Selasa, 27 September 2022

Raudah

 Dalam hadits riwayat Abdullah bin Zaid Al-Mazini Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:


مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ

Yang artinya: Tempat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu di antara taman-taman surga.

Baca artikel detiknews, "Keutamaan Raudhah, Taman Surga Tempat Mustajabnya Doa" selengkapnya https://news.detik.com/berita/d-4828661/keutamaan-raudhah-taman-surga-tempat-mustajabnya-doa.

Kerana itu aku perlu masuk Raudah.

turn aku masuk raudah adalah pada 17hb September 2022 ..pukul 10 malam .

Asar, masih ada spotting. 
Maghrib masih ada spotting
Isyak ..tiada clear.

Kak Nana balik masjid .dia tanya "macam mana ? nak masuk raudah ?"
aku kata .." jom.aku nak masuk kejap je doa ..lepas tu aku keluar cepat cepat .."

aku mandi wajib selepas masuk azan isyak ..aku tak solat Isyak lagi .

Kami bergerak berempat . Aku, Kak Nana, Atiqah dan Kak Kin .aku kata" sy dh mandi harap tak keluar"

Kak Kin kata .."Takpe jangan pikir...insya Allah ok ."

Kami berjalan lancar sampai ke polis wanita ..mereka tengok apps Eatmarna dan kami boleh masuk .Cuma atiqah nyaris tak dapat masuk sebab atidah punya apps lampu hijau bukan kuning sekeling ikons active tu ..

kami masuk ke dalam Masjid Nabawi dengan mudah . Kami berhenti dulu seketika. aku tunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. 
Aku mula berjalan . aku dan nampak ruang raudah ..
ya mmg mudah masuk ke raudah dengan apps..jika sekadar nak memijak karpet hijau tanda kawasan raudah itu bukan perkara yang sukar lagi .aku masuk ke raudah . aku mula melihat perempuan bbersesak sesak cuba berada di antara tiang aisyah dan makam Rasulullah SAW..tempat yang paling mustajab doa . aku lihat org berpusu pusu..bertolak tolak langsung lupa jasad Nabi yang ada di sebelah kiri kami . Sedih aku org tak menjaga adab ketika menziarahi makam Rasulullah SAW sepatutnya kita lebih menjaga tatatertib berbanding bertolak dan menjerit jerit..keadaan jadi langsung tidak aman . entahlah ..sampai bila kita nak bertolak tolak sebegini ...aku cuba masuk sdikit demi sedikit . aku elakkan perbuatan menolak mana mana org ..aku masuk perlahan lahan ...

dengan perlahan lahan aku sampai di kawasan raudah seperti yang dinyatakan dalam hadis. aku rasa suasana di situ sejuk .lebih sejuk dr kawasan raudah yang lain .takde ruang utk aku solat sunat disitu .aku lebih selesa berdiri dan berdoa ..sebanyak banyak nya ..aku sebut nama suami , nama anak anak aku satu persatu ..aku mohon segala yang terlintas difikiran ku ..aku mohon nak mengerjakan ibadah haji tahun hadapan . aku harap Allah SWT makbulkan hajat aku ..
aku mengambil masa sekitar 10 minit atau kurang lagi ..setelah selesai ..aku solat dua rakaat masih di dalam kawasan raudah .

sejurus selesai aku terus keluar .aku takut ada stain yang keluar . 

aku tunggu kakak aku di luar . 
setelah aku jumpa kak nana kami berjalan ...aku berhenti di karper hjau di luar perkaarangan masjid ...aku solat isyak di situ sementara menunggu Atiqah dan Kak Kin .Alhamdulillah lancar ..

aku sempat beli shawarma dan air susu coklat kocak kesukaan aku 

Alhamdulillah hajat aku nak masuk ke Raudah di makbulkan Allah ..aku lihat pad aku bersih tanpa ada apa apa ...

Alhamdulillah 18hb September aku solat subuh kali pertama di dalam masjid Nabawi . 
sayangnya aku tak mampu berlama lama .perut aku sakit .akibat makan pisang sementara nak tunggu waktu subuh tadi 

jadik aku tak dapat solat sunat syuruk dan dhuha. selepas makan pagi kami ziarah kawasan luar madinah .

kami siap siap amik wudhu dan tunaikan solat dua rakaat di Masjid Quba . 

kelebihnanya menyamai pahala menunaikan umrah jika kita siap siap amik wudhu dr tempat tinggal kita terus ke Masjid quba dan menunaikan solat dua rakaat.

setelah itu kami ke Jabal Uhud melihat kubur syuhada perang Uhud .dan melihat masjid qiblataini dan menziarah sebuah lagi masjid  

balik ziarah aku berlari lari nak tunaikan solat zohor berjemaah di masjid nabawi ..Alhamdulillah dapat ..lepas tu masa aku nak solat asar pulak ..ada stain balik keluar .

aku tak dpt solat Asar ,
rupanya bila aku balik Malaysia aku kira kira sebenarnya darah yang keluar selepas 15hb adalah istihadah Astaghfirullah alazim ..sebab aku mula period satu haribulan ..aku keliru tarikh hijriah dan masihi , 

kalau tak dapat aku solat di masjid nabawi lebih banyak waktu lagi .
tiang Saidatina Aisyah .

kami berjalan menuju ke raudah

malam aku masuk ke Raudah



Subuh pertama kali di Raudah

selepas zohor di Masjid Nabawi

Subuh di Raudah kali pertama


Solat Subuh di raudah





Menziarahi Jabal Uhud 


Pasar Kurma 

Masjid Quba




Masjid Quba

Masjid Nabawi zohor

Kebun Kurma

di dalam masjid Quba


**** Alhamdulillah dapat masuk Raudah umrah kali ini .syukur Ya Allah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...