Ahad, 7 Jun 2015

putri orked imani ~ episode 1

image
ini ibu aku. jamaliah bt mohd zabidi. dan itu aku di usia 73 hari. ibu kata aku tidak secerah dia. aku ikut kulit ayah ..sedikit gelap..tapi aku punya lesung pipit dikiri dan kanan pipiku ..persis ibu.
post ibu bakal hadiahkan pada ku bila aku mencecah umur 18 tahun..sigh...dh tentu bukan   aku yg menulis cerita aku..kerana ini karya hati ibuku utk putri  kesayangannya " orked imani "
image
aku berdoa pada Allah semoga aku putih seperti ibu...hahah...
image
ini ibu. .cantik bukan ...?
image
dan ini ayah...hye ayah...
image
ini abang sulungku imran..
image
dan ini abangku iyad..
image
kesayangan ibuku ihsan boolat...
dan aku lah yg bongsu ...
image
hai...salam perkenalan dari ku...till the end..

Sabtu, 6 Jun 2015

reviews : hotel baru di wakaf che yeh ..HOLIDAY VILLA & SUITE

tahun 2001 ..tempat ini merupakan kilang tayar...tapi 2015 tersergam sebuah hotel yg sangat  cantik  di tengah  WCY..betul2 dihadapan pasar wcy yg  happening  betul  pada waktu malam..kami sampai  pukul 10 malam keadaan masih lagi meriah..
check  in...setelah  10 jam perjalanan  

hotel bertaraf 4 bintang ...

muka happy ...yeay

esoknya terbongkang kepenatan semua..bilik ni satu katil rm 230 semalam include  breakfast..

hotel ini dibuka baru 3 tahun ..yg menarik nya ia milik bumi putera dan betul2 depan wakaf che yeh ..jalan kaki je nak shopping ..dan disekitar hotel ni banyak tempat makan  yg menarik..hah ..sebelah hotel ni ada mc donalds..so memamg senang lah nak cari kan..jalan lupa makan di kst ikan bakar dan sup keting...

paling best ..menu breakfast dia ..nasi kerabu ..ayam per cik  dia the best lah..dan nasi lemak dia pun sedap..kaau taknak bfast di hotel . .sekitar situ banyak jual menu bfast yg sedap...

so jangan lupa ..pergi kelantan  duduk di wakaf che  yeh. .lebih best ..berbandinv bandar KB pukul 9 dan gelap  gulita semua dah tido..kat sini pukul 2 kereta masih sibuk  lalu lalang...

ok ! 

percutian yang sangat panjang..frasa 1 : shah alam ke kelantan.

pada hari selasa 2hb jun ..kami memulakan perjalanan yg sgt panjang ....menjelajah hampir 2000km dengan menaiki kereta stavic yg banyak berjasa.

Day 1.

pukul 12.00 kami bertolak  dari shah alam..suasana mendung dan hujan lebat baru berhenti. dari shah alam kami ke jalan khucing nak ke gombak melalui bandar baru sentul ..mmg menjimatkan masa ..sebab kami dpt elakkan  jammed dari ikut jalan biasa. sampai di gombak kami belok ke genting sempah...bermula  lah perjalanan kami di lebuh raya karak bentong  dengan melihat permandangan yg sangat cantik...pelikkan kalau kita g luar negara ..dlm bas sibuk amik gambar pemandangan sekeliling ...malaysia pun cantik xnak amik gambar pulak..sejuk je mata memandang ...melalui sini banya tempat menarik  kita boleh singgah  seperti  genting highlands, bukit tinggi...tanah aina ni di area raub.

kami berhenti di petronas di rnr sebelum masuk ke bentong barat ..utk solat dan basuh berak ihsan..hahha...makan jajan sahaja takde makanan berat...masuk bentong pahang maka tamatlah jalan lebuhraya yang selesa.

bertemu pekan bentong dan kami teruskan perjalanan ke kuala lipis..jauh jugak jarang bentong dan kuala lipis...
dragon ball peneman sepanjang perjalanan...ibu nya makan hati sebab tak minat!

