Selasa, 28 Mei 2019

Rindu Abah

Malam ni 24 Ramdhan 
aku tak boleh tidur, ingatkan ku kuat melayang pada abah.

aku teringat detik detik akhir aku bersama abah.
di hari hari terakhirnya
segalanya bermain jelas di fikiran ku seperti layar putih filem yang ditayangkan di pawagam.
aku sedih, sedih sebagai seorang anak yg tak mampu menanggung kesakitan yang ditangguh ayah ku.


21 Mei 2016

aku ingat aku sampai dari Melaka ke Kuala Kangsar aku terus ke hospital . 
masa ni abah sedang mengerang kesakitan dalam bilik emergency,
aku inagt kata -kata Abah
" siapa tak sanggup tegok jangan masuk" masa tu abah ingat abah sedang sakaratul maut , sebab sakit yg abah tanggung sgt hebat, macam org perempuan sedang kontraction nak lahirkan anak malah lagi teruk . 
aku , kak mia kak azua tak tahu nak bat macam mana .
kemudian abg am sampai, abg am urut urut kawasan tulang tongket , kawasan tu yg paling abah rasa lega.

tak lama lepas tu abg tenang dan akhirnya tertidur. sakitnya hilang .
kami adik beradik berbincnag bagaimana nak buat .
akhirnya sepakat bawa ke hospital ipoh agar pakar di sana dpt melihat keadaan abah.

abh nak balik rumah dulu, abah kata "nnt kalau aku tak sedar korang nak bawa aku kemana bawalah " lepas subuh mereka bergerak ke Ipoh .
aku tak ikut. penat dan abru dpt tidur, selepas balik dr hopsital kuala pagi tadi .

rupanya itulah kali terakhir abh ada di rumah . tdur di katilnya buat kali terakhir
selepas itu abah balik dlm keadaan nazak menanti nyawa di cabut Izrail.

kami berbincang dr hati ke hati dengan mak. 
kami bgtau agar mak redha pada abah
dan ampunkan segala dosa abah pada mak 

mak pun bagitahu tak sanggup lagi tengok abah mengerang kesakitan 



21 Meu 2016

aku ingat aku ziarah abah.
30 Mei 2016

30hb Mei 2016 

aku balik nak ziarah abah tapi iyad pulak ditahan hospital sebab batuk , jangkitan paru paru
maka aku menjaga iyad di wad tingkat 4 manakala kak nana menjaga abah di tingkat 2 .

ada suatu subuh aku lawat abah , abah ingat aku kak nana, aku tengok keadaan abah sangat sangat uzur,dia merungut abg ajis tinggalkan dia pergi solat subuh di masjid,

ada satu kian di ikat agar abah senang bangun dengan menarik kain tersebut.

siang tu aku ingat kak nana yg jaga abh
aku ad datang jenguk jenguk abh tinggalkan iyad di wad.

abah kata "bukan aku taknak minum aku minum seteguk sebaldi aku muntah ...takpelah aku tak dahaga "

malam tu aku ingat lagi abah dibawa masuk OT 

aku menghantar abah abh panghil iyd pegang tangan iyad.

aku ingat ada harapan untuk abah. rupanya tidak 
tiada apa apa yg boleh doktor lakukan .

unit palatif care pun dh mula tengok abah.
azua sampai dengan abang am maghrib tu
azua nak jaga abah. tapi abang am nak balik

1hb Jun 2016

kak Mia jaga Abah dengan Kak yus...masa ni aku di rumah mak mertua jaga anak anak di Ipoh,
hafidz di melaka kerja

aku keap mesej tanya abah macam mana 
sampai jam 2 petang kak mia cemas abah muntah hitam. 
petanda awal ..masa ni abah dh lemah sgt

peatng tu semua ahli keluarga dipanggil ke hospital doktor sarankan abah di bawa balik
terkejut aku tengok keadaan abah.
abah menolak diberi saluran oksigen 
abah mula mennujukkan tanda tanda melawan 
kak azua pegang muka abah dan cakap,
ayat initakkan oernah aku lupa 
" Abah, abah nak balik rumah ?
abah angguk lemah , 
azua cakap lagi.."ok azua bawa abah balik rumah , ...kita balik rumah ya.." abang nampak nak sangat balim rumah 
6.30 petang urusan selesai di hospital dan kami bawa abah balik rumah tnpan bantuan apa apa oksigen .

sampai di rumah hampir maghrib 
kami letakkan abah di tepi rumah

abah masa ni dah bernafas hanya melalui mulut bukan hidung macam ikan bernafas
mengam bil oksigen dari mula ..
seperti orang kelemasan.

dari pembaringan abah lihat kami dengan jelas 
kami solat berjemaah dan baca yaasin untuk abah

keadaan abah tetap begitu 
kami bergilir gilir duduk di sebelah abah membaca yaasin 


malam itu ustza dtg tengok abah ...abh masih menyahut panggilan uts
pagi lepas solat subuh jemaah dtg melawat abah
abah asih mampu angkat tangan berjabat dengan jemaah 

aku tunggu hafiz sampai dia org terakhir yang belum lihat abah

selepas hafiz sampai dia baca yaasin jumpa abah bercakap dengan abah 

aku ajak dia keluar utk mkn di luar rumah 
tak lama dengar bunyi bising 
abah dh berhenti bernafas
aku tak sempat tengok 
cuma masa aku samai abah baru sahaja menjatuhkn wajah nya ke kanan , mulut abah ada keuar coklat kesan muntah hitam dr perut sedikit ..
ya Allah abah dh takde...
abah baru sahaja menghembuskan nafasnyayang terakhir
di sisi anak anaknya sekitar jam 11 lebih 

azua, abg cuah, abg am dan bebrapa org tiada mereke ke ipoh jumpapakar utk bertanya rawatan utk abah 

azua sampai dan terkejut tersandar bdannya ke dinding bila melihat abah yg telah menutupmata di tutup dengan kian putih
kasihn aku lihat azua 
dia yang banyak jaga abah tapi di tak dpt lihat abh buat kali terakhir
ya Allah ...

urusan pengebumian abah selesai selepas solat asar.

abah di semdikan di perkuburan kota lama kiri 
abah meninggalkan kami pada 2hb Jun 2016 bersamaan 25 sya'ban 1437 H
kembali kepada Pencipta Allah SWT tuha RabbulIzzati

semoga Allah SWT mencucuri rahmat pada arwah Abah 
segala amal ibadah abah bakal menjadi dinding dr bakaran api neraka .

ya Allah ampunkanlah dosa abah aku Mohd Zabidi Bin Zamburi .








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...