Khamis, 17 Oktober 2019

Mini Gym


assalammualaikum 

Yesss..unexpectable...aku tak sangka suami aku nak beli benda alah ni
mmg aku tengah suka ke gym...hari hari aku g gym ..cuma hari khamis aku tak pergi dalam minggu tu..bila dia tengok aku hari hari nak g gym ..dia pun kata boleh lah beli

yang aku ni pulak ingat nak amik yang biasa biasa aje..paling mahal pun 1000...
sampai sekarang aku tak pasti keputusan ni betul atau tak..
tapi aku dah belek sama sama suami aku 
alat gym yang aku beli ni boleh claim kat LHDN bawah "gaya hidup"

ni alat dia ..aku mmg suka cross trainer dari bicycle...
ni screen dia ..


bola tu percuma ..trampolin tu kena beli RM350 kot
semua alat alat gym ni suami aku beli kat fitness copcept...aku rasa takut kalau aku tak guna ..membazir kut ..jadi aku pastikan hari hari aku buat atleast 40 minit ...aku kena buat ..macam mana malas sekali pun ..setakat dua hari ada benda ni kan rumah mmg aku buat ..




hah kat sini ..klausa nilah menyatakan kita boleh claim bawah gaya hidup
pastu suami aku cakap yang seribu yuran tahunan tu dh boleh claim 2K

aku perasan badan aku dah ada posture sikit ..tapi berat tak turun sebab aku tak diet ..maksudnya tak jaga makan 
lepas ni kalau nak kurus kena jaga makan 
apa yang kita makan itukah kita
aku kena minum air masak .
aku kena buang habit 3 in 1
lemak dalam badan aku naik 39% sedangkan normal kena ada 30%

BMI aku pun masih tinggi 28 ..yang normal kan 24, 25 pun dh border.
berat adeal aku adal 60kg

late ly aku timbang berat badan aku dh naik 70kg .!!!!!!ko rasa ??

allahu..

aku akan cuba lagi agar aku sihat ..aminn...
doakan guys!

p's aku nak g surabaya next week


Sabtu, 12 Oktober 2019

Review Washer dan Dryer Electrolux


aku dah pakai washer dan dry Electrolux dua minggu
Alhamdulillah 

Jumlah baju yang dibasuh 7.5kg
banyak orang akan beli mesin basuhyang saiz bulky . tapi aku rasa cukup dengan 7.5 kg .macam aku cakap saiz topload tak sama dengan front load.
front load korang boleh basuh baju yang sama banyak 
13kg= 7.5 kg mesin basuh.

selama dua minggu aku guna front load apa yang aku dapat simpulkan :

1. Msin basuh frontload lebih bersih . bukti kalau kat keliling leher baju sekolah anak ..dulu teruk hitamnya.
2. penggunaan air yang jimat. Mcm mesin basuh electrolux ni dapat pengiktirafan dari singapor sebab tahap penggunaannya yang sangat minima.. ada lambangnya..
3. Jimat letrik dengan 3 bintang menunjukkan penggunaan eletrik yang jimat

ni best brand dari Singapore

ni lambang eletrik jimat 


4. penggunaan sabun pun jimat. Sabun kena beli yg lambang HE high Effeciency. kalau jenama yg sesuai Top) kaler hijau, Persil, YANG PENTING BELI KHAS UTK FRONT LOAD. kalau guna yang biasa biasa banyak buih akan merosakkan mesin basuh 




 so pada aku sgt bagus okk!

mesin basuh yg bagus..next project nak naikkan dryer atas washer. 


just nak share my favorite area....
jangan lupa baca post pasal Langsir Kaison 

Jumpa lagi bai!



Isnin, 7 Oktober 2019

Akhir Tahun Yang Sibuk

masa makan kat Dakgalbi 2017


Dalam bulan Oktober hingga Nov ni kita sibuk nak menguruskan hal sekolah sebelum sesi persekolahan berakhir pada 23hb November 2019


Lagi 7 minggu sesi persekolahan bakal berakhir, cuti akhir tahun bermula 23hb November.

take note korang korang yang jarang tau hal ehwal sekolah ni ..

