Sabtu, 18 Julai 2020

Menyesal Tiada Berguna

Semalam aku goreng kentang dengan nugget ...lepas dah siap goreng aku minta tolong Iyad hantar ke atas utk ayahnya yang sedang menonton tv kat atas ....dia kata dia penat ..biaslah ..mmg dia selalu taknak buat kalau org minta tolong ..oklah takpelah kan ..pastu aku suruh Imran ,Imran bunyi bunyi pun dia nak jugak hantar ke atas ..

lepas tu si Iyad bila dah macam tu menangis..terjerit jerit ..biasalah bila ko taknak buat org lain buat ko rasa diri ko useless kan ..pastu jadi mungkin timbul penyesalan macam dia nak buat tadi sepatutnya .. 

dia menangis menjerit jerit ..aku dah suruh daim pun dia taknak ..plus dia tendang tendang lagi meja makan tu samai bergerak ke tepi ..agak dh lima belas minit dia menjerit macam taknak berhenti aku pun apa lagi ..naiklah hantu ..aku kata diam ! for sure lah jerit ..lepas tu aku betulkan meja makan tu sekali ..entah apa merasuk aku tolok kuat sikit cam aacah pun ada ..pastu iyad terjatuh ..sebab kerusi meja makan tu ..berat..jatuh atas karpet ..tapi yang malang nya !!!!tertimpa laptop lenovo yang suami aku dapat masa dia kerja di tempat lama !!! ya Allahhh..sesalnya aku ...

imran terus capai laptop tu ..mau tak screen dia rosak kalau dh tertimpa kerusi makan. tinggi pulak tu ..

aku terus tanya member mana nak betul screen ..aku konteks cina tu cakap dalam 400 tukar screen ...
aduh! tapi tadi cina tu baru call ..katanya cpu pulak rosak !

Allahh!..kalau lah aku tak buat macam tu takkan jadi laptop rosak ..aku menyesal sangat ...

sesal nya aku rasa ..

nnt aku cerita aku baru hadiahkan suami tepon iphone 11 itu pun aku beli installment dua tahun dengan celcom . ni laptop pulak rosak ..macam mana imran nak buat kerja sekolah ..mcm mana aku nak siapkan ERPH yang selama ni aku buat pakai laptop dia ..aduh ! semua pening macam mana nak buatni ...

kalau aku lebih menggunakan otak tak jadilah benda yang macam ni 

kat sini kalau nak baiki laptop ..belakang Mc Donald kat batu berendam

kerosakan pada screen

brand lenodo ideapad kalo rege kt lazada 2700

brand dia ..ni sebab tauke tu suruh amik gambar

sejujurnya aku yang amik pengajaran bukan Iyad ..aku minta maaf pada suami dan Imran sebab buat roska laptop tu ..mmg boleh beli baru ..tapi sayang sikap kita menyebabkan kita rugi!

berbaloi kah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...