Jumaat, 2 September 2022

Waffle panas

“Bagi tau customer waffle ni kena makan panas panas .. kalau dh sejuk tak sedap!”

Tak habis habis mak nya ulang..
benda kalau sedp, sejuk ke panas ke .. mesti sedap.
Ni mcm mcm syarat pulak😆
Hari ni paling laris
Uncle David order 5 waffle
Aqilah 1 waffle
Anas 3 waffle..
Rizq nak order 1 .. sori rizq bancuhan dh habis.
Esok lah.. ( boleh pulak!)
Selain waffle
Kami ada jugak jual aiskrim potong
Perisa kacang merah, durian dengan cendol. Semua RM1.20
Air kotak ice lemon tea pun ada.
“ Apa korang nak malu meniaga.. Rasulullah SAW pun berniaga.. ibu dr kecik berniaga. Jual kuih embah tepi jalan..pastu pergi Nilam Puri jadi pembekal tudung bawal, serunding… masuk UMKL jual kuih putu masa raya.. adalah kejap jual topup.. 😜




RESEPI PIZZA ROTI CANAI

1. Ambil sekeping roti canai segera dan balut sosej kemudian potong potongkan dan susun keliling atas sekeping roti canai kosong.
2. Kemudian sapu sos bolognese di tengah dan letakkan keju mozarella di atas.
3.masuk oven atau air fryer 180 darjah celcius selama 15 minit.



tara..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...