Sabtu, 3 September 2022

Allah bantu

 Beberapa hari ni aku jadi runsing . Khamis aku nak solat keluar spotting . Tarikh aku ikutkan uzur 6 hb September tapi aku lega lah sebab dh ada tanda ..tak yah aku makan ubat ..

jumaat masih tak turun . aku dh pening ..aku pergi Sekolah dengan Iyad hari jumaat sebab nak bawa dia jumpa doktor Asiah ..pakar RespitoryHKL.aku mmg takut kalau pergi jumpa doktor Asiah bukan apa ..takut sebab banyak benda nak kena jawab dengen dia ..pasal cpap makan ubat sedut gas...

tapi Alhamdulillah semua ok takde lah aku kena marah ataupun doktor Asiah komen yang bukan bukan pasal Iyad ..cuma 30hb September ni aku kena bawa Iyad sekali lagi ke Hospital Besar Melaka utk doktor tengokkan Cpap Iyad samada bermasalah atau tidak itu je lain lain dah ok 

balik hospital aku terus pergi amik Imran balik asrama . Sepatutnya aku amik dia lepas solat Jumaat tapi sebab urusan aku dekat hospital dah selesai awal jadi aku pun ambik dia awal ,lepas aku amik imran aku hantar dia ke surau berdekatan rumah aku untuk dia solat Jumaat aku, aku suruh Iyad teman dia sama 

aku hantar diorg jam 12.45..tapi aku tengok surau tu macam kosong je ..mungkin jemaah lain belum sampai lagi ..aku pun terus balik. sampai rumah akubuat kerja lepas tu jam 1.17 tengah hari aku keluar balik nak amik imran ..sampai surau kosong takde org ..rupanya ..suraua tu dh tak buat solat jumaat laagi .dah ditarik balik kelulusan solat jumaat di surau . Zaman pandemik je ari tu boleh solat jumaat kat surau tu ...ya Allah berderau darah aku ..

oklah berbalik pada cerita yang aku uzur tu kan ..aku dah berkira kira nakjumpa doktor .sama ada nak makan ubat turun darah atau tak. aku pun rasa macam nanti dh makan ubat turun darah lepas tu darah tak berhenti aku kena makan ubat stopkan darah pulak ! adoi peninglah..kakak aku dua dua dh uzuru..kak azua aku masih adasikit sikit ..korang bayangkan kalau aku g umrah tapi uzur dan lgsung takdpat buat umrah ..ya Allah apalah ruginya aku pergi mekah tp tak dapat masuk masjidil haram dan tak dapat buat umrah .aku rasa aku seperti didenda oleh Allah SWT atas dosa yang aku ada buat ..kafarah kah?

malam tu tidu pun susah hati .

esok bangun tidor dengan izin Allah SWT turun darah ..alhamdulillah ..tayah pening pening aku fikir pasal nak makan ubat atau tak ..ikutkan aku akan pergi Jumaat .semoga aku sempat mandi wajib pada hari jumaat tu .dan masuk kemekah dengan niah berihram utk buat umrah . sabtu hingga jumaat 7 hari ..ikutkan mmg boleh berhenti tapi ada spotting akhir akhir tu ...semoga Allah SWT mudahkan urusan kami di mekah nnt ..

****pasal makan ubat ni sebaiknya refer doktor jangan main beli di farmasi. ini ubat hormon ..kalau sebaiknya jangaan makan sesuka hati hormon kita kan penting . dengar nasihat doktor.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...