Jumaat, 22 Jun 2018

Honda City, 100k dan Selawat.

Korang agak aku jadik beli tak kereta baru... jawpan nya jadik! Dan tiba tiba aku nyesal nak kena bayar 750 sebulan 😒😒 aku rasa cam tak berapa macho berhutang utk sebuah kereta. Sedangkan aku boleh bersenang lenang dengan duit cash 750 utk bayar kereta.

So skrg aku sibuk mengkaji cara nak invest duit dlm asbf pulak! Mana tau boleh support aku bayar myvi

setahun ko baru dapat pandora ..hahha..alhamdulillah Allah Makbulkan baca di sini Pandora oh Pandora .


Sekejap .. promo sikit. Available this November call me ASAP.




Aku sambung cerita. Aku adalah sikit modal nak taruk utk first year loan asb. So aku ingt aku nak menyimpan.

Bila aku baca pasal perkara perkara yg boleh jadi berlaku pada seorg surirumah tertib aku cuak ...πŸ‘‡πŸ»

Bismillah. Tip untuk wanita yang bergelar isteri yang Dikerjakan (surirumah)

Sediakan Payung Sebelum Tengkujuh. Bagi mengelakkan kejadian yang membuatkan kita tertekan, sakit jiwa, beremosi yang melampau, sedih yang berpanjangan, mengamuk dan menyesal, tip di bawah ini In Syaa Allah menjaga ketenangan hidup walaupun dilanda tsunami yang jauh lebih teruk berbanding hujan.

1. Jangan ambil sebarang pinjaman peribadi jika layakpun
2. Ambil pembiayaan Islamik ASB, biar ada tunai ratusan ribu
3. Didik suami ambil pembiayaan kereta tidak melebihi dari 5 tahun.
4. Kawal kewangan rumahtangga, jangan biarkan suami ada hutang kad kredit walaupun Rm 1,000. 
5. Perlu ada rumah sendiri, sama ada flat ataupun apartmen yang dibeli atas nama sendiri. Baca buku Cashlow Untuk Wanita
6.  Buka akaun emas dan miliki Emas jongkong 999.9 rujuk buku Beli Emas ataupun hantar w asap ke kosong satu kosong 5 ratus 1 lima ratus jika nak belajar cara mudah dan mampu.
7. Surirumah perlu ada duit cash dalam TH ataupun ASB ataupun Unit Trust sekurang-kurangnya RM 100,000 ke atas. Jika tiada,  mulakan menyimpan walaupun serendah Rm 100 hari ini. Simpan secara serius.
8. Jangan 'buat anak ramai' jika tiada 'financial back up. Huhu

Kerana apabila cikpuan-cikpuan ditinggalkan suami, diceraikan, ataupun suami mati antara individu yang juga menderita adalah Shamsuddin Kadir. Ini kerana saya sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat 'Luahan kasih' kerana  terlampau simpati. Terlalu banyak kes seperti ini berlaku hampir setiap masa.

Kita ada pilihan untuk memastikan ianya tidak terjadi dalam hidup kita, peristiwa kesilapan menguruskan wang dan hutang.

Saya pernah terbaca kata-kata di bawah ini.

Masa mula berkahwin, suami berkata "You jump I jump"

Selepas berkahwin, suami berkata "I run, you kena tanggung sendiri kos besarkan anak I"

Perkataan suami itu bukannya mewakili semua lelaki.

Malaysia | Shamsuddin Kadir

Terima kasih Shamsuddin kadir atas ingatan anda. Teruss aku follow di fb dia.

Baik baik itu untuk dunia .

Maka utk akhirat aku mengajak kalian berselawat seribu kali keatas Rasulullah saw . Insya Allah kita akan di janjikan syurga . Aamin..

Salam syawal ke 8. Dah start puasa enam ke belum? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...