Khamis, 15 September 2022

Madinah: doakan dpt masuk raudah..:

Umrah terakhir kami ..keempat buat Kak Azua dan Kak Nana dan kali ke 3 buat aku 


selesai umrah ketiga esoknya kami buat Tawaf Wida. Nak meninggalkan baitullah Al Haram .. kali ni pencapaian aku di Masjidil Haram lebih baik dr kali pertama sampai . Insya Allah akan datang akan buat lebih baik lagi .Tapi sayang uzur semalam ..selepas tamat tawaf wida. nasib baik sah dan tidak dikenakan dam. 

Alhamdulillah aku baru sampai madinah malam tadi 

Pengalaman pertama naik speed train . Kami naik di Airport Jeddah dan turun di airport Madinah . 











dari dalam bas kami dah nampak lampu Masjid Nabawi 

Boleh je kalau nak naik di Mekah . Tiket kami SR150 itu yang dimaklumkan agent . kami tak tau berapa ringgit sebenarnya .

dalam tempoh 1 jam 48 minit kami selamat sampai ke Medinah airport dan terus ke hotel kami . Darr Eiman di Madinah


nnt aku cerita khusus berkenaan train ni ..korang boleh beli secara online tiket dia ..tapi ! satu masalah besar ialag hanya boleh bawak hand luggage ..beg besar besar tak boleh bawak ..so macam mana kan ...kalau kami ..bas ke madinah bawakan beg kami ..so aku cuma bawak beg sandang sahaja dengan handbag ..serius lajuu betul train ni ..kalau perjalanan naik bas dalam 8 jam ...so mmg jimat masa naik train ni 





kami menginap di Hotel Eiman ..hotel ni berdekatan dengan pintu 376 masjid nabawi ... oklah agak dekat dengan masjid ..

makan pulak berasingan dengan jemaah dari Indonesia ..kitorg mmg alergic makan dengan jemaah Indon ni ..menu dia tu tak kena langsung dengan selera kami ...hari ni makan menu hati lembu ..rupanya slah floor ...kami sepatutnya makan di flor B1 bukan Mezzani.. patutlah ! hahah...


bilik di sini kami bertiga duduk sebilik...di Mekah kami duduk berlima dengan Has dan Kaklong 

hari ini Khamis 15 september kali pertama aku sampai ke Masjid Nabawi ..



tempat musolla Saidina Abu Bakar .r.a













setelah ziarah dalam di Masjid Nabawi ..aku tak masuk masjid sebab masih uzur..kak nana dan azua solat di masjidNabawi dan mereka berpuasa pada hari ini. 
aku berjalan jalan di Bin Dawod ..mahal jugak Bin Dawod ni ..aku nak beli benda lain ter beli benda lain ..aku beli pan ni ..adoi! apalah ..


























itu sahaja cerita hari ini di madinah nnt aku cerita lagi okay ..bye nak g makan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...