So ..selepas tu, aku tanya semua balik kos kos yang dia letak tu ...aku buat dalam "Numbers" ni kira macam Excel lah ..tapi kalau macbook dia panggil Number..kalau words kita panggil Pages, tertiba citer pasal Macbook ..
oklah
Description | Budget |
-kitchen entry grill with top panel | RM 800 |
-6’ x5' table top with with concrete finishing surface with epoxy clear paint | RM 1,800 |
-To hack and lay 1 1/2 upvc piping concealed in wall and discharge to nearest manhole | RM 200 |
-To hack and divert the inlet and outlet point for laundry area | RM 200 |
-To hack and install water inlet point and outlet for sinkage | RM 100 |
-To hack and replace existing brickwall with lintels for wet kitchen with aluminium sliding windows | RM 2,300 |
-To plaster erect 4" backwall (industrial) for wet kitchen back wall, existing brickwall make good | RM 3,200 |
Total | RM 8,600 |
so aku tanya balik ..gril jenis apa yang aku akan dapat ...so dia kena mentioned lah kan ..sebab aku taknak aku main terima harga dia cakap tanpa tahu apa material yang aku akan dapat ...coating powder ke atau macam mana kan ...
pastu aku tanya jugak kalau aku tolak epoxy clear paint tu gantikan dengan tiles 2ft x2ft berapa dia nak kira ...sebab dia letak kos table top aku sahaja 1.8k...
dinding bata merah yang aku nak tu kat mana ? aku pun tak faham kan ...
last sekali kalay yang back wall ni aku nak tukar tiles biasa berapa kos dia akan kurang?
so bila aku dh tolak beberapa perkara ni dan dia jawab persoalan aku dengan jelas dan terperinci baru lah clear kan ..so takde unsur menipu antara satu sama lain ..
ok pasal tingkap panel tu jugak ..dia belikan aku jenis yang mana ?
2300 tu untuk satu tingkap regenya berapa ..apsal ko lumpsum letak 2300 so macam tak jelas kat situ ..
|
aku jumpa ni di internet . |
so bila aku kira kira tingkap tu harga 105 usd jadik RM300 ..ktalah aku amik 2baru 600 plus plus ..tambal satu panel rm150..baru 750 ..ok so kat mana kos naik jadi sampai 2300....1550 beza..takkan upah pasang tingkap cecah 1.5k kot..
so aku macam beritau kalau dia boleh kurangkan lagi harga aku amik dengan dia ..kalau tak boleh takpe aku akan try kontraktor melayu yang kawan aku bagi nombor..
Aku rasa tak ramai orang yang clarify benda benda macam ni ...kebanyakkan nya bersetuju je dengan harga kontraktor.
sepatutnya kita kena tahu harga tu semua ..
oklah kalau mana mana kontraktor yang baca post aku ni mohon respons ..kalau aku salah bagitau mana tau harga dia sebenarnya dh ok aku yang taktau latar belakang bab bab ni ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan