Isnin, 27 Februari 2023

ONLINE ATAU BAYAR DI KAUNTER

 ada masa kita rasa online tu mudah tapi ada masa kita rasa perlu online tu payah . 

contoh macam https://melakapay.melaka.gov.my mudah kalau ko nak bayar cukai pintu, cukai taksiran tanpa perlu ke pejabat tanah atau pejabat MPHTJ boleh bayar je kat laptop kau ..kan mudah ..nak gerak gerak lagi payah lahai... parking lagi nak menapak ke kaunter ..bayar cash..takde baki eh! penatt mak tau ...

tapi orang marahlah kalau slow..nak masuk tak boleh ..hah! bab bab tu org marah .

tapi kannn ada jugak yang tak sesuai online contoh order makan kat rstoran kena order sendiri ..alahai malasnya ..hakikatnya mmg mudah kita order ..order terus masus sistem..banding style kedai tomyan tulis atas kertas .hihi...macam macam ...

mmg bila kita ada rumah kena fikir kos dua ni:

cukai pintu kat pejabat tanah dan cukai taksiran kat PBT, tu yang angkat sampah bersihkan jalan raya , lampu jalan ..semua tu PBT pihak berkuasa tempatan..contoh macam Majlis Hang Tuah Jaya, MBMB, dengan cukai cukai nilah dia jana pendapatan dan buat macam macam kemudahan untuk rakyat. 

tak semua negara ada sistem PBT ni ..kalau takde tu yang masalah..toilet awam pun takde ..macam kat mesir .nak g toilet kena g restaurant..tapi ni masa tahun 2014 now tak pasti macam mana..makin elok kut..






Cat rumah kaler apa?

 https://instagram.com/spektrum_indah?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Follow abg ni punya IG setel… 

brader ni bgtau kalau nak cat besi cat pakai ni tahan lama hujan panas ...



ni pulak jenis cat yang cantik utk luar rumah ...dia kata putihnya cantik macam kapas ...

biasalah bila nak beli cat kita mula tertanya tanya ..cat apa yang elok kan ..kalau nakbuat sendiri lah ..kalau org buatkan ..gasak ker dia..hahah..tapi cat mmg mahal tau ..satu rumah single storey dlm rm2400 tau ..ni aku anggarkan je ..menerusi laman web yang aku baca ..tu yang kalau rajin buat lah pelan pelan sendiri...nak cat ke nak buat apa ..mmg banyak jimatkan ...



Zikir Kanser


aku tertengok satu video yang Ust Don share pasal zikir yang boleh di amalkan jika terkena kanser ..dan katanya doktor tu kembali sembuh . semoga dpt membantu sesiapa yang memerlukan .



 

Rumah Prima Bukit Katil

     Aku dh ke site rumah prima di Bukit katil ..asal harga nya 186K aku tak ingat berapa ratus ..sekarang dh naik RM207 K..nampak dh lama site board nya tu macam lama gila tergendala...aku masuk ke site dia ..betul betul sebelah laluan Warung Pak Enal..ala..majoriti org bukit katil tahu warung pak enal ni ...masuk masuk nampak bangunan dia ..mmg tengah buat tapi aku rasa macam projek ni ada masalah ...aku rasalah ..tapi kalau tengok dalam web dia kata dah 50% siap..

nampak tak bangunan dia

kalau nak ke site korang akan lalu kedai ni 

setakat ni aku tak berani lagi nak masuk dlm tu 

laluan masuk ke residensi prima


oklah aku nak bgatu ..aku duduk area taman yang masih ada pembnaan ..so depan mata kami hari hari dia buat bangunan.. mmg laju progress dia ..dalam sebulan dah boleh nampak rumah tu banyak siap ..dr sebelum nya ..yang ni aku tak pasti sebab bukan depan mata aku ..tp dr segi lamanya sign board tu macam dh lama ..eloklah naikkan signboard yang baru ...

yg no free semua tau! booking fees pun takde ...jadi terpulang lah korang nak beli ke tak ..cuma personally aku rasa cam risiko dan aku taknak beli ..dan kalau korang berminat tunggu dia siap tapi masa tu high demandlah ..