trademark  bentong . ..tak sempat amik ...kalau g pahang mmg ada nama nama tempat macam ni termasuk di temerloh dan kuantan

mr pilot.

melalui jalan dalam dan kampung kampung ..menimbulkan  tanda tanya mmg macam ni ke jalan ke kelantan masa musim hari raya yg sesak ...isk ..teruk jugak 16 jam dalam perjalanan....kalau kereta rosak di dalam hutan bagaimana...kalau malam pun bahaya juga ..tambah dengan anak anak kecik...kuala lipis kampung dato siti nurhaliza..setelah lama di kuala lipis kami menemui gua musang . .jarak nya sgt jauh...

masuk gua musang dah jumpa bandar..cantik  juga bandar gua musang dan banyak kawasan komersil yg baru. .perjalanan masih jauh utk ke kuala krai ...hari semakin gelap..hati mula gusar tambah dengan 4 org anak yg masih kecil..jam menunjukkan pukul 7..dalam perjalanan ke kuala krai ada pokok tumbang di tengah jalan...

pukul 9 lebih kami berhenti di kuala krai utk makan malam...masa ni org sibuk tengok bola malaysia lawan vietnam...sukan sea..makan sekenyang kenyangnya batu rm26 ringgit . .hahah....ada tomyam ..daging masak merak sayur kailan ..telur dadar nasik 3 pinggan...air milo tehtarik sirap nescafe tarik . .teh o laici...murah lah tu..jgn tanya nama kedai ..saya tak ingat...

kami sambung perjalanan  lagi hampir setengah jam ...dan akhirnya kami sampai di wakaf che yeh di mana hotel holidays villa and suites..

next  entry...best  ke hotel ni..?

red velvet: petuanya.

telah menjadi impian aku sejak dulu lagi nak membuat kek ini..fuh! ayat..skema banget...tapi baru sekarang dapat buat...oklah succes!..haha walaupun ade sikit kesilapan ..yang best nya imran suka iyad suka dan ayah pun suke..kalo nak cuba buat bukak blog nani rostam ,.mak kepada cik cantik manis hanis zalikha...hihi...

cerita pengalaman wat red velvet ni aku ada silap part last yang mana cuka campo ngn soda bikabonat..nnt dia berbuih cepat cepat masukkan dalam adunan kek..yang haku terletak baking powder..apa da...nasiblah rasa dia tak lari sangat ko..hati hati buat kek ...baca dengan penuh hadam ok...nnt ade rezeki aku nk buat cupcakes...mesti comelkan...i like comel comel ni ..badan aku pun makin comel ..ahaks!

lain lain pesanan jaga api oven..oven org berbeza beza..so kena adjustlah..takut tak masak atau hangus bawah...


somebody read my blogggg!!!!!wow

Assalammuamalaikum...amazingkan ...tak pernah terfikir blog ntan apa apa aku ni ada jugak orang lain baca...weeee..macam best pulak...yang paling best adakat united state pun baca ..apakah maksudnya..hahah..so teruskan menulis cerita yang aku rasa nak cerita ..dam mulalah menulis cerita yg ada informasi ..itu sgt penting ..kadangkala cerita yang buasa biasa pun tak apa ...

Baik memandangkan ada org baca blog ink maka saya ingin berkongsi petua utk terus bahagia..ambik kau  dah jadik macam prof muhaya pulak...whatever!

Kawan..kawan ,
(Sejak bila aku berkawan kawan neh? )

Maksud bahagia dalam hidup akan berubah apa bila kita ubah cara kita melihat maksud bahagia itu sendiri.. ubahlah makna bahagia dalam hidup anda dan anda akan bahagia, apakah maksudnya ini dan bagaimana.?

Baik..berhentilah memandang bahagia itu kaya ..cantik...muda ...tiada masalah dan sebagainya..cubalah berbahagia dengan apa yg kamu ada.

Ada orang banyak duit tapi sakit dia tak bahagia
Ada orang yang sihat tapi miskin dia tak bahagia
Ada orang yang berkahwin dia tidak bahagia
Jadi di mana bahagia itu,...

