Khamis, 15 September 2022

Tips ibadah di Mekah

 Apa ibadah yang utama di Masjidil Haram?

Jawapannya adalah tawaf .Sebab apa tawaf? sebab hanya tawaf yang boleh di buat di Masjidil Haram tidak ditempat tempat lain . 

kalau boleh setiap kali masuk masjidil Haram buat tawaf sunat bagi menggantikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid . jadi kalau masuk je masjidil haram terus turun ke kaabah dan tawaf sunat . Jangan kata ramai orang susah nak tawaf . Tawaf je ..nnt lama lama selesai ..jalan perlahan dengan tenang dan tidak fikir apa apa ..kalau ada org nak lalu di hadapan kita berhenti dan beri laluan . kalau org nak lalu beri jangan halang.

selepas tawaf sunat .dirikan solat sunat selepas tawaf di belakang makam ibrahim, minum air zam zam... 

lepastu boleh cari tempat yang sesuai utk bersedia solat fardhu . 

TIPS SOLAT DEPAN MULTAZAM

1. Pastikan dtg awal ..sebaiknya sejam awal atau sejam setengah . memang kami selalu duduk sejam sampai masuk waktu solat ..nak solat direct depan kaabah dan setentang dengan multazam . masa di Mekah hari tu hampir setiap waktu kami dapat solat di depan kaabah ..hanya masa kami keluar ziarah tak dapat dan bila balik hotel lewat dr ziarah pun tak dapat ..waktu lain sebolehnya kami dudk di situ 

2. selalunya selepas solat maghrib aku buat tawaf sunat ..just nice nak solat isyak siap ..dan terus cari ruang nak solat fardhu. 

let say waktu solat di Mekah macam ni:


subuh 4.51pagi (azan pertama sejam lebih awal)

zohor 12.16 tengah hari 

Asar 3.42 petang 

Maghrib 6.28 petang 

Isyak 7.58 malam

selalu nya subuh kalau pergi jam 2.30 pagi paling cantik, dpt buat tawaf sunat dan dapat beratur masuk Hijr Ismail. lepas tu terus cr tempat utk solat subuh depan kaabh. tapi masjidil haram ni sentiasa berubah ubah . pintu nak masuk pun bertukar ..macam dulu aku akan masuk ke masjid guna pintu King Abdul Aziz.. kebanyakan yang duduk depan safwah dengan area ajyad akan masuk dr pintu ini..kalau pintu King Fahd ni pintu org yang duduk hotel mahal ...hari tu kami terkeluar dr pintu ni ..terus nampak mc donald dengan kfc sedangkan laluan kaami hari hari tak nampak pun view ni 

Kalau zohor pergi jam 11.30 sebab askar arab ni akan tutup jalan nak ke kaabh bila lagi sejam solat ..tengok lah kdg kdg berubah ..dia halau kita solat kat tempat lain ...kalau dtg lewat terus kena solat atas bumbung atau kena solat diluar masjid. 

kemudian kalau dah masuk janagn keluar..kalau keluar macam nak ke tandas ke ..mmg tak dpt masuk dah ..org sentiasa ramai ..semua berebut nak solat depan kaabh. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...