Throwback ek ..aku beli rumah taman tasik RM183 mmg tinggi dr yang sepatutnya ..kami beli rumah dah siap 80% kalau ambik loan LPPSA tak payah bayar percent yang tak siap tu ..LPPSA yang tanggung...itulh untungnya beli rumah under LPPSA tapi 4% lah dan tetap begitu. 4% pulak atas baki berkurang ..

skrg rumah taman tasik aku tu dah naik 280k kut ..dah naik 100K oklah kan ..nak jual pun lebih mahal ...tapi jangannnnnn! jual..mmg org berebut tau rumah area taman tasik utama tu ..dekat dengan MITC dan banyak kedai makan area situ ..dekat dengan UTEM pulak ..mmg port sesuai buat homestay ..aku nak keja keras jana pendapat dr situ dan pastikan dengan keuntungan dr taman tasik aku boleh buat another homestay lagi insya Allah 

modal nak buat hmestay ni 7k ..semoga dapat balik modalnya ni ...
kita rancang baik baik ..insya Allah 


Sabtu, 25 Februari 2023

Cerita emas azirul, Rumah dan Ayam Gepuk

 Aku dh nak tido ni.. tiba tiba teringat blog belum update. Aku mmg biasa upload gambar dulu. Nampak macam kepochi kan .. tapi nilah tempat aku nak buat rujukan balik. Semua benda aku simpan kat sini. Senang nak refer apa apa hal. 

Ok aku mulakan kisah sabtu ni dengan kami ke Pulau Gadong nak tengok rumah Faith View aku lupa nama dia apa project ni.. senang cakap RM207k 668sf kalau tak silap. Dua bilik dan satu bilik air.. mmg lah kecik tp tadi dh kira kira dh naik rege bukan RM207k lagi … tapi still murah compare Noa , Atlantis, dan kondo2 yg lain .. ni area Klebang tau! Ni kiranya comersial lot boleh buat airbnb dan homestay. 

Lepas dh dgr semua cerita termasuklah progressive fees insurans yg ko kena bayar dr sekarang sampai lah rumah tu siap.. aku dh macam tak sedap hati ni.. takut tersilap buat keputusan. 

Oklah pendekkan cerita aku nak ajak suami aku tengok yg prima punya area bukit katil. 

Harga saama 207k tp 1000sf 3 bilik 2 bilik air. Ni area warung pak enal esok aku nak jumpa orgnya. 
















Lepas habis urusan kamk ke aeon bandaraya nak g tengok wayang. Aku ajak makan kat ayam gepuk pak gambus . First time makan sini.. eh sedap lah pulak 






Nnt aku kemas kini post ni… payah pulak menaip dalam ho ni… 


Apa lagi masuk masuk terbeli cincin belah rotan.. seketoi rm980.. 3.78g murah lah tu… segram RM252 tanpa upah ..

Habis makan nampak kedai emas azirul kosong .. eh tak ramai umat berbaris apa lagi jom masuk … 



Oklah … doakan ada rezeki aku beli second house for investment. Insya Allah Aamin…

Jumaat, 24 Februari 2023

GuestHouse OTW dah nak beli aset pulokkkk!

Hamboiii ! hampaa...baru nak run homestay ..cadar pun baru oder dah plan nak beli rumah pulak dah! ..oklah ..run homestay dapat duit buat bayaq rumah kedua ..nnt dh siap kita run dua homesya oka ka dak ?

boleh lah kalau hamppa banyak masa nak kemaih kemaih rumah ! nnt nak masuk rumah pun nak naik grill buat kabinet dapor semua ..semua makan duit nohh! ampa kena simpan duittt ..oklah nnt kita pi show house kita tepek sini ..hampa ...tungggu na..aku ni nak niaga kat affiliate tiktok kena tolak ..nak niaga shoppe kena rejct..nak buat acount etsy kena suspend! awtlah lagu tu ..org lain helokkk ja ..niaga guna tiktok ..adoi ! aku tegok aghang tak sekolah tinggi pun pakai keta bmw ...rumah ada swimming poool..elok jha diorang niaga..awatlah aku ni kut mana pun tak lut .awatlah lagu ni ..

sabaq na! hang tu dh senang ..nak senang lagi tara mana ..adoiii! ...

pelan pelan lah noh! bak kata faizal tahir ..santai santai lah kawanku ..laju laju hang nak pi manaa!

adoiii....

okah nnt aku review ekk..homestay aku ngan rumah prima baru nak usha usha ..lokasi rahsia! okayyy!