Di dalam hati kita bila kita rasa cukup dengan apa yg kita ada kita akan bahagia,
Ini namanya qanaah.

Berhentilah memandang pelangi di atas kepala orang lain..sedangkan di dalam kasutnya dia memijak duri..

Saya berkongsi sebuah cerita sebenar saya...

Di awal perkahwinan saya duduk berasingan dengan suami ..saya di melaka dan suami di kl.
Saya pikir apa baiknya saya jauh dati suami ..tahun 2006 saya posting ..bayangkan hark pertama sampak ke sekolah lapor diri..hari tersebut saya minta tukar ..langsung tak profesional!

Saya menangis sedih ..jauh dari suami ..namun saya tidak lihat ia suatu yg baik ..yg saya rasa semuanya buruk dan menyusahkan ...tambah pulak baru tahu mengandung alahan yang teruk dan saya tiada selera langsung utk makan..

Apa jadi 3 tahun selepas itu...

Allah mula menampakkan pertolongannya...
Dis 2006, gaji pertama saya terima tunggakan hampir 7k saya buat downpayment myvi..kereta pertama saya...dgn ada kereta saya boleh menyewa rumah yg lebih selesa dari rumah yang sebelumnya..

April 2007 saya dikurniakan cahayamata pertama yang sihat dan suami mendapat pekerjaan baru dalam kerajaan sebagai pegawai tadbir diplomatik..

Mei 2009 , suami membeli kereta pertamanya Honda City

Disember 2009 saya berjaya membeli rumah pertama dengan pinjaman bpp rm 183 000...di ayer keroh

Maka 2010 saya mula berpindan ke Ayer keroh dan duduk di rumah baru...

Lihat..bagaimana Allah kurniakan nikmat buat hamba hambaNya..tidak mahukah kalian bersyukur..dan kita 2015 saya ,masih menetap di melaka ..negara nya maju kecil dan sungghh bersih..rakan rakan ay yg duduk di lembah klang masih belum memiliki rumah..kerana harga rumah semakin mahal..

Nampak gayanya kami mungkin lama di melaka..dan sekarang telah ada 3 anak yang dilahirkan di Melaka..

Pengajaran yang perlu diambil;

Bersangka baik terhadap Allah...
Pengetahuan kita terhad dan  terbatas...baik buruk sesuatu perkara kita rasakan kerana menurut jangkaan dhaif kita ..terima segala yg Allah tentukan kerana setiap yg dtg dr Allah itu baik jika tidak sekarang akan datang..jika tidak baik di dunia ..ia baik di akhirt kelak..
Wasalam.


Jumaat, 29 Mei 2015

alhamdulillah

assalammualaikum  semalam hari pertama bekerja  selepas 3 bulan bercuti.

ada banyak kerja yang perlu  diselesaikan. sama  ada suka atau tidak tugas itu perlu diselesaikan semasa cuti sekolah.

bersyukurlah di samping dpt bercuti bersama keluarga  kerja menanda kertas peperiksaan perlu diselesaikan

nak share stories pasal tudung  nealofar celop.harga murah dan kualiti superb .
beli kat mana? kat mydin mall mitc...harga satu rm25 ringgit .saya beli dua. bersama inner dia ...rm5 .
best kan.

tapi tudung neelofar ni tak berapa tutup di belakang walaupun depan boleh dilabuhkn...

jom tengok  muka pakai tudung  nelofar

Jumaat, 22 Mei 2015

madinah

setenang tenang tempat di dunia ada lah bumi madinah. ya aku mengakui nya .benar ....keadaan sangat mendamaikan ...dan walaupun kali pertama sampai di bumi madinah ...percayalah..kalian rasa seperti  balik kampung ...tempat kita..dan tidak kekok walaupun baru sampai sehari...

aku sampai  di madinah dalam waktu maghrib..perasaan sayu mula dirasai sejak penerbangan dari mesir ke madinah...gelak ketawa usik mengusik bagaikan terhenti tatkala kami menuju  ke madinah...hati  mula fokus kembali ..kembali pada niat asal bermusafir...utk beribadah...

