Rabu, 29 Mei 2019

Berjaya turunkan berat badan!!

Yeayyyy!!!

Syukur alhamdulillah
Dari 75 kg palingggg berat dh berjaya turunkan 10 kg jadi 65.5 lebih kurang.
Nampak nya jalan dh ada kena teruskan usaha gigih agar berat mencapai angka 5 di hadpaan, samada 58,59,56,57 dan sgt bersyukur jika mencapai berat 55kg

Sebenarnya berat aku stuck kat 66kg
Jenuh aku pikir cara nak turunkan. Lepas tu satu hari aku start tanda kertas periksa, sebab aku pakai otak gamaknya  hari tu aku naik penimbang turun 200g
Maksudnya dengan otak bekerja boleh menurunkan berat badan lagi.
Sejak aku lahirkan iyad berat aku 68kg.
Lepas lahirkan imran 63kg

Jadi angka 65.9kg ni ada yg terbaik selepas 8 tahun.
Badan terasa lebih ringan tapi mmg kena kuruskan lagi at least bmi normal 62kg. Selepas tu bonus kalau berat capai 60kg. Kalau makan lepas nk kena jaga jaga dan makan nasi sekali je sehari
Selebihnya makan snack ke minum kopi ke amik yg ringan ringan sahaja .. makan nasi

Akan cuba lagi chaiyokkk😆😆

Selasa, 28 Mei 2019

Rindu Abah

Malam ni 24 Ramdhan 
aku tak boleh tidur, ingatkan ku kuat melayang pada abah.

aku teringat detik detik akhir aku bersama abah.
di hari hari terakhirnya
segalanya bermain jelas di fikiran ku seperti layar putih filem yang ditayangkan di pawagam.
aku sedih, sedih sebagai seorang anak yg tak mampu menanggung kesakitan yang ditangguh ayah ku.


21 Mei 2016

aku ingat aku sampai dari Melaka ke Kuala Kangsar aku terus ke hospital . 
masa ni abah sedang mengerang kesakitan dalam bilik emergency,
aku inagt kata -kata Abah
" siapa tak sanggup tegok jangan masuk" masa tu abah ingat abah sedang sakaratul maut , sebab sakit yg abah tanggung sgt hebat, macam org perempuan sedang kontraction nak lahirkan anak malah lagi teruk . 
aku , kak mia kak azua tak tahu nak bat macam mana .
kemudian abg am sampai, abg am urut urut kawasan tulang tongket , kawasan tu yg paling abah rasa lega.

tak lama lepas tu abg tenang dan akhirnya tertidur. sakitnya hilang .
kami adik beradik berbincnag bagaimana nak buat .
akhirnya sepakat bawa ke hospital ipoh agar pakar di sana dpt melihat keadaan abah.

abh nak balik rumah dulu, abah kata "nnt kalau aku tak sedar korang nak bawa aku kemana bawalah " lepas subuh mereka bergerak ke Ipoh .
aku tak ikut. penat dan abru dpt tidur, selepas balik dr hopsital kuala pagi tadi .

rupanya itulah kali terakhir abh ada di rumah . tdur di katilnya buat kali terakhir
selepas itu abah balik dlm keadaan nazak menanti nyawa di cabut Izrail.

kami berbincang dr hati ke hati dengan mak. 
kami bgtau agar mak redha pada abah
dan ampunkan segala dosa abah pada mak 

mak pun bagitahu tak sanggup lagi tengok abah mengerang kesakitan 



21 Meu 2016

aku ingat aku ziarah abah.
30 Mei 2016

30hb Mei 2016 

aku balik nak ziarah abah tapi iyad pulak ditahan hospital sebab batuk , jangkitan paru paru
maka aku menjaga iyad di wad tingkat 4 manakala kak nana menjaga abah di tingkat 2 .

ada suatu subuh aku lawat abah , abah ingat aku kak nana, aku tengok keadaan abah sangat sangat uzur,dia merungut abg ajis tinggalkan dia pergi solat subuh di masjid,

ada satu kian di ikat agar abah senang bangun dengan menarik kain tersebut.

siang tu aku ingat kak nana yg jaga abh
aku ad datang jenguk jenguk abh tinggalkan iyad di wad.