1. Exam PT3 esok last paper, Bahasa Melayu yang tak jadi exam hari tu ...DONE
2. Exam SPM ada dua fasa ,fasa satu mula pada 14hb Okt . yang first paper BM tu pada 5 November 2019
3. STPM pun ada exam SEMESTER 3 dan Ulangan .
4. Semua sekolah sibuk nak raikan hari Graduasi ..ala yang pakai jubah jubah tu
5. Masuk bulan 10 atau awal bulan 11 cikgu cikgu ada dinner akhir tahun (saje mentioned)
6. Rombongan Sekolah pasti bersepah sepah budak UPSR, budak PT3 cikgu pun nak g rombongan gak
7. nak kena siapkan ERPH online DONE
8. Laporan koku bagai, termasuk printkan sijil kelab /persatuan
9. pulangkan buku resit Dewan Terbuka
10. siap tanda kertas exam dan key in dalam SAPS
11.kerja remeh temeh ...


ni hal hal anak anak aku pulak
  1. Iyad rombongan KL 9hb Okt DONE
  2. Imran exam SBP di MOZAC jam 9-10.30 15 hb Oktober 2019
  3. Ihsan konvo
  4. ihsan amik gambar 24hb
  5. ibu pergi Surabaya 24-29hb




Ahad, 6 Oktober 2019

BUCKET LIST HOTEL MALAYSIA 2019


mula mula aku suka Desaru Hard Rock ni sebab aku takpernah duduk hard Rodk. Tapi mhal betul harga sebilik..tarikh biasa biasa pun cecah RM600 lebih ..kalau time peak haruss RM800 lebih 


HARD ROCK, DESARU
yang kedua aku rasa nak pergi ialah kuantan Hyatt ..ni otel baru ..aku suka sebab tepi pantai .harga dlm RM400 lebih ..tp biasalh kuantan biasa biasa aja aku nak makna tempoyak kalau dtg sini ..

HYATT KUANTAN


ok hotel ni aku teruja sikit ..mmg cantik nampak dlm gambar harga pun murah dlm RM289 ...aku rasa kalau amik cuti tengah minggu lagi murah kot ..nnt aku check bila ada melaka cuti 

PULSE GRAND, PUTRAJAYA
oklah buat masa ni yang terakhir aku nak stay kat Tamu ..ni hotel versi Islamic owner pun org Islam ..oklah ...ada rezeki nnt aku buat review korang doakan ya..

ok 
salam maghrib jumpa lagi ..! 
TAMU KUALA LUMPUR

Jumaat, 4 Oktober 2019

HOME PRO VS SENGHENG


Semalam lepas appoinment Iyad kami ke Tesco Melaka, tujuaan utama nak beli bidai kayu 
yelah dh guna mesin basuh baru mesti kena jaga kan ..nnt cepat rosak ...so kita belilah bidak nak buat halang matahari masuk dan beli sekali sarung mesin basuh ...

korang boleh lah ke kedai ni ...tapi pada aku tak berbaloi langsung ! menunya nasi putih , telor goreng mata dengan sayur kobis, oden semangkuk dengan ice lemon tea RM13.50 ..ko rasa ?

oklah kebetulan aku ke tesco jadi km masuk ke Homepro nak tengok harga mesin basuh semalam beli kat sengheng . nak compare lah konon ..tapi benda dh belikan ...hahah

sama harga kat sengheng ..


aku sengaja amik gambar ni washer 3 saiz...paling kecik 7g, 9 kg dan 11kg (kot tak nampak)

rupa-rupanya washer yang front load dengan top load tak sama besar. sebab kalau topload saiz 7 kg mmg kecik ..tapi yang front load boleh masuk baju lagi sebab keadaan dia tu 


macam di sengheng ada sambungan warranty jadi kita boleh dpt jaminan 5 tahun rosak apa apa dia akan ganti semula...

tapi macam insurans lah kalau dalam pada tu tak jadi apa maka takdelah apa apa berlaku ..bayarsajalah 200 lebih tu ...


aku rasa Lazada mmg murah tapi ada risiko yang lain pulak..

Khamis, 3 Oktober 2019

MESIN BASUH PART 3

Assalammualaikum semua...!