bila bas bergerak menuju ke hotel ..hati mula tenang ..dan gelojak nak pergi masjid nabawi mula terasa..makin hampir makin berdebar..makin tak keruan...bila bas masuk ke kawasan bangunan bangunan  hotel ..mata mula mencari mana masjid nabawi ..mana maqam rasulullah ..dan kami tiba di hotel sewaktu azan isyak sedang dilaungkan...kelihatan org ramai berpusu pusu berjalan menuju ke masjid..sampai di hotel..kami lekas lekas naik ke hotel bersihkan  badan dan bersiap sedia utk solat di masjid nabawi..aku dan kak na serta beberapa org jemaah perempuan pergi bersama..kami jalan laju ..laju sebab tak sabar naknjejak kaki ke masjid nabawi..tempat yg aku idam.idam.kan nak sampai..bayang sejak sekolah tendah aku sering dengar abah bercerita tentang mekah ..madinah..raudhah...segala galanya ..dan malam ini tubuh badan ini akan merasai sendiri pengalaman sebenar..kami sampai di hadapan masjid..masya Allah cantiknya ...sungguh bercahaya...kami masuk ke masjid yg mula lengang sebab org sudah selesai solat isyak ..dan masing masing mahu pulang ke hotel..namun masih ada se bahagian  ramai solat ..membaca quran dan sebagainya. ...di luar masjid nabawi jugak ramai org yg solat mahupun duduk berehat bersama keluarga...

aku solat jamak takhir ..di dalam masjid nabawi

aku masih ingat sewaktu kali pertama  baca doa dalam masjid aku menitiskan airmata perasaan yg sukar digambarkan ..berjaya menjejakkan kaki ke maajid nabawi...allahu akbar..

pada malam itu juga aku mahu ke raudhah . .taman syurga ...aku tak tahu bagaimana rupa raudhah cuma yg aku tahu ..kena berebut masuk ke raudhah..dan bila dah masuk raudhah doa sebanyak banyaknya...solat sunatv..dan lamakan pada bahagian sujud ..berdoalah ..nescaya Allah swt akan makbulkan . ..

kami menunggu..semua jemaah perempuan di kumpulkan mengikut  bangsa..org malaysia dan indonesia di letakkan sekali...kami dudk dalam.kumpulan  kami...kami dpt lihat jemaah dari turki..jemaah dr negara negara luar..mereka semua kelihatan agak agresif  utk masuk ke raudhah.
aku sabar..biar lama mana pun asal dpt masuk ke raudhah malam ini aku sanggup tunggu...aku menjenguk jenguk mana raudha ..kat mana raudhah...besar mana kawasan raudhah itu..satu demi satu kumpulan di lepas kan ke raudha..dan aku boleh katakan kami kumpulan yg terakhir dibenarkan masuk raudhah...org bangsa melayu lemah lembut dan sentiasa sabar ..kami tidak mahu berebut2 walaupun hakikatnya hati ni bagaikan ditarik  tarik ...sampai ada seorg mutawifah dr turki dtg ke kumpulan kami dan bertanya ni jemaah dari mana ..sabarnya mereka..malaysia baguss...!!

bila pengawal wanita  yang berjubah hitam dan berpurdah itu berkata ...masuk maka meluru kami semua ke dalam ..raudhah ...kami berlari...kami lihat ramai wanita sedang berdoa menangis..keadaan huruhara  masing2 tolak menolak..ya Allah.