abah kata "bukan aku taknak minum aku minum seteguk sebaldi aku muntah ...takpelah aku tak dahaga "

malam tu aku ingat lagi abah dibawa masuk OT 

aku menghantar abah abh panghil iyd pegang tangan iyad.

aku ingat ada harapan untuk abah. rupanya tidak 
tiada apa apa yg boleh doktor lakukan .

unit palatif care pun dh mula tengok abah.
azua sampai dengan abang am maghrib tu
azua nak jaga abah. tapi abang am nak balik

1hb Jun 2016

kak Mia jaga Abah dengan Kak yus...masa ni aku di rumah mak mertua jaga anak anak di Ipoh,
hafidz di melaka kerja

aku keap mesej tanya abah macam mana 
sampai jam 2 petang kak mia cemas abah muntah hitam. 
petanda awal ..masa ni abah dh lemah sgt

peatng tu semua ahli keluarga dipanggil ke hospital doktor sarankan abah di bawa balik
terkejut aku tengok keadaan abah.
abah menolak diberi saluran oksigen 
abah mula mennujukkan tanda tanda melawan 
kak azua pegang muka abah dan cakap,
ayat initakkan oernah aku lupa 
" Abah, abah nak balik rumah ?
abah angguk lemah , 
azua cakap lagi.."ok azua bawa abah balik rumah , ...kita balik rumah ya.." abang nampak nak sangat balim rumah 
6.30 petang urusan selesai di hospital dan kami bawa abah balik rumah tnpan bantuan apa apa oksigen .

sampai di rumah hampir maghrib 
kami letakkan abah di tepi rumah

abah masa ni dah bernafas hanya melalui mulut bukan hidung macam ikan bernafas
mengam bil oksigen dari mula ..
seperti orang kelemasan.

dari pembaringan abah lihat kami dengan jelas 
kami solat berjemaah dan baca yaasin untuk abah

keadaan abah tetap begitu 
kami bergilir gilir duduk di sebelah abah membaca yaasin 


malam itu ustza dtg tengok abah ...abh masih menyahut panggilan uts
pagi lepas solat subuh jemaah dtg melawat abah
abah asih mampu angkat tangan berjabat dengan jemaah 

aku tunggu hafiz sampai dia org terakhir yang belum lihat abah

selepas hafiz sampai dia baca yaasin jumpa abah bercakap dengan abah 

aku ajak dia keluar utk mkn di luar rumah 
tak lama dengar bunyi bising 
abah dh berhenti bernafas
aku tak sempat tengok 
cuma masa aku samai abah baru sahaja menjatuhkn wajah nya ke kanan , mulut abah ada keuar coklat kesan muntah hitam dr perut sedikit ..
ya Allah abah dh takde...
abah baru sahaja menghembuskan nafasnyayang terakhir
di sisi anak anaknya sekitar jam 11 lebih 

azua, abg cuah, abg am dan bebrapa org tiada mereke ke ipoh jumpapakar utk bertanya rawatan utk abah 

azua sampai dan terkejut tersandar bdannya ke dinding bila melihat abah yg telah menutupmata di tutup dengan kian putih
kasihn aku lihat azua 
dia yang banyak jaga abah tapi di tak dpt lihat abh buat kali terakhir
ya Allah ...

urusan pengebumian abah selesai selepas solat asar.

abah di semdikan di perkuburan kota lama kiri 
abah meninggalkan kami pada 2hb Jun 2016 bersamaan 25 sya'ban 1437 H
kembali kepada Pencipta Allah SWT tuha RabbulIzzati

semoga Allah SWT mencucuri rahmat pada arwah Abah 
segala amal ibadah abah bakal menjadi dinding dr bakaran api neraka .

ya Allah ampunkanlah dosa abah aku Mohd Zabidi Bin Zamburi .








Ahad, 26 Mei 2019

Resepi KuewTiaw Sup Siam

Aku tak pernah masuk dapor lepas terawih. Ni first time...semua gara gara sup siam style 
Mmg masyuk weh rasa dia... 