Sis nak share pengalaman guna dryer. [ baru sekali guna 😆]
Kalau mana mana rasa cerita sis ni ada unsur menunjuk atau takabur boleh terus scroll ke tempat lain 😔

Oklah. 
Actually dh lama dh mengidam nak pakai dryer. 
Tapi kira simpan dlm hati jelah. Ececeh! 

Tup tup mesin basuh pulak rosak. Haishh! Cam tau tau je hasrat hati 🙈

Sis pun menyabarkan diri membasuh guna tangan beberapa hari.. ada satu malam suami tolong basuh pulak 🤣 saja nak bagi feel “ i jump you jump” 

Esok nya terus dia kata pilih lh nak beli mesin basuh yg mana. Beli dryer sekali ... 😱
Humagggghai! 

Tulah , tak sangka di balik musibah ada cahaya menerangi hujung jalan . 😝

Apalagi mulalah sis mengodek washer2 yg ada di pasaran. 

Paling menjadi sebutan tiga brand. 
LG
Panasonic
Electrolux 
Samsung

Sebelum ni guna panasonic top load 13 kg mmg lah puas hati . Comforter sekali masuk dua biji.. iyad siap boleh masuk dlm mesin basuh nak amik spender tertinggal sebab dlm jugak 😅

Puas hati gak guna hampir 10 tahun. 

Jadi yg baru ni sis nak sgtt guna front load. Tapi banyak betul komen tak berapa baik pasal front load ni. Cepat rosak ! So sis kata cuba jelah ...

Ok . Mula mula tengok panasonic . Rupa memang menarik.. bila ada steel kat panel tu nampak cam mewah ok. Tapi rege boleh tahan.

Pindah pulak ke electrolux. Org kata brand ni taiko dlm bab mesin basuh. 

Samsung moden. Tapi tak berapa pasti keupayaannya. Btw mak mertua guna samsung..topload okay je... 

Hasil kajian sis, barulah tahu mesin basuh Electrolux ni bagi saiz 

7.5kg
8kg 
Sama je saiz 
weight 600, depth 568 dan height 850 

Exactly sama besar. Dah tu apa yg nak beza sgt 0.5 kg? 
Jawapannya ialah pada hargaaaaanya( baca macam nujum pak belalang)

7.5kg RM1299
Dan 8kg RM1565

Nampak tak permainan nya disitu... function lain semua sama. 

Dan kalau 9kg harga nya ialah RM 2219 utk perbezaan 84mm pada kedalamannya(depth) 

Harga dah beza berapa? 
RM920
Ermmm🧐

Atau mungkin kedalam tong drum 🤷🏼‍♀️🤷🏼‍♀️

Oklah berbekal input yg sis ada maka tekad jelah nak beli electrolux saiz 7.5kg. ( dia kata 7kg sama 12 helai tuala) 

So paling murah RM 1199 kat Lazada. Masalahnya barang letrik ni risiko. Buat nye seller menipu macam mana. Kalau rosak lagilah pening. 

Makanya nasihat en suami pergilah ke SengHeng. Hilang #bmf ko. Terpaksa...

So kat sengheng dapat lah harga yg agak reasonable gak RM1399 ( dlm web boleh dpt RM1299) 

Oklah jadik beli
Washer front load ni brand electrolux.

Kedua nya dryer; ada pulak last unit RM899 ... jiran beli pun RM1.5k atau RM1.2k... ko rasa sis nak pandang je ke dengan rege sebegitu.. haha

Maka utk dua benda 
Washer dan dryer sis beli dengan harga cukup murah.. RM2298. ( washer and dryer) 

Mesti ada tanya kenapa tak beli satu mesin yg ada washer and dryer? 

Jawapan ialah kalau rosak .langsung dua dua tak dpat pakai. 







BARANG ELETRIK DAH SAMPAI !!