aku jadi bingung ...kami berada dalam kelompok manusia  ada yang berdoa ada yg tolak .
aku tanya " mana raudhahnya .." pengawal wanita menjerit jerit mengawal jemaah , aku pegi padanya ..
" ya ukhti...aina raudhah?" soal ku sedikit menjerit kerana keadaan agak bising  dengan tangisan bacaan doa , tolak menolak yg bercampur aduk...aku tgk kak na menangis...suasana disitu aku rasa kan agak dingin . ..dan berbau sgt wangi...perempuan  arab itu memandang aku pelik..." anti fil raudhah...!" katanya sambil membuat isyarat tangan berdoa..otak aku menangkap ..doa..doa...kamu dh dalam raudhah...seorg perempuan turki yg lihat aku bingung2 menerangkan ..dlm isyarat yg aku faham..." lihat karpet ..karpet warna hijau tanda kamu berada di dalam raudhah....subhanallah ..aku dh ada di dalam tanna syurga . .ya Allah ..aku berjaya masuk ke raudhah...aku cuba menenangkan diriku jiwa ku . .dlm.keadaan org tolak menolak ...terlalu padat sukar digambarkan..ruangan karpet  tidak besar mana utk menampung jemaah yg 5 kali ganda ramai...

Aku menunggu org di hadapan  ku solat ..dgn sabr..selepas dia solat aku pula solat ..aku pelik kenapa jiwa aku kosong..aku tak rasa apa apa.
kerasnya hati aku ..kotornya hati aku ..sedangkan aku pernah  mendengar sekeras keras hati manusia tatkala di raudhah jatuh juga air matanya...hati berkata kata ...ya Allah ampun kan dosa ku ..ya Allah...terima  lah aku sebagai tetamu ..mu...ya rasulullah  aku menziarahi mu...perlahan lahan aku merasakan sesuatu dan aku terua berdoa.berdoa  dan berdoa...sehingga aku mwnitiskan air mata .....aku rasa aku diberikan masa yg sangat lama di dalam raudhah..bayangkan aku masih sempat membuka telepon dan membacakan doa yg dikirim satu per satu . .dlm pada  itu badan  aku ditolak tolak...oleh orang silih berganti...setelah aku merasa puas baru aku ajak kak na keluar dan aku tekad esok aku mahu masuk lagi dan solat dihadapan sekali betul betul mengadam maqam rasulullah ....

Sedikit bingkisan gambar mengenai madinah al munawwarah

langit menuju madinah

suasana tika menuju ke madinah



member arab...
 jika sampai di madinah ..elok lah membeli belah di sini  berbanding makkah..kerana di makkah sudah tiada kedai kedai seperti ini lagi..kebanyakan  di dalam outlet  shopping mall..atau mgkin kami yang belum jumpa..yelah baru sekali sampai . ..

sampai di airport madinah

airport di madinah tidak  sebesar airport klia...

jualan sekitar luar masjid
 terdapat jualan sebegini  di sepanjang jalan hendak menuju ke masjid...


permandangan ketika berjalan kaki dr hotel  ke masjid nabawi..
kita akan rasa sangat senang bila berada di madinah meskipun baru pertama kaki menjejakinya

menu stew daging ...

dalam penerbangan ke madinah.
next entry..muzium nama nama Allah...

malam itu selipar aku hilang dan aku langsung tak kisah sebab ada yang lebih gembira berlaku dalam hidup ku

aku dibelanja abg usop suami kak na selipar baru yg dibeli diluar masjidil haram.

Mesir : bumi anbiyak...part 1

assalammualaikum . .mood writing sudah sampai ...hihu..

kami sampai di mesir pagi ..dlm pukul..8 lebih  jika ..menghirup udara mesir...sungguh  mengujakan..dlm hati terfikir...sampai juga aku di bumi mesir yg ramai kawan kawan menimba ilmu di sini..

bila kami sampai je ..kami di sambut oleh tourist guide ..yang fasih jugak berbahasa melayu ..masa tu aku dh mula happpyy ..dan masih ingat anak..sikit2
di lobby hotel kami 
kami tida terus ke hotel sebaliknya ke tasik fayum..kisahnya tasik ni menenggelam semua harta qarun..seingatnya qarun ni hidup pada zaman nabi musa AS. ..setelah pergi ke tasik qayyum kami ke restoran makan dan balik bilik . ..masa ni sibuk nak yuna wifi  hotel  nak viber ngn imran..

capture wajib nak tengok berapa jauh lagi nak sampai...

ini lah antara keadaan di bumi giza...tempat firaun hahha...agak yelah..

tol mesir..hurmmm....