Meh aku share resepi:

Menu Kuew Tiaw Siam Style

Bahan sup:

Ayam ( aku pakai kaki ayam , mmg sedap sbb zat dia keluar pastu aku tambah isi isi ayam )
Bawang putih 4 ulas 
Halia 2 inci 
Bawang holand sebiji
Rempah punjut adabi 1
Batang ketumbar sekali ngan akar dia
Serai sebatang ketuk
Kuib ayam knor 1
Garam 
Gula 
Lada putih 

Cara caranya :

Tumbuk bawang putih dan halia.
Tumiskan 
Masukkan bawang holand yg di potong empat 
Nak potong kecil lagi pun ok...
Tumis sampai masak, nampak coklat coklat 
Masukkan sup punjut
Masukkan ayam ( masa ni biarkan air ayam tu keliar jgn tambah air lagi )
Bila ayam nampak dh kecut masukk air sedikit sekadar tutup ayam 
Masukkan batang ketumbar, serai yang diketuk
Tambah air lagi 
Biarkan mendidih tambah air lagi ikut nak kuah banyak mana 
Perasakan dengan garam , gula sikit dan lada putih 

Celurkan kuewtiaw

Bahan istimewa: 
-Bawang putih satu kumpulan dan minyak tujuan nya nak
 Buat minyak bawang putih dihidang semasa  nk mkn
- chilies flake amik je dominos punya 
- cili padinpoyong letak kicap

Minyak bawang putih ... sedap letak ni masa makan sup







Sabtu, 25 Mei 2019

resepi puding telor @ puding karamel

kukus ....

ya Allah sejujurnya buat puding karamel ni tak lah susah mana ..
part yang susah part gula tu nak kasi karamel...
korang kena ikut step dia kadangkala bab ni yang fail sikit...

tp kan aku ni jenis suka edit resepi jangn jadi manis tu yang problem tu...contoh semalam dia kata 1 1/2 cawan gula aku buat beberapa sudu je ..dh cair sgt ...

telor suruh letak 5 aku letak 4
air pun aku letak tak cukup satu tin  letak 200 ml je ..aku edit sebab nakkan y kurang manis
itulah diet tapi nak berdesert bagai...

RESEPI KURANG MANIS PUDING KARAMEL

** untuk yg diet atkins pakai stevia elok 

bahan telor (kaler putih)

telor 4 bj 
susu ideal 1 tin 
air 200ml 
esen vanila satu penutup 
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula 

(kacau sehingga sebati, masa masukkan telor buangkan mata dia supaya tak bau hanyir telur nnt )

resepi karamel

gula 1/2 cawa [ bersamaan  dalam 6 sudu aku buat ]
air panas 200 ml

benda ni boleh agak kalau pekat letak air lagi ..adjust sendiri ....



STEP 1 
kena buat gula dia 
masukkan gula dalam kuali/pan pastu kacau sampai gula jadi coklat ..api kecil saborlah sikit..

kalau ada ketul nnt dia akan mencairr semula 

dh semulagula cair dan kaler coklat masukkan air panas, nnt dia kan terus melekat ...jangan risau kalau je sampai gula tu mencair balik 

STEP 2 
ko susun bekas nak buat puding 
masukkan dalam kukus dan start kukus

sudukan gula karamel tadi ke dalam semua bekas 
1 bekas 1 sudu cukup lah ..nnt manis sangat..

STEP 3

tapis dulu adunan telor tadi , supaya licin je tekstur puding kita ..lepas tu tuang sikit sikit dalam bekas pastu rotate balik ..supaya semua bekas dpt ukuran lebih kurang sama banyak 

STEP 4 kukus lah dalam 15 minit 
tengok tengok lah kalau atas dia dh tak melekat bila kita pegang maksudnya dh masaklah tu 
buka tutup pengikus biarkan macam tu dalam 3 minit supaya permukaan dia licin baru ccantik takde lobang lobang 

petua : kena tutup penutup kukus dengan kain supaya nnt air dia tak menitis atas peding kita.

nak sedap kena masukkan dalam freezer ..nnt sejuk je dia lalu kat tekak ...sedap !!!


btw aku rasa gula tu cam terlebeh korang adjust lah ...hahah

ok itu je nnt aku share kuih kuih lain ,,bye!


