong dan gorengTauhu - potong dan goreng (tak letak)Cili merah - hiris2 batang serai - ketukUdang hidup - buang kulitSantanGaram
Bahan kisar:5 ulas bawang merah1/2 inci kunyit hidup2 sudu besar udang kering
Cara cara:Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang keras sehingga yang lembut. 
Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Rendang Ayam MertuaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam - potong kecil1 senduk cili kisar - ikut suka pedas10 ulas bawang merah - mayang6 ulas bawang putih - mayang1 inci halia - mayang1 inci kunyit hidup - tumbuk1/2 inci lengkuas - tumbuk4-5 batang serai - hiris nipis1/4 biji kelapa parut - goreng dan tumbuk kasar2 helai daun kunyit - hiris halusGaramGulaAsam kepingSantan secukupnya
Cara cara:Kesemua bahan kecuali kelapa goreng dan daun kunyit dimasukkan ke dalam kuali besar. Gaul rata bersama ayam dan dimasak atas dapur sehingga air ayam agak kering. Hati ayam dimasukkan setelah kuah mendidih bagi mengelakkan ianya menjadi hancur
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan agak pekat. Masukkan pula asam keping, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali baru dimasukkan kelapa goreng yang ditumbuk tapi tidak sehingga keluar minyak pula. 
Apabila hampir masak, taburkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.
Nota:Boleh juga dikeluarkan ayam selepas masak supaya ayam tidak terlalu hancur. Bila kuah hampir kering, baru dimasukkan semula ayam tadi. 

Sambal Udang PetaiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Udang - lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka1 mangkuk petai 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato1 biji bawang besar Holland - hirisGaramGulaSerbuk perasa Minyak masak
Bahan kisar:10 ulas bawang merah 6 ulas bawang putihSedikit belacan - opsyenal5-6 sudu besar cili kering kisar
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan. 
Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air. 
Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...