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2023

 hai hampa.....hampa sedaq tak gaji naiqq seratuihhh....

mesti hampa tak perasan kannn! 

Pekeliling kenaikan gaji penjawat awam 2023 secara tahunan terkini, Semakan Skim Tangga Gaji Kakitangan kerajaan dalam skim perkhidmatan awam di bajet belanjawan dan kgt tambahan khas RM100 mengikut gred dari gred 11 hingga gred 56..

nak bgaitau ..sapa uang kasikk ni ..ahahhh! Perdana menteri Anwar Ibrahimlah yang umum kenaikan gaji tahunan kgt tambahan khas RM100 untuk penjawat awam 2023 mengikut gred dari gred 11 hingga gred 56 yang mana bayaran bermula Januari 2023. 

Terima kasih PM dengan pemberikan kgt penjawat awam

kalau hampa tengok gaji basic hampa Disember 2022 dengan Januari 2023 ada beza seratus. hari tu dok gaduh ngn kawan kawan ....sekali ka naik atau tiap tiapbulan dia naikkk? ada yang kata naik sekali jah! ada yang kata tiap tiap tahun naikk 

so conclusionnya ..memang naik rm100 setiap bulann...okayyy! dan kalay hampa perasan Januari ada bantuan khas 

mencikk! semua tak pasan ..tahu belanja jha!



dah dapat ke belommm..sudahlah hampa oiii ...januari 2023 dh masokkk...

klah ..kalau nak tau panas bonus kakitangan awam mai sini na... nanti kami ceghita ..ni terpengaruh dengan Faten Masak lah ..nyampah!

Khamis, 23 Februari 2023

Guesthouse kembali ..

Assalammualaikum. Actually aku dh plan nak buat homestay ni sejak dulu lagi..sampaikan ada page aku namakan homestay aku . tapi ..lepas tu aku sewakan sekarang ni aku dalam proses membaik pulih rumah ni utk di jadikan homestay semula. 
ada beberapa proses yang aku dan suami kena buat sebelum kami mulakan operasi homestay ni 

antara yang penting aku nak buat :
1. naik taraf porch- tiles kos sekitar RM3670 - Paid 2500
2. baiki saluran sinki dapur tersumbat - free under indah water
3. langsir- aku dapat quotation satu rumah 2300 aku nak try kedai langsir di MITC kalau dpt murah 
4. beli cadar dua 
5. aku dah beli 6 bantal -rm108
6. beli tilam lipat extra 2 buah-rm300
7. cat luar rumah dan pagar - 
8. bersihkan laman- RM400 
9. uphostry sofa- 2300 anggaran kos



kesimpulannya banyak benda aku kena fikir sebelum boleh sewakn rumah ni 
termasuk basuh karpet dan letak di sana 






 

Selasa, 21 Februari 2023

Kapsul Nesspresso Murah

 Actually aku baru je tahu pasal nesspresso ni ..aku masuk web dia ..pastu jumpa pasal plan sebulan 100 ..korang boleh dapat 46 capsule. kalau korang mmg hantu beli kopi boleh lah ambik plan ni ..

tapi yang tak bagusnya sebab dia deduct duit ko setiap bulan 100 ..oklah kalau ko mmg membeli setiapbulan kan ..

tapi yang jadik hal nya minimum order 50 pods. maksud ko kena amik atleast 5 kotak satu kotak ada 10 . 

kalau beli satu satu pods pun boleh tapi kena beli 50 ketul . aku pun pi lah join plan tu ..aku ingat nak beli 4 je ..adoi ..tapi tak berjaya kena beli 5 kotak ya ..tapi yang leganya bila ko join plan tu postage free..