Jumaat, 24 Mei 2019

MIRACLE....but totally true!

korang tahu tak blog aku ni rasanya macam tempat aku "submit doa" .boleh dikatakan apa sahaja post yang aku tulis insya Allah tak berapa lama akan jadi kenyatan.

no 1

Master and Phd. 

Suami aku sekarang sedang sambung Master in Bussiness Admin di UTEM,  intake September 2018 dan lepas dua tahun grade. Grade dijangka bulan September 2020.

tak tahu macam mana tiba tiba datang idea utuk aku sambung belajar di UKM untuk amik Master in Education. dan yang paling best kelas adalah masa cuti sekolah . so aku boleh kerja sambil belajar dengan yuran yg agak murah RM 17k. 

aku rasa dh sampai masa aku keluar dr zon selesa aku , start rutin baru yang mana aku pergi kelas dan belajar ..mula membaca dan buat masuk bidang pendidikan semuala .ini akan refresh balik segala ilmu yang kita ada. 

Rugilah aku tak grab peluang ini . 

apa motivasi aku ?

aku rasa aku perlu upgrade diri menjadi insan yang lebih baik . 
lebih baik dari segi ilmu pengetahuan dan bidang yang aku ceburi .

macam doktor nak jadi pakar kena sambung master kan, macam tulah cikgu 
kita nak upgrade kualiti kita dengan sambung belajar . 
cabar diri kita,fahami situasi pelajar kita yang kena belajar.

anak mrid exam SPM kita pun exam juga ..mana tau dengan kita belajar dpt beri mereka galakan ..

apa perasaan kalau kita dapat title "DR JAMALIAH BINTI MOHD ZABIDI "
Kawan kawan aku ramai yang dh sambung master, dan Phd beberapa orang. malah ada yang dh dpt title Dr pun . 

ya Allah di pagi 20 ramadhan ini Kau makbulkan lah doa kami amin....



ROAD TO MASTER UKM 2020

SELUSURI LAMA WEB INI https://koperasisiswazah.com

TAPI AKU KELIRU KOPERASI NI MMG BAWHA UKM KE HAPE ...BAIK MASUK LAMAN WEB UKM OFFICIAL TERUS ...

OKLAH ! 


Sabtu, 18 Mei 2019

MENU SEPANJANG RAMADHAN





assalammualaikum dan salam 14 ramadhan esok.
ramadhan kali ni boleh dikatakan setiap hari ku masak ..dan hampir setiap hari kami berbuka di rumah .
saja nak share apa yg aku masak sepanjang Ramdhan ni 


1 Ramadhan ISNIN - Berbuka di Shah Alam, pergi bazar Ramadhan belikan Ihsan ayam goreng, air jagung dan roti john. 2 Ramdhan SELASA - puding jagung dan (aku tak ingat menu first day), sahur ada masakkan roti canai dan kuah kari segera3 Ramadhan RABU - gulai asam rebus ikan dan bendi + pulut mangga ( suka betul diorg hidup kuah asam rebus tu makan pulak dengan ikan goreng memanglah sedap) sahur aku goreng mee4 Ramadhan KHAMIS -nenas ikan masin masak lemak + ikan goreng + puding jelly + buah nenas 5 Ramadhan JUMAAT- spaghetti , meatball, fries 6 Ramadhan SABTU - nasi tomato ayam masak merah jelatah 7 Ramadhan AHAD - bihun goreng + ayamas ( mak Muaz bagi )8 Ramdhan ISNIN - kari Ikan + sambal belacan + timun + kuih pelita 9 Ramdhan SELASA - bihun sup + kuih seri muka 10 Ramadhan RABU - ayam masak kicap 11 Ramadhan KHAMIS - nasi goreng udang + ayam Mc D, kuih lapis12 Ramadhan JUMAAT- dominos, kfc , mushroom soup13 Ramadhan SABTU - Ikan masak kicap dan mushroom soup+ dominos semalam

