Jumaat, 17 Julai 2020

SEKOLAH MENENGAH

hari ni saya nak menulis panjang lebar
ini cerita kita dan anak anak kita.

korang nak tahu dilema nak hantar anak sekolah di mana bila naik sekolah menengah sering menghantui pemikiran ibu bapa ..walaupun imran dah masuk ke sekolah menengah aku masih memikirkan kaedah yang sesuai sekiranya anak mula naik tingkatan 1.

jika dilihat dari aspek latar belakang aku . Abah masukkan aku ke sekolah agama rakyat ( swasta bukan kerajaan) dr tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Di sekolah agama inilah aku membina dasar pengetahuan aku yang aku bawak hingga ke aku universiti dan seterusnya. Namun aku tak menafikan betapa pentingnya pengaruh ibu bapa dalam mencorak seseorang itu menjadi manusia.

Apa pilihan kita ada bila ank nak masuk sekolah menengah?

Kebiasaan yang di pilih ialah:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Smk ni merupakan sekolah harian biasa yang balik hari . rata rata antara kita sekolah di sini . Adakah sekolah ini bagus ?Sejujurnya sebagai guru di SMK aku merasakan sekolah menengah kerajaan ini bagus kerana semua guru adalah guru yang terlatih dan sentiasa di " update" oleh KPM. Macam korang install WIndows kena updatekan bila sampai masanya ..hah! begitulah guru guru di SMK.mereka mempunyai contact terus dengan KPM dan boleh dikatakan jika berlaku sebarang perubahan pada struktur kurikulum , merekalah golongan pertama akan menerima maklumat dan menghadiri kursus yang dilaksanakan oleh KPM ..( SBP bawah pengurusan lain , MRSM totally bawah MARA)

namun ada yang tak bagus, kerana ini sekolah kerajaan atau umum macam hospital kerajaan kan ..maka semua lapisan masyarakat hantar anak dia ke sini dan mereka akan berjumpa macam mcm background family dan biasalah bila dah ramai ramai ada yang terpengaruh dan jadi nakal .

Cuma aku nak highlghtkan bahawa benda benda ni masih boleh dikawal di sekolah menengah. Jangan korang salahkan sekolah jika anak anak bermasalah. Sesungguhnya! (taukid) anak anak ini bermasalah berpunca di RUMAH..aku tekan kan sekali lagi ..mereka bermasalah dirumah dan membawa masalah itu ke sekolah dan mempengaruhi rakan rakan lain bila mereka bermasalah . kasihan mereka..kadangkala ujian yang mereka hadapi ni tak pernah kita lalui waktu kita di usia mereka....

Jarang sangat kita jumpa pelajar yang bermasalah jika family takde masalah. { pandangan penulis...}

Masalah disiplin pelajar:

1. Datang lewat ke sekolah
2. Ponteng sekolah ( lepak mall)
3. Mencuri
4. Bercinta ( masalah laki dan perempuan ni )
5. taknak belajar [ tak minat sebab tak tahu]
6. rogol ni kes berat
7. gangsterisme

Apa punca masalah student yang kononnya "liar "sangat ni:

1. MAK AYAH BERCERAI - tinggal dengan ayah tiri, mak tiri etc
2. AYAH TAK KERJA
3. MAK AYAH KERJA LANGSUNG TAK BALIK RUMAH- ADA JUGAK
4. PELAJAR TINGGAL DENGAN NENEK..mak kawin lain ikut
suami baru ,ayah kawin lain dan begitulah

banyak lagilah nak senaraikan ....

ok ni baru sekolah menengah ..

oklah nnt aku sambung kalau korang nak tahu lagi

nnt aku nak cerita pasal sekolah menengah swasta ..

org KL banyak pilihan sekolah swasta ni ..mmg bagus tapi kena sediakan kos .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...