cantikkan...

dari jauh nampak kubah masjid yg cantik..

masjid pertama kami lawati..dan menunaikan solat zohor..

perjalanan menempuh  padaang pasir nak ke  tasik fayum

masjid sahabat nabi..

sudut pandang luar  airport..

selfie . .alamak tembamnya

snap berdua ..nak hantar ke imran..

first day teruja..lama lama..nak nasik lemak..

bayangkan 3 hari  menu sama..

hari pertama : ke maqam imam syafie..rahimahullah..

wah! gen2..

ondaway nak ke pyramid . .



menjejakkan kaki ke bumi makkah dan madinah PARt 1

syukur ya Allah ..kau berikan kami kesempatan menunaikan umrah di baitullah dan menziarahi kekasihmu Nabi muhammad.nikmat mana lagi yg mahu kami dustakan...dan plus menziarahi mesir dan bandar iskandariah...

hebatkan?

dulu masa zaman sekolah sebok kawan nak sambung bljr ke mesir..ada apa dengan mesir...aku na ke mesir..tobat lahum...hahah..abah takkan izinkan ..sek menengah pun belakang rumah apatah lagi nak ke mesih universiti Al Azhar...hihi akhirnya aku cuma ke um.
baik kesempatan menunaikan umrah..dengan pakej harga lebih kurang 6k lebih kami dapat 3 benda menziarahi  mesir tengok piramid..madinah dan mekah utk menunaikan umrah ..tq ya Allah. alhamdulillah . .subhanallah .terima kasih ya Allah.

aku boleh bahagikan cerita kami kepada 3 bahagian ..sebelum ..semasa ...dan selepas...

sebelum.adalah frasa yg paling mengujikan kami...kami tahu kami berisiko jalan jauh dengan anak2 yg masih kecil  kami tinggalkan ..bayangkan ihsan waktu itu berumur lapan bulan dan masih menyusu ..manakala iyad masih follow up hospital. jadi dengan azam yg sgt tekad kami tinggalkan merek..kerana niat aku mengunjungi baitullah terlalu tinggi. dan antara yg kuat mendorong aku juga ialah sahabat karib ku dunia  akhirat kak na..rohana mat lodin. kak na ..ajak ..jomlah ama..kita pergi umrah sama..kak na ajak abang kak na...kak na mendaftar di andalusia...dan tanya ama.dah daftar? aku mendaftar .tapi masih pikir boleh ke pergi ni? plan asal nak bawak ihsan ..namun masa cucuk vaksin cw8 doctor wahida advise tak payah lah bawa baby ..sian kecik lagi...dah lah masa tu sibuk wabak mers cov..mmg sungguh ujian..
kemudian dalam 2 minggu nak pwrgi kalau tak silap ...pembantu rumah buat hal nak bunuh diri kelar pergelangan tangan ..ya Allah mmg ujian ...tapi dpt handle..masa tu dh telepon pihak travel agency kalau tak jadik macam.mana ...duit dh bayar penuh . ..dan beberapa hari nak pergi kalau tak silap hari rabu...sabtu minggu tersebut dh nak bertolak...atok jatuh bilik air...ya Allah ..ingat lagi macam mana aku dan pembantu rumah mengangkat atok dr bilik air ke bilik..tak sangka itu asbab atok pergi..akan ada satu entry utk atok insya Allah.
semua itu adalah dugaan..dan apa bila dalam kaalterbang ..aku peluk tangan hafidz ..dan cakap ..abang banyaknye dugaan nak sampai ke mekah ni...ingat lagi sampai hari nak fly aku gaduh ngn hafidz ..sebab aku risau tertinggal flight. sebelum naik kapal terbang tak makan pun ...cuma sempat solat ..dan berjumpa dengan abang am kak aisyah dan kak azua..diorg beri nasihat ...masa tu entah lah hati ni rasa tak tentu hala...