Ihsan melayari android tv layannn bebb....

remote siap ada netflix




Rabu, 2 Oktober 2019

MESIN BASUH PART 2


ok dlm dilema nak beli mesin basuh yang mana ?


antara brand yang popular ialah Electrolux, LG, Samsung dan beberapa brand yang lain. 

bolek refer sini

selepas aku dh kaji di LAZADA suami aku berkeras nak beli kat SengHeng sebab dia kata barang eletrik kalau rosak boleh ganti bila ada warranty ..macam yg aku beli kat sengheng ada warranty 5 tahun 

so aku buat kajian satu satu brand 


mula mula aku kaji pasal mesin basuh Electrolux front load..dh lama sgt aku mengidam mesin basuh front load ni ....

oklah aku share spek tiga tiga saiz antara 7.5kg, 8kg dan 9kg. 

hakikatnya tiga tiga ni saiz dia sama je cuma yg 9kg besar 74 mm ..besar mana 74 mm ni sila refer gambar bawah 


perbezaan depth washer 7.5kg dan 9kg hanyalah 74mm
bawah ni pulak specs bagi ketiga ketiga siaz mesin basuh ELectrolux 


saiz washer 7.5kg dan 8kg exactly sama





specs 7.5kg 

Korang tau last last aku beli yang mana ?
aku beli yang bawah ni ....

sebenarnya aku nakk sgt yang electrolux brand baru harga RM2399
mmg smart gila ...tapi tambah ngan dryer jadi 3 ribu lebih 

terpaksa aku akur dengan suami ku


oklah insya Allah hari ni sampai ..semoga semua nya baik baik sahaja Aaminn
benda paling untung aku dapat dryer RM899



ni mesin basuh ...
semua barang yang aku beli ni esok sampai ...so esok baru aku test basuh.




Selasa, 1 Oktober 2019

MESIN BASUH PART 1

aku balik sekolah dengan hati yang sungguh gundah gulana ..
tetiba Ustaz yang menyewa rumah aku tunjuk gambar bil air mencanak naik ke 220 ..Ya Allah ujian apakah ini ya Allah ..
sebagai seorang yang bertanggungjawab pasti aku akan memikul kesalahan ini ..tambahan pula ustaz tu cuma duduk 5 hari, jumaat balik kr Penang dan Isnin baru sampai semula ke Melaka.

dia dh siap tutup salurn paip yang masuk ke rumah ..
pendekkan cerita aku panggil kontraktor umah  En Fadhli utk betulkan. Sah! ikut firasat aku bocor paip bawah tanah .. Allah ..sebelum tu aku dh ricki ricki group taman umah aku kalau sesiapa bil umah dia naik tiba tiba...

duit tu ada ..ingat tu nak hala ke lain ..nampak nya kena ke lain pulak..

mula lah hati aku bercakap yang bukan bukan ..Allahu sikit je ujian Allah beri ..

petang tu jugak Fadhli sampai dan begitau plan dia nak buat . Rupanya ramai org satu taman aku dh offkan paip bawah tanah sebab bocor dan buat saluran paip baru luar rumha lalu ikut atap. dlm gelegor rumah ..ok lah ....

ikut jiran yang pernah buat bajet dalam 900 ringgit ..so aku pesan suami aku harga nya mestilah sekitar tu aje ..jangan cecah ribu ribu pulak 

dah aku dh janji pada ust tu yg kitorg yang akan tanggung kos bil yang lebih had penggunaan dia..
alang alang tu terus malam tu kitorang hantarkan tilam dan microwave oven yang suami aku dapat hadiah dr MPHTJ. 

rezeki ustaz tu ...tak dpt guna air dua hari dpt tilam baru dan microwave oven..Insya Allah nnt kami nak tukar cuckoo .coway yang lama kami akan bagi umah taman tasik pakai... kos terpaksa lah naik sehingga RM1060 . RM60 kos servis coway tu . 

dan entah apa punca suami aku bagitau macam ni,
" abg nak keluarkan duit ASB ..senaraikan lah apa nak beli .." termasuk bayar kos rumah taman tasik yang fadhli tu baiki .

wow! 8k apa boleh dapat ?

1. Mesin basuh
2. naikkan dapur belakang umah 
3. tv
4. aircond
5. dryer. 

so sekarang ni aku gigih mencari mesin basuh yang promo dalam Lazada ..ofkos lah yang auto . tapi kali ni aku nak beli frond load pulak . dan kalau boleh at least 10kg ..takkan nak beli kecil punya jenuh nak basuh . 

so mari kita tengok pilihan yang aku paling berkenan:





ok aku tangguh kan dulu...sebab aku perasan saiz 7.5kg dengan 8kg dan 9kg macam tak de beza sgt utk brand electrolux ni ..so kajian akna diteruskan ..stay tune!


Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...