Khamis, 8 September 2022

Persiapan Beg

Hari ini Selasa, 6 September bermaksud lagi 3 hari aku akan bertolak ke Mekah. ya aku akan ke mekah dahulu kemudian ke Madinah.

Masih banyak barang keperluan belum di bereskan .

aku takde telekung mini ..aku nak beli dua ...supaya tak labuh sangat ...

kemudian nak beli jubah . jubah lagi 2 helai 

Khamis 8/9/2022

Aku dh mula kemas beg. 

Aku isikan jubah dan telekung… aku bawak sampai 6 helai. Aku rasa kena kurangkan . Bawa 5 cukup. Dua utk buat umrah sebab kaler putih. Selebih nya warna hijau dan brown.

Aku ada bawa kain batik dan t shirt utk duduk di sana. 

Aku pun nak bawa stokin, sarung tangan dan seluar dalam. Bra aku bawak jugak dalam 4 helai. 

Aku ada bawak seluar dan blouse. Harap blouse aku pakai tak seksi blouse tersebut. 

Sebab blouse tu labuh.. tapi ketat sedikit di pinggang. 

Semalam aku pergi jusco, lega dpt beli kasit skechers mmg idaman aku dah lama aku teringin nak pakai. 

Mahal juga sepasang rm269. Takpelah invest utk jalan jauh. Nnt nak g mana mana kena pakai kasut ni baru selesa nak jalan jauh jauh. 

Aku pun sempat beli beberapa barang keperluan yg lainz ada kedai barangan umrah dan kelengkapan haji di Taman Cempaka. Berhadapan melaka sentral. 

Semalam juga aku pergi ke klinik amik ubat utk gatal dan ubat stipkan period. Belum ada kesan.harap aku stop period hari ni. Esok dh nak pergi mekah. 

Esok aku akan bertolak dr rumah jam 8 pgi. Sediakan baju anak anak nak hantar aku. Dan kemas barang aku juga. Jam 11 pagi kena solat jama zohor dan asar dahulu di airport. 

Aku takpasti aku boleh buat umrah pertama atau tidak. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...