Menginjakkita ke tahun baru 2021.
Aku berusia 38 tahun , pada tahun ini.
Imran berusia 14 tahun 
iyad 10 tahun 
Ihsan 8 tahun dan Orked 6 tahun .
bermula sesi persekolah mereka bertiga di sekolah yang sama.
Aku tadi menguruskan rumah sewa 
kali ini rumah aku bakal di diami oleh pasangan yang baru menikah 
Fikry dan Dira.
aku tak mintak banyak ..bayar sembilan ratus cukup utk sebulan .
duduklah sehingga bulan Mac 
Mac rumah akak di diami oleh pelajar utem seramai 7 orang.
selama setahun . Aku harap mereka menjaga kebersihan rumah .
aku dh start berniaga Norwex
rupanya tak semudah yang aku sangka 
tapi aku cuba sehingga aku dapat mop bernilai RM400 
baru aku tahu perasan org yang berniaga bagaikan kawan kawan kawan lari jauh dr kita
takut agaknya kita buka barang jualan .
sebenarnya aku tak untung banyak pun 
Aku mmg bagi keuntungan sebanyak 15%..tambah tambah elite customer dapat 15%.nak beli tuala pulak lepas ni ..
Mahirah adik hafidz dah kahwin 
kahwin dengan Halim , mak ayahnya duduk di Anjung Gapam .
teringat macam mana aku mula mula kawin dulu.
banyaknya kekurangan masa baru baru kawin .
entah lah bagaimana penilaian org pada kita waktu tu 
tapi aku percaya semua org mengalami prose pembelajaran hidup tu sendiri
cth dr tak tahu masak kepada tahu masak 
dr takde harta kepada ada harta 
dr takde anak kepada ada anak ..
dan belajar benda benda lain 
tapi dlm proses tu mesti banyak kesilapan yang kita buat .
Aku mak ajar bersih. tapi kami org kg hidup tak lah teratur sangat .
tapi mak pembersih . hari hari mak nyapu rumah mop 
tapi ada juga bahagian dalam rumah yang takterkemas ....penatkan ..
umur 38 ni makin kena dekatkan diri pada Allah SWT 
sentiasa ingat maut bila bila akan mendatangi kita 
sentiasa bersangka baik dengan Allah dan org lain 
berhenti bercakap bsr dan bercakap perkara buruk org lain 
jujur dan ikhlas dalam tindakan 
sentiasa menjaga kata kata agar tak menguris hati org lain 
sentiasa memaafkan suami dan anak anak 
sayang anak anak 
jgn mudah terasa dengan mereka takut mereka mendapat murka Allah kerana kita 
sentiasa doakan yang baik baik buat anak anak
jgn lupa baca yaasin utk mak abah
berterusan .....
jg makan
cut sugar 
drink a lot of water
eat real food and healthy food
avoid process food 
think positive and sentiasa bersyukur setiap hari .
senaman tiga kali seminggu sekurang kurangnya .
kemas rumah 
jaga kebersihan rumah 
basuh pinggan sebelum tidur 
kemas dapur 
masak makanan yang sihat 
semoga Allah SWt memberkati tahun 2021 ini dengan pelbagai kebaikan .
 
**** 2022 naik DG48 . Insya Allah (umur semasa 39)