perjalanan yg sangat jauh ...kami transit di bangkok sekejap sebelum.ke mesir dengan Egypt Airways . ..seronok naik kapal terbang ni ..besar..yelah org baru beberapa kali naik kapal terbang jakun lah sikit kan...yg part paling  best. .ada bacaan doa semasa nak berlepas ..bab ni mmg tabik spring!!..dan makanan dia pun sdp..aku ni yg alah sejuk bila lama lama dlm econ mulalah...rasa macam nak pengsan ..tak boleh bernafas takde udara segar..hah
posing sebelum berlepas..

kak na dan abg  usop...my beloved friend

layan frozen dalam flight...dengan  desert  yang so yummy!

dalam kapal terbang...

keciknya ihsan...kena tinggal dah...


bangkok airport...

posing dulu..masa ni tak happy  lagi asyik ingat anak..

menanti masuk waktu subuh..dah subuh ni..nak masuk mesir dh nih...

Isnin, 1 September 2014

muhammad ihsan

Kelahiran Muhammad ihsan dengan penuh kebaikan. ihsan dilahirkan pada jam 3 pagi di hospital besar Melaka secara normal ..gentle birth but not so gentle..hahah admit hari jumaat ..dengan alasan baby kurang gerak ..actuall ahad dan kena admit sebab akan diinduce so ibu serah diri awal... jumaat di kala org sebuk solat jumaat ibu duduk lagi kat bilik menunggu sebab tak dapat katil,..ayah g solat jumaat ..ibu buat senaman squatting dengan harapan cepatlah baby keluar without induce ... dapat masuk bilik ibu borak borak ngan ibu ibu katil yang lain ..around pukul tiga doctor buat check up sedikit tak suka annoying ! takpelah ..ibu tetap taknak induce nak gesa datang naturally hope fully malam ni bersalin....check ctg baby Alhamdulillah ok ..so nothing to worry..mak g sembahyang macam biasa .. malam dalam waktu maghrib mula rasa sakit ...tapi masih boleh tahan ...tiba tiba ada sikit bleeding ok ..ibu nervous tapi happy ..baby dah nak keluar ...surprise nak practice gentle birth ...cooperate with baby ...ok ..pergi semayang isyak dalam keadaan tahan contraction...ok...semakin sakit...ada adik satu wad kata akak mak saya pesan kalu nak dekat bersalin elok mandi ..ok ibu pun mandi ..rasa sakit tahan ....sakit lagi ayah ada kat corridor ...teman mak gosok gosok belakang ...hu!!!...memang sakit ibu tak dapat tahan minta doc tolong buat VE ...ok 4cm ..active labour dah boleh tolak labour room ..ok ..happy ..tapi sangat sakit ibu zikir mintak ampun pada Allah..biarlah sakit ini mencuci dosa dosa mak.... dalam labour room ingat dapat tenangkan hati ngan ayah berdua dua tanggung contraction ..tapi tak seindah yang dijangka ..mula episode kelam kabut..tetiba air ketuban pecah dan bertukar warna ijau cam tebu ...gulp!!! doctor pakar lelaki india attend ..huh....kes jadik cam serius ..doc Tanya " ibu ada demam ?" tak...tapi still cool ..insya Allah baby sihat ..insya Allah baby selamat ini ibu sgt yakin ... doctor panic ...mak cool then doc pun jadi cool....ok..ctg baby tak leh baca so kena guna alat yg check ctg direct masuk vagina..ibu dah lah sakit contraction ..ada pulak benda kat bawah ...ayoo susah sikit nak handle ni..ok tak lam ctg baby ok ..so doc kata ok bole proceed normal kalo tak dah czer dah...dan kul 3 gitu ..mak jerit " doc ..saya rasa nak teran..."doctor tak jadi keluar masuk balik ....sedia nak sambut baby ..memang Nampak kepala baby...mak kumpul tenaga ..segala knowledge yg dituntut dalam buku gentle birth di ptaktiskan ..Alhamdulillah tiga kali teran baby keluar dengan satu belitan di leher...Ya allah nasib baik tak berapa kuat... Alhamdulillah ..kini ihsan sudah berumur 10 bulan ..dah semakin besar dan semakin bijak dan comel..syukur Ya Allah.

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...