14 Ramadhan ( AHAD) - balik shah alam ( buat puding roti je )
15 Ramadhan ISNIN- berbuka shah alam .
16 Ramadhan SELASA - ikan goreng
17 Ramadhan RABU- beli BAZAR RAMADHAN dapur tuttp .tragedi 😡😡😡😡😡😡😡
18 Ramadhan KHAMIS - nasi arab + ayamas bakar sendiri +
19 Ramadhan JUMAAT - ayam goreng berempah, kuih seri muka, , kari ayam kentang,
20 Ramadhan SABTU - ayam goreng kunyit , terung sambal, [ sup dengan daging kerabu beli] puding karamel

10 terakhir Ramadhan (giatkan bacaab quran dan qiamulail)

21 Ramadhan AHAD - kuew tiaw sup siam , kuih sago [ tak menjadi 😓😓😓], popia carbonara
22 Ramadhan ISNIN - asam pedas kepala ikan jenahak, telor masin, kuih melaka
23 Ramadhan SELASA - ayam bakar ,
24 Ramadhan RABU-
25 Ramadhan KHAMIS-
26 Ramdhan JUMAAT-
27 Ramadhan SABTU-
28 Ramadhan AHAD-
29 Ramadhan ISNIN ( balik shah alam )
30 Ramadhan SELASA ( malam raya )

1 SYAWAL RABU "SELAMAT HARI RAYA "

berpuas hati betul dapat masak dan kalau boleh nak masak hari hari

ada beberapa dessert yang aku nak buat antaranya:
1. sagu gula melaka 2.puding karamel 👍3. kek carrot { tahan utk beberapa hari}4. kuih seri muka lagi
👍

5. kuih melaka ( tepung pulut , kelapa parut)

6. badak berendam (

bahan masakan kuih stok seminggu:

1. tepung pulut
2. tepung gandum
3. santan kara 3 kotak
4. kelapa parut
5. susu cair Ideal
6, sagu seringgit

bahan masakan lauk :

1. ASAM PEDAS (ikan , tomato, bendi, bunga kantan, daun kesum, cili kering)
2. KUEWTIAW SUP ( cili padi, limau nipis yg saiz kecil2, bawang putih, )
3. spagheti carbonara
4. ayam rendang nasi impit ( lengkuas, serai, daun kunyit)
5. kuew tiaw goreng
6. soto ( kentang, daging kisar, daun ketumbar)

dan menu lain lain yang boleh aku cuba..

tapi bab mengaji dan solat sunat ada kurangnya nampaknya kena lagi usaha gigih.


MEH USHA ALBUM MASAKAN AKU SEMPENA RAMADHAN 1440 


ikan asam rebus nak sedap letak ajinomoto sikit

pulut mangga



kuih tepung pelita 

seri muka yang simple dan sedap

kukus ni lama tak guna sebab dulu takde dapor yang boleh guna periuk ni 

hari ni makan ayam Mc D ni aku hidang masa sahur 

kuih lapis 

ni aku berbuka dominos 

ayahnya nak makan KFC pulak


alhamdulillah semoga Allah sampaikan misi aku nak turun berat badan 63 sebelum raya ..sekarang 66 ada lagi 4 kg to lost ! chaiyokkk

Sabtu, 4 Mei 2019

Menjelang Ramadhan

6 hari sebelum Ramadhan , suami Ut Natrah meninggal.
5 hari sebelum Ramadhan Ustaz Hassan Din Al hafiz meninggal
4 hari sbelum Ramadhan, kak azizah Amin guru pendidikan Khas yg dh pencen meninggal..

3 hari Ramadhan isteri Musan hassan meninggal, bekas Ketua Polis  negara
2 hari ramadhan
Esok malam mula terawih, isnin 1 Ramadhan.

Abah meninggal dunia sama tarikh dengan Ustaz Hassan din al Hafiz , 25 Syaaban.
Kenapa bila menginjak dewasa, makin ramai yg meninggal aku dengar.

Itulah hidup kita ini utk akhirat, bkn utk dunia.

Al Fatihah untuk abah, semoga tenang di sana. 

Jumaat sambutan hari guru di sekolah. Aku ke Ninso bukit baru utk beli hadiah anak anak . Murah dh berbaloi. Sebijik cawan ni harga RM2.10 sahaja.


Last last aku beli cawan ni sedozen utk rumah. 

Sambutan hari guru aku cuma pakai batik sahaja... 

Muka orked comel macam karton 


Baju kurung  kedah idaman 


Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...