kalau nak lebih faham cuba masuk page dia ni ..

korang pun boleh beli kopi dengan bayran RM80 sebulan ..

kalau korang beli kopi ni kat shoppee lagi mahal tau ..satu kotak boleh cecah RM33 ..kalau beli di sini lebih murah ..aku tengah usha usha plan mesin kopi dia yang ada susu tu ..tapi takpelha ..guna je apa yang ada ni ..tu pun bukan rajin beli pods kopi ..

cumanya better beli direct di sini dr shoppee.. katalah ops korang ada mesin kopi ni kan ..korang tong tong lah beli capsule ..heheh ..sorang beli sekotak kopi ..boleh minum kat tempat keje kan ..

aku kat sekolah baru baru ni Cikgu Heirman bawak mesin kopi ke sekolah ..so seronoklah kami minum kopi layer kat sekolah ..
aku malas bawak aku punya nnt kang ada semua benda kat rumah nak bawak ke sekolah ..
caner tu ..niatkau baik pun tak semstinya diterima baik di mata dan hati orang lain ..aduh!

nak buat macam mana ..manusia ni lain lain penerimaan atas sesuatu perkara....


ni plan yang aku amik nasib baik bila bila masa je boleh cancel subscription


Double Tree by Hilton review 2023

 


hai korang nampak nya aku kena skip bab bab berapa kos tinggal sini hahha..awal awal dh larikk topik .sorilah aku just nak share pengalaman dinner dan bfast di sini . actually kebetulan suami aku kursus so merasalah kami tinggal disini semalam ..

dr hotel ni korang boleh nampak view klcc yang cantik macam dalam gambar tu ..ni masa sunset tau..
kebetulan kami nak turun makan malam ..
aku pun lupa nak snap gambo dalam bilik ..asyik fokus makan je kan ...








bila korang check in dia akan bagi korang biskut macam famos amos ni ..sedp tau! tapi sebab kami nak turun dinner tak sempaat habiskan biskut  ni ...

kat sini korang boleh makan tiga jenis menu ..ada melayu, cina dan india ...
malam yang kami makan tu kami banyak fokus kat makanan isi ikan mentah tu ..sebab kat luar kan mahal ..sashimi kan ...mmg fresh lah ikan dia ...lembt je isi ikan tu ...

pastu sebab banyak sangat menu sampai ko tak tahu nak makan apa ..ada semua menu kalau g hotel ..nasi ..lauk kambing ayam ikan daging ...buah buah an dsert ..semua lah ...kopi ia brew okay ..
ni area chinese food ..ada air macam lai chi kang ..sejuk dan manis ..sedap je lalu kat tekak 





tu ada menu yee sang ..tak pandai makan jadi tak cuba pun 




ikan salmon mentah dengan sotong ..sedap gak ..hati hati makan sotong takut tercekik

pagi pun ada tiga kitchen ..korang boleh makan beraneka jenis roti canai, tosei, roti planta roti telur, menu chinese pu ada ...dia sediakan buah fresh dan manis manis buahnya ..ada yogurt ..wafle dan madu ...



unik kan madu dia sediakan tu

cakoi pun ada tapi takd ekaya dia

indian kitchen ...



pelbagai jenis roti yg sedap ..tapi tak lalu nak makan semua ..

ihsan complaint pancake dia abiasa biasa je 



orked pun makan sashimi 

terdapat pelbagai jenis cheese..






plain bubur ..siap ada telor herba

tekak melayu tetap carik nasik lemak ..kut mana pun



sashimi lagi ...













ni sesi breakfast ...asyk makan je kerje nya

Imran dan Iyad ..no 1 dan no 2







Alhamdulillah kami chekout dan terus balik ke Ipoh ..

kalau korang nak bercuti silakan ke Double tree KLCC ni ..tapi aku rasa rate dia agak mahal ..nakbuat raso raso boleh lah 😂😂😂

oklah ..doakan aku baik baik sahaja ya ...
